Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Cubaan Cipta Rekod Baru di Legoland Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2015

February 12, 2015 by Admin 6 Comments

Spread the love
Macam yang pernah aku story dalam blog ni dulu (Entri : Legoland Malaysia Ada Sesuatu Sempena Tahun Baru Cina 2015) dimana Legoland Malaysia sedang meraikan pengunjung mereka dengan tema Tahun Baru Cina sepanjang bulan Februari ini…

Baru-baru ni majlis pelancaran telah diadakan di Legoland Theme Park… semasa majlis tersebut mereka ada menunjukkan bagaimana para pengunjung di Legoland Malaysia boleh melibatkan diri dalam usaha untuk menempa nama dalam Malaysia’a Book Of Record iaitu bilangan Lego Limau Mandarin paling banyak dihasilkan oleh pengunjung Legoland… para pengunjung yang ke sana sehingga 22 Februari ini berpeluang untuk mencipta limau mandarin sendiri… 

Haaa… ada jugak tarikan baru di China Miniland sempena festival kali ni… wajib tu kena tengok apa yang ada kat sana… bagi aku miniland kat dalam Legoland Malaysia ni memang daya tarikan utama kat situ sebab hasil kreativiti diorang memang sangat luar biasa… dengan hanya brick lego diorang boleh hasilkan sesuatu yang sangat menarik…

Selain tu, pengunjung juga boleh mengabadikan hasrat mereka di dalam 1 kad ucapan dan hasrat tersebut akan digantung pada pokok yang berada di bahagian pintu masuk ke Theme Park… satu hasrat pengunjung bertuah akan ditunaikan oleh pihak Legoland…

Bukan itu jer, ada jugak promosi lain sempena Chinese New Year kali ni seperti penjimatan memperbaharui pas tahunan dan macam-macam lagi… untuk info lanjut korang boleh terus ke Kaunter Tiket di Legoland Malaysia atau layari www.legoland.my

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Legoland, Media

« Boat Noodle… Wajib makan bermangkuk-mangkuk
Kembali Seperti Orang Lain »

Comments

  1. SalinaJohari says

    February 12, 2015 at 11:53 am

    best..rasa nak terbang ke sana la ni jugak !!

    Reply
  2. AMIIZAA says

    February 12, 2015 at 12:23 pm

    cutenyaaaa….warnanya meriah:)

    Reply
  3. Syira Lokman says

    February 12, 2015 at 1:22 pm

    comelnyaaa..kreatif laaa

    Reply
  4. Eraz Fadli says

    February 12, 2015 at 2:56 pm

    Tak pernah sampai lagi tempat lego2 ni.. Hehe..

    Reply
  5. Anonymous says

    February 16, 2015 at 9:03 am

    as salam, maaf, komen saya tak de kena mengena dengan topik kat atas. saya cuma nak cerita pasal kedai beg yang saudara ada cakap kat topik beg deuter.

    sabtu lepas (14.02.2015) saya ada ke kedai beg tu, saya pun terkena macam saudara. memula layan baik aje, bila saya dah memang nak beli beg deuter tu, saya mintak kurang lagi, auntie kedai tu layan macam saya ni takde duit. dia cakap macam ni kat saya dengan suara yang tak sedap di dengar "sudah cakap RM450.00, RM450.00 la, takde tawar menawar. takmau cakap lagi".

    terus blah la, akhirnya saya beli beg model sama kat sports direct, dapat harga RM431.00. menurut ramai blogger, layanan auntie kedai ni baik, harga murah, murah memang murah, tapi bab layanan saya tak setuju.

    habis cerita

    Reply
  6. Julia Johari says

    February 16, 2015 at 10:38 am

    Eh cantik yer blog u ni…menarik…okey nak masukkan dalam bloglist blog julia…senang nak terjah bila2…pernah lalu je kt legoland…nak masuk kena kumpul duit dulu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative