Cuti sekolah bulan lepas aku dengan family ada buat day trip ke Hatyai dan Danok… trip kali ni memang dah dirancang awal cuma aturcara program jer yang tak dirancang… Haaa… boleh gitu…
Plan asal nak ke Danok jer untuk makan-makan kat sana since ramai yang cakap kat sana makanan sedap-sedap… tapi sehari sebelum ke sana adik aku ajak lajak ke Hatyai sekali coz dah alang-alang masuk ke sana…
Pekan Danok dari sempadan imigresen tak sampai 1km pun… boleh jalan kaki atau sewa moto diorang jer… tapi klau nak ke Hatyai kena sewa van sebab perjalanan dari Danok ke Hatyai lebih kurang 45 minit…
Disebabkan plan ke Hatyai ni adalah last minit punya plan… so tak sempat la aku nak meng’google’ apa yang menarik kat Hatyai tu… kami main terjah jer laaa… resultnya kitorang jadi blur bila dah sampai kat Hatyai… semue tempat yang dicadangkan oleh driver van tu semue makan kos dan makan masa… huhuhu…
Kitorang sampai Hatyai pun dah lebih kurang pukul 3 petang… tak sempat nak ke mana pun… juz jalan-jalan tanpa arah kat town die jer… rasa pembaziran giler-giler… aku kata membazir sebab sewa van pergi balik dari sempadan Malaysia kat Bukit Kayu Hitam ke Hatyai adalah 3000 baht… Duit kite dalam RM330++… Pitammm…. padahal kitorang sewa van dari pukul 2 petang sampai 7 malam jer… Grrrr…. Kesilapan kitorang sebab booking pergi balik van tu… korang kalau nak berjimat jangan buat gitu okeh… ambik van untuk hantar je ke Hatyai lepas tu nanti nak balik ke sempadan naik jer tuttut yang bersepah kat sana… lebih jimat dan lebih feeling Thai…
Ehh… lupa nak bagi tau… trip kali ni kami berlapan… kakak aku dengan anak dia dua orang… aku dengan Miss Permaisuri dan Akiff… adik aku dengan abah… mak tak ikut sebab tak larat nak jalan…
Trip kitorang bermula dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Hatyai ditemani dengan jagung yang tak sedap ni… Hahahaha… Ni namanya jagung pulut… Tak sedap… takde rasa apa-apa… rasanya agak kenyal…
Haaa… Ni lah tuttut yang aku maksudkan tadi tu… tak sure lak apa nama sebanar diorang panggil tapi aku panggil tuttut jer… ni sesajer bagi Akiff possing atas tuttut tu… kat Hatyai memang bersepah tuttut ni… tak perlu risau nak dapatkan servis diorang…
Kat Thai senang sangat nak dapat pulut mangga… kat mana-mana ade jer jual.. tapi peliknya takde meja makan… kena makan tepi-tepi jalan gitu jer… huh…
Aummm… dapnya… singgah ambik gambar jer… sorry yer mak cik… hahahaha…
Masa tengah berkeliaran kat town Hatyai tu ternampak pulak pakcik jual ais krim ni… mula-mula was-was jugak nak try sebab takut tak halal… tengah kami adik beradik dok menyembang depan pakcik ni pasal halal ke tak ais krim tu… tiba-tiba pakcik tu jawab HALAL… Uihh… boleh cakap melayu rupenyer… nasib baik tak termengumpat… hahahaha… pastu ade nampak sticker Allah Muhammad dengan Bismisllah kat moto die… Haaa… baru yakin nak try…
Ni haaa ais krim nyaaa… sedaaaaap… Air krim die ade letak kacang… pulut… ibu keledek yang colur oren tu (aku ingatkan carrot) dengan buah ape ntah… caca merba campuran die tapi sedap… harga dah tak ingat sebab adik aku yang belanja…
Lepas dah takde arah dah kitorang kat Hatyai tu… van tadi datang pickup kitorang bawak g makan kat Restoran Kelantan kat bandar Hatyai tu… Ya ampunnnn… makanan kat situ langsungggggg tak sedap kecuali tomyam… semue makan tak habisss… membazir giler makan kat situ… Grrrrr…
Lepas makan terus kitorang balik ke Danok… Huhuhu…
Misi pertama bila sampai kat Danok adalah cari teh ais ohsemmmm ni… Seriussss sedapppp gilerrrrr… sebungkus RM2.50… teh ni dibuat dari pati teh yang pekat giler… Aku klasifikasikan teh ais Danok ni sebagai menu wajib try kalau korang ke sana…
Ni bungkusan teh ais die… dalam paper bag tuu… disebabkan teh ais ni tahap sedap die agak melampau… aku tapow 8 bungkus untuk bawak balik rumah… hahahaha… ko mampu? Teh ais ni boleh tahan sehingga 4 jam tanpa jejaskan rasa dia…
Penutup aktiviti kami hari tu adalah makan malam kat Danok… Haaa… ni motips asal trip kitorang sebenarnya… nak try daging bakar kat sini sebab ramai yang kata daging bakar sini sedap giler… Lepas aku try bagi aku daging bakar ni biase jer… takde la sampai tahap balik rumah pun teringat tapi ok laaa kalau sesiapa yang nak try tu… tak rugi…
Daging Bakar Danok, Thailand |
Menu lain yang kami order… tomyam… yang ni sedap… kerabu kaki ayam… yang ni pun sedap… somtam.. aku tak try tapi Miss Permaisuri cakap pedas sangat… Kailan ikan masin… yang ni pun sedap… kesimpulannya makan malam kat Danok memang berbaloi… yang nak rasa masakan sebanar Thai boleh ke sini…
Kat Danok jugak banyak jual pulut mangga dengan pulut ayam yang famos amos tu… wajib try jugak kalau korang ke sini… aku tapow pulut mangga bawak balik sebab dah kenyang dah… memang sedap…
Sebab masing-masing dah tak larat nak jalan kaki dari tempat makan ke imigresen yang jaraknya lebih kurang 1km… kitorang sewa moto jerk untuk angkut kitorang ke sana… sewa motor ni termasuk dengan driver tau… diorang bawakkan kite… sorang RM3… sepatutnya 1 motor bawak aku dengan Akiff dan 1 motor lagi bawak Miss Permaisuri tapi aku mintak nak bawak family aku sendiri… takmo die yang bawakkan… diorang juz folo kitorang dengan moto satu lagi…
Irna Nurasikin says
Best kan Lan bercuti di sana?Eirna pun nk pergi jgk la utk second time…hehehehe
muhammad nizam says
Masya Allah….. daging bakar tu… betul2 menggiurkan…. temptingggggg…. kecchhuuurrrr air liur
Mama Kembar 3 says
perghhh daging babkar tu nampak sedapnya!
mshazadoes says
salam petang, dya followers sini iyer kak
belum sampai lagi ke hatyai 🙂
Joe says
Banyak sangat kne tipu 2, sepatutnya van transfer hatyai 1000 Bath je, kalo pandai nego dapat la 700 Bath. dalam pekan hatyai naik tuk2 nak g mana2 setiap tempat sorg 30 Bath kalo mahal skit ke Floating Market sbb jauh skit dari pekan Hatyai..
Thanks