Sebelum ni ais krim pasu… ni ais krim lollipop la pulak… haihh… macam-macam sekarang ni… peniaga dah makin kratif…
Aku jumpe ais krim ni masa jenjalan kat Street Art kat Penang… nampak bunting kat luar kedai cina ni… macam menarik gak untuk di cuba… jenis aku kalau nampak benda yang jarang-jarang jumpa tu memang tak lepas peluang nak try…
Rupenyer ais krim ni asal dari Japan… Kindori nama ais krim ni… huh…. baru nak puji orang Malaysia ni kreatif-kreatif sampai ais krim pun di lollipop kannn… huh…
Ade banyak perisa… comel-comel jer ais krim nya punnn….
Ni pilihan perisa yang ada… aku try sebatang yang coklat punya…
Ni haaa saiz ais krim lollipop… comel sangat oittt… harganya RM3.50…. demmm… mahal giler untuk ais krim se saiz ni… rasanya nothing special… sedap tapi biase jer… ais krim magnum lagi sedap… aku rasa sekali gigit jer… selebihnya Akiff yang habiskan… itu pun tak cukup sebab sikit sangat…
Kalau korang ke Penang dan ke street art ni boleh la try ais krim ni… juz sekadar nak try ais krim yang lain dari yang lain (bentuknya sahaja)… kedai ais krim ni dekat dengan lukisan bebudak naik basikal macam dalam gambar ni… sebelah jer…
Irna Nurasikin says
sabar ja dgn harganya…tapi ianya rare tu…mungkin sbb tu mahal…
Allene typicalmommy says
kecik je.. puas ke makan ais krim besar tu.. uhhuhu
Akif Imtiyaz says
Comel tapi mahal huhu..takpe la lan bukan hari2 ko g bli sana hahaha…