Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tips halau semut yang dah kebal dengan racun

February 24, 2015 by Admin 10 Comments

Spread the love
Dulu kan ade sorang uncle cina selalu datang office aku jual racun serangga yang jenis serbuk tu… memang power serbuk racun uncle tu… dia kata dia buat sendiri… resepi turun temurun katanya… tapi memang betul wehhh… aku tabur jer serbuk racun tu kat atas meja atau mana-mana, lepas tu nampak semut dok hurung serbuk tu bawak balik sarang die… lepas tu pakat mati beramai-ramai…
Tapi sejak beberapa bulan lepas semut-semut tu dah kebal dah… diorang dah cipta anti dot kot… serbuk tu dah tak bagi kesan kat diorang… ehhh… bukan tak bagi kesan tapi diorang dah tak hiraukan pun serbuk yang aku letak tu… dulu bile letak kejap jer diorang hurung… sekarang dah tak hiraukan serbuk tu… bijak jugak sesemut ni…
Rumah aku memang meriah dengan semut kecik-kecik tu… atas meja makan dah tak boleh letak ape-ape… nanti habis bersemut… dalam oven kat rumah pun same… sebelum ni aku sembunyikan makanan dalam oven… sekarang letak dalam tu pun ade jugak semut… Grrrr… puas dah dok cari petua halau semut… ni baru jumpa…
Baru-baru ni aku ternampak spray serai wangi kat pasaraya rumah aku… tujuannya untuk halau serangga termasuk lipas, nyamuk, lalat dan semut… 
Spray Serai Wangi (RM9.50)
Dah beberapa hari aku try memang nampak kesan dia… semut dah kurang dah… sembur jer kat atas meja… kat dinding… kat celah-celah tempat laluan semut… nanti diorang akan lari bertempiaran… spray ni tak membunuh semut tapi menghalau… bau serai wangi dia memang kuat sangat… Miss Permaisuri pun tak tahan dengan bau spray ni…
Dan bagusnya spray ni sebab dia tak beracun… aku spray kat tempah alas pinggan yang atas meja tu dan semut langsung tak datang dekat… Ngeeee… korang yang ada masalah semut atau lipas atau lalat kat rumah boleh la try tips ni… try la cari kat pasaraya area rumah korang kot ade jual… RM9.50 jer… ok la kann…
Haaa… yang mana ada masalah lipas dalam kereta tu boleh la try guna spray ni… masalah lalat kat rumah pun boleh guna spray ni… macam aku kata tadi, spray ni tak beracun… so boleh la sembur kat atas meja makan tu… tapi jangan pulak sengaja sembur dalam makanan…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Tips

« Poliklinik An Nur – Dah macam klinik VIP
Tips Galakkan Anak Minum Air Masak »

Comments

  1. Mus says

    February 24, 2015 at 11:39 am

    serai wangi pilihan terbaik… kita kena elakkan punca semut tu datang balik..

    Reply
  2. yoorin melacolea says

    February 24, 2015 at 12:33 pm

    serai wangi memang bagus.. jangan kan semut, lipas pon dihalau jugak.. pepijat kat tilam/ bantal pon sma..

    Reply
  3. Fiza Rahman says

    February 24, 2015 at 1:50 pm

    Saya pernah terbaca pasal semut nih. Kalau kita ternampak semut banyak2 dalam rumah, ucaplah:

    "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman A.S. Ini rumahku. Aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk allah swt yg sentiasa berzikir kepadaNYA. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"

    Se eloknya jangan sembur. Tegur dengan bagi salam sebab smut adalah rakyat nabi sulaiman a.s dan semut juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Appah swt. Dalam surah surah An-Naml; ayat 18-19 ada sebut pasal nih.

    Reply
  4. Nurfaezah Abdullah says

    February 24, 2015 at 1:50 pm

    nak kena cari spray tu

    Reply
  5. ::EIDA:: says

    February 24, 2015 at 1:50 pm

    semut duduk dalam oven? pastu yu on je oven tuh! biar matik terbakar HHAHHAHHAHA

    Reply
  6. Dkna Abza says

    February 24, 2015 at 3:50 pm

    nak kena cari gak la spray nie..

    Reply
  7. Miz Eija says

    February 24, 2015 at 3:50 pm

    salam perkenalan abah… jarang2 jumpa blogger lelaki hihi.. pnh dgr iklan spray serai wangi ni tp blm pnh cuba.. boleh cr juga nnt sb kat rumah ada juga semut .. jemput singgah blog eija juga yer

    #followers 1073 ^_^

    Reply
  8. safurara says

    February 25, 2015 at 8:09 am

    Rara suka gila bau spray serai wangi ni.mmg best.

    Reply
  9. Nory Zoulkefle says

    February 25, 2015 at 4:46 pm

    bagusss ni…kat rumah tengah musim semut..

    Reply
  10. Sukma Haron says

    February 26, 2015 at 8:31 am

    Good….saya ada guna…tapi ada spray halau cicak tak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
  • Install Smart Door Lock kat rumah.. Antara kelebihan yang korang perlu tahu..
  • Projek DIY ubahsuai rumah. Kali ni upgrade lantai kepada SPC Flooring
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative