Okehh… Aku nak sambung citer kat Farm In The City… yang mana belum baca story sebelum ni sila klik sini atau klik previous entry… detail aku dah kongsikan kat entry sebelum ni… yang ni aku juz nak kongsikan suasana dan persekitaran kat dalam Farm In The City ni….
Kebanyakan haiwan yang ada kat sini semuanya adalah bebas dan boleh dipegang… korang boleh bagi makan kat haiwan-haiwan tu semue… makanan untuk menatang tu semue dah disediakan… takyah nak keluarkan duit beli makanan untuk diorang… ada staff die kat situ yang tolong pegangkan makanan… mintak jer kat die…
Macam kura-kura gergasi ni… ade sorang staff kat situ yang dok pegang sayur kangkung untuk kura-kura ni… boleh mintak jer kat pekerja situ…
Yang dalam kandang pun ade gak… macam kanggaroo ni dok dalam kandang… tapi masa aku pergi 1st time dulu kanggaroo ada kat luar… mungkin yang ni kecik sangat kot…
Kalau jenis reptilia macam ular sawa, buaya, biawak dan lain-lain tu kebanyakan dok dalam bilik kaca… ular sawa yang boleh pegang pun ada tapi yang kecik punyer…
Ehhh… Farm In The City ni bukan ade haiwan jer… ade jugak pokok buah-buahan yang biasanya ditanam kat kebun… kot la ade yang tak pernah tengok pokok rambutan ke… pokok jambu ke… pokok nenas ke… kat sini ade… boleh la sesekali nak selfie dengan pokok pulak kannn… hahaha…
Tadi tu bahagian pokok buah-buahan… ni bahagian sayur-sayuran pulak… ade pokok bendi… terung… petula… tomato… cili… kangkung… semua ada dan ditanam cara tradisional…. tapi kebanyakan yang datang sini buat tak nampak jer part kebun-kebun ni… termasuk la aku… hehehe… sambil lalu aku jeling-jeling jer… wakaka…
Dalam Farm In The City ni ade kolam ikan… boleh bagi ikan makan… makanan ikan pun diorang dah disediakan…
Jungle Walk… dalam ni ade landak, kancil, ayam, burung hantu, memerang dengan banyak lagi yang lain…
Jom layan gambar Akiff dengan Miss Permaisuri yang penuh dengan persekitaran desa… gambar aku yillek sebab aku tukang ambik gambar… Miss Permaisuri aku kot la nak buat-buat terambik gambar aku secara candid ke… Hurrmmm… memang tak laaaa… Grrr….
Nak tahu apa tarikan utama untuk Akiff kat sini? Ni haaaa… Pet Village… port untuk dia main air sauk ikan dan jugak port untuk dia kejar-kejar rabbit… kat sini sajer kitorang lepak sejam lebih tunggu Akiff melayan air longkang tu dengan main rabbit… nasib baik depan Pet Village ni ade cafe terbuka yang boleh lepak sambil ushar die main kat situ…
Longkang ni memang disediakan untuk bebudak sauk ikan… bukan jenis air longkang yang busuk tu… so takyah risau bebudak basah kena air ni… penyauk jaring dengan baldi kecik dah disediakan kat situ… bebudak ambik sorang satu lepas tu pakat dok cuba sauk ikan yang kemain laju berenang tu… memang sampai sudah la tak dapat… hahaha… Aku dah standby pakaian extra untuk Akiff… dah tahu dah ade tempat macam ni… ikan tu nanti kalau dapat kena masukkan balik dalam longkang tu… tak boleh bawak balik okeh… bagus aktiviti ni sebenarnya sebab menguji fokus dan kesabaran budak-budak…
Kat Pet Village ni jugak ade puluhan arnab yang bebas untuk dipeluk cium… semue comel-comel dan manja… lama jugak Akiff kat sini… keja ulang alik dapatkan makanan untuk rabbit tu… semua rabbit die nak bagi makan…
Alamak… ade banyak lagi gambar Akiff yang belum share… next entry laa… hehehe…
Oh yaaa… sebelum terlupa… ni haaa ade tempat poney ride… kalau tak silap aku sekali naik RM7… yang ni memang kena bayar sendiri… Akiff nak naik hari tu tapi ramai sangat yang beratur… Aku dah malas nak tunggu…
Kat dalam Farm In The City ni ade jugak cafe tempat lepak dan makan… so, jangan risau korang kebulur kat dalam tu… kedai cenderamata dan jugak kedai jual pets pun ade… Secara keseluruhannya aku rasa tempat ni berbaloi untuk bawak family datang melawat… cuma kena tengok jugak la cara korang nikmati kemudahan yang disediakan kat sini… kalau masuk sini lepas tu menonong jer jalan memang tak berbaloi… datang sini make sure take time dan enjoy your quality time dengan family…
Shark Kay says
mmg plan nk kesini satu hari nnti.
tunggu anak buah besar sket kot baru best jejalan cni.
asik tgk dalam tv jer busan gak.
yoorin melacolea says
dah pegi jugak.. sy yg tua ni pon excited..mengalahkan budak2.. heeee.. =) http://www.yoorinmelacolea.blogspot.com/2014/12/farm-in-city-seri-kembangan.html
Suria Lekatlekitgurl says
teruja nak bawak anak saya ke sini. nak kena plan ni
Faizal Zaman says
wow gambar first tu hampir tertukar antara ko ngn kura2…hahah
Akif Imtiyaz says
Hehehe sronoknyerrr dapat g sana..Bila baca cerita Alan ni kan..Kak Lya rasa nsk g la satu hari nnt…
Nadia Johari says
bestnya akiff..nanti lepas p legoland nak p sne
lieyalatif says
wahh best2…lieya ni dari ari tu nak pergi tapi tak pergi2 lagi…ramai ckp best…siap le feeding minatang kan…..
okey2 lepas ni kene masuk dlm list gak pi sini..dah dekat dah ngan umah nie….