Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Boat Noodle… Wajib makan bermangkuk-mangkuk

February 11, 2015 by Admin 9 Comments

Spread the love
Boat Noodle
Minggu lepas Daus Redscarz ajak aku makan kat Boat Noodle kat Publika… Tak pernah pulak aku dengar pasal Boat Noodle ni… tibe-tibe pulak mamat ni ngajak aku ke sana time lunch hour…
1st time sampai sini agak terkejut jugak sebab aku nampak tiap meja orang yang makan kat situ semuanya mangkuk bertingkek-tingkek… sedap sangat ke sampai makan bertambah-tambah… sebagai permulaan kitorang order sikit jer dulu… dah rasa terus order lagi dan lagi dan lagi… hahaha…
Memang wajib tambah kowt sebab potion semangkuk tu hanya 2 kali suap jer… hahaha… 10 kali suap maksudnyer 5 mangkuk… Grrrr… tapi sebab sedap punya pasal… bermangkuk-mangkuk la jadinya…
Rasa noodle ni agak unik dan aku tak pernah rasa noodle yang macam ni… rasanya agak masam tapi sedap… aku ni jenis tak suka masakan yang masam tapi noodle ni boleh diterima tekak…
Beef Thai Rice Noodle (RM1.90)
Korang perhatikan gambar atas ni… tu kuantiti noodle untuk semangkuk… sikit sangat… tapi perhatikan mangkuk tu betul-betul… Grrrr… memang trade mark kat sini kowt guna mangkuk yang dah sumbing… hoiiii… makhruh la makan guna bekas yang sumbing dan pecah macam tu… mule-mule rasa macam nak mintak tukar mangkuk lain jer tapi bile tengok balik kebanyakan mangkuk memang macam tu… huh…
Harga semangkuk noodle tu RM1.90 sahaja… untuk orang normal rasanya perlukan 4 mangkuk minimum baru puas kot…. kat sini tak banyak pun pilihan menu yang ada… 
Grill Beef Meatball (RM5.90)

Bebola daging bakar atas ni memang sedaaaaaaaaap….  nak tambah tapi mahal la pulak… next time la datang lagi… hahaha… yang putih kat gambar bawah ni pulak pencuci mulut Ka Num Tuay… 2 bekas kecik tu RM1.00… yang ni pun sedaaaaaaaap…. ade sejenis kuih tempatan rasa sebijik macam kuih ni tapi aku tak tau nama…

Ka Num Tuay (RM1.00)

Hasil cubaan pertama kat sini… wakaka…

Ni menu dia… tak banyak pilihan pun kannn… Noodle pun ade 4 jenis jer… Info lanjut boleh ushar Facebook Boat Noodle 

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Food Review, Makan-makan, review, Tempat Makan

« Tahniah Abah! Terima Pingat Jasa Malaysia (PJM)
Cubaan Cipta Rekod Baru di Legoland Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2015 »

Comments

  1. Norma NML says

    February 11, 2015 at 11:53 am

    Nampak menarik dan teringin nak cuba tapi ada pula rumours yg cakap tak de sijil halal..betul ke ?

    Reply
  2. Sally Samsaiman says

    February 11, 2015 at 12:27 pm

    rasanya yang tempat lain mgkn…tapi yang kat Publika so far mmg ada sijil halal 😀

    Reply
  3. Farah Waheda Wahid says

    February 11, 2015 at 12:27 pm

    macam tiba-tiba terasa nak menyinggah pulak sebab tak jauh kannn… hik hik hik..

    Reply
  4. Anira Abdul says

    February 11, 2015 at 12:27 pm

    wahhhh…nampak menarik. Salah satu teknik promosi yg boleh dikategorikan lain dari yg lain…kena cuba ni.

    Reply
  5. ✿ Ina Ainaa ✿ says

    February 11, 2015 at 12:27 pm

    Wow! Sedapnyaaa. Tetiba teringan makanan kat Thai dulu ni. Makanan masakan thai memang terbaikk.

    Reply
  6. ✿ Ina Ainaa ✿ says

    February 11, 2015 at 12:27 pm

    Wow! Sedapnyaaa. Tetiba teringan makanan kat Thai dulu ni. Makanan masakan thai memang terbaikk.

    Reply
  7. harrizam says

    February 11, 2015 at 12:27 pm

    Dari mangkuk pertama tukar ke mangkuk kedua dan seterusnya lambat tak kena tunggu?

    Reply
  8. careno says

    February 11, 2015 at 12:31 pm

    hari tu kejap jer… servis pertambahan mangkuk tu macam cpt jer… kalau lame kompom terbantut nafsu kann…

    Reply
  9. Lan Careno says

    February 18, 2015 at 10:03 pm

    Our shop is not Jakim Halal certified. But all our meat & meat ball suppliers have halal certifications. The rest of the ingredients are mostly vegetable and spices. We don't serve alcohol in outlets as well. We only have meat suppliers Halal certificates behind our cashier counters. Jakim halal certification is in progress, U can find out more in our FB page post last week. Thanks

    (PENJELASAN DARI BOAT NOODLE TENTANG STATUS HALAL -18/2/2015)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Kembalikan Moment Indah Raya Macam Dulu-dulu
  • Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.
  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku patut dijadikan acara tahunan
  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2026 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative