Korang yang belum baca cerita percutian family kami kat Chalet Terapung kat Segantang Garam, Sungai Petani Kedah boleh baca dulu entry yang aku dah list kat atas ni… dah baca entry tu baru korang akan rasa teruja nak ke sini…
Ramai yang tanya aku chalet sini ok tak? Harga berapa? Mahal tak? Berbaloi tak? Hehehe… ok ok… Ni nak citer la ni… baca sampai habis okeh… nanti korang nilai sendiri macam mana keadaan chalet ni…
Chalet kat sini ada banyak type… harga dari serendah RM60 semalaman dan paling mahal RM350 semalaman… ade yang jenis macam banglo, ada yang jenis bilik sahaja dan ade yang jenis dorm yang ada 5 katil double decker…
Ni Chalet yang aku pilih masa kat sana hari tu… yang betul-betul kat belakang kitorang ni haaa… yang aku ambik ni type VIP 3 bilik… harga yang paling mahal kat sini… RM350 satu malam… Murah sebenarnya sebab boleh muat sampai 20 orang… Meh tengok keadaan dalam chalet VIP ni…
Bukak jer pintu masuk terus nampak keadaan rumah yang kemas macam ni… Dah tak macam chalet terapung kekdahnya… luas, bersih dan selesa… ada aircond lagi…
Pintu yang dalam gambar atas ni adalah pintu untuk keluar ke balcony… Chanel TV ade tapi takde astro… ade chanel biase jer… iron board ade tp tak ingat pulak ade iron ke tak…
View dari ruang tamu… kat tengah tu ade dapur yang lengkap dengan peralatan untuk memasak… yang due pintu kat kiri kanan dapur tu adalah bilik tido…
Keadaan dapur simple tapi bersih… peralatan untuk memasak memang dah disediakan kat sini… pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garpu, cawan, lesung batu, senduk semua dah ada dah… cuma periuk nasi elektrik kena la bawak sendiri… Haaa… paling penting kena bawak air minum sendiri… air sini tak sesuai untuk terus minum… so standby la air mineral berbotol-botol yer…
Kitorang hari tu memang ade bawak pinggan mangkuk sendiri jugak sebab standby takut tak cukup… Kalau dah ada keperluan memasak semua ni jangan lupe pulak bawak bahan-bahan mentah untuk memasak sebab sini hanya sediakan peralatan jer… bahan-bahan macam beras, minyak masak, bawang, cili, ayam, udang, susu, teh, nescafe semue tu tak disediakan… harap maklongggg….
Peti ais ade jugak… katle nak masak air pun ade… serba lengkap kan… memang puas hati… Haaa… yang pintu terbukak tu bilik yang 1 lagi… dalam Chalet VIP ni ade 3 bilik yang sama besar…
Bilik pun kemas dan bersih… setiap bilik ade 1 katil queen dan aircond… kalau datang reramai kena bawak bantal dengan toto sendiri…
Ni keadaan dalam bilik air… bilik air besar dan bersih cuma kat dinding tu jer kotor sikit… kat bilik air ni mintak pihak pengurusan take note sikit… wallpaper yang terkoyak dan kotor tu kena ganti baru la kot atau buat bagi elok-elok balik… Hmmm… ade water heater jugak dalam bilik air ni…
Okeh… ni kat bahagian balcony chalet kitorang… best lepak sini sebab balcony memang mengadap pemandangan air yang terbentang luas… kat luar balcony ade meja dengan kerusi untuk santai-santai…
Tampat BBQ ni memang dah tersedia kat balcony… tak yah nak share dengan orang lain… bakar kat balcony jer… biase orang bakar BBQ waktu malam tapi kitorang bakar waktu pagi… hehehe…
Kat sana hari tu sempat la celebrate birthday Akiff… buat simple jer…
Chalet VIP 3 bilik ni boleh muat sampai 20 orang… kitorang hari tu 15 dewasa 7 kanak-kanak… tido bersepah-sepah kat dalam rumah… hahaha… pengurusan sini tak halang pun kalau korang nak berkumpul ramai-ramai dalam 1 chalet tapi masa chekin tu kena declare berapa orang yang ada sebab nanti takut terlebih muatan tenggelam pulak chalet tu… hahaha… Nak lagi best boleh tido jer kat balcony…
Haaa… Masa kat sana takde lak bebudak ni berbintat kena nyamuk… semua ok jer… dah la kitorang lupa nak bawak ubat nyamuk…
Keadaan chalet ni memang sedikit beralun terutamanya bila ada bot lalu… pagi hari nak balik tu kelam kabut aku bangun dari tido bila chalet kitorang kuat bergoyang macam kena tsunami… ingatkan dah hanyut… hahaha… rupenyer ade bot lalu… cuak kejap… wakaka…
Ehhh… ade member yang tanya aku kat sini boleh dapat banyak ikan ker… okeh gini… setahu aku ikan ni ade musim-musim die… mak mertua aku cakap kalau nak memancing tempat gini kena pergi time bulan penuh… ehhh… ke time bulan penuh takde ikan ntah… konfius lak… kaki pancing tau la nak kena tengok bulan ni… tapi masa borak dengan orang situ die kate kat sini memang ade jugak diorang lepaskan anak ikan… yer la kann… sebab dah nama pun tempat memancing… kena la jaga jugak keturunan ikan kat situ… nanti tempat dah menarik tapi ikan lak non hadooo… yang datang nak bersantai tiba-tiba boleh stress sebab dok menunggu pancing tak mengena… hahahhaa…
Pengalaman kitorang hari tu ade dapat banyak jugak ikan tapi kecik-kecik… saiz lebih kurang 3 jari dewasa jer… hari nak balik tu sempat la mak mak masak gulai ikan hasil pancing untuk semua orang makan… makan pulak dengan sambal belacan kannn… Fuhhh… siap ade ikan kembong goreng… tibe-tibe… mana datang ntah… hahahaha…
Ehhh… lupe lak nak citer pasal pakej harga kat sini…
![]() |
Sumber Gambar : TQ Ain |
Harga bilik dan jenis bilik boleh refer gambar atas ni okeh…
Untuk maklumat tempahan atau maklumat lanjut boleh refer detail kat bawah ni :
Facebook : Chalet Terapung PPK Merbuk, Kedah
Tel : 019-4425560 (En. Hamdan)
Korang yang nak booking tempat ni melalui En.Hamdan tu nanti bagi tau la yang korang baca kat blog aku ni… mana tau kot En. Hamdan nak offer aku datang stay sini lagi untuk review chalet type lain pulakk kannn… Hahahhaha…
Haaa… mak aku cakap nak ajak aku datang lagi sini tapi nak chalet yang sama sebab besar dan selesa… kalau chalet lain die tak mau… Waaaa… kemain demand ehhh… hahahaa… okeh nanti kita pi sini lagi…
Nampak best sgt ni…. Boleh angkut adik beradik semua 1 chalet je kan
uishhh cantiknya.. boleh pergi ni bercuti ngan adik beradik..
tunjuk kat husband gambar yang lan pos… pastu dia kata, syg nak anak terjun laut ker? uhhuhuh terus tak jadi. Anak2 lin buas kuasa 2. =D Tapi, macam secure je tengok.
Mana gambar ikan? Gua nak tgk gambar ikannnnn.. huwaaaaaaa …
tmpt tu ok jer… tp tgk kpd bebudak laaa… klau jenis nmpak pagar gitu pun nak memanjat mmg bahaya laa… hehehe…
gmbr ikan serius terlupa nak ambik…. hwaaaa…
Sangat unik. Saya pun berminat hendak bermalam disana.
cuba la..pasti puas hati..aman damai tenang je kat sini.. kalau inginkan percutian lain dari yg lain boleh try menginap kat sini 🙂
boleh..chalet vip yg ni ada 3 bilik and halls dia tersangat besaq..boleh bentang toto and tido reramai..1 chalet utk fmly yg besar sgt sesuai la 🙂
Mummy dok PM ni dok ajak Ty lik bawak dia pi sana…. tup tup jumpa blog abg Lan. Ty suh dia baca review ni dlu.. hehe
Kalau jadi Raya Cina balik Sp boleh la try…kena booking awai la .
pernah menginap sane.. best… bab goyang tu je.. haha..
Kat sana ada disediakan kafe x or ada kedai makan?
ada ikan ker di kawasan hadapan belakang chalet tu..lau ada lagi best laaa memancing seharian kat chalet tu.bagaimana dgn umpan ikan?
Sungoh enak memanching tengah malam kalau ayer tenang, ikan sepat benua telalu banyak sekali & senang di tangkap. Saya suka tengok burong hantu ditengah malam. Tempat ini sunguh sesoi bagi saya.
Saya suka tengok bula di tengah malam. Tempat ini sungoh sesui untuk activities. Kalau gian sangat nak tengok burong hantu, tempat ini adalah terbaik sekali.