Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

KBBA Blogger’s Day Out 2015 – Semua dijemput

April 22, 2015 by Admin 3 Comments

Spread the love
Hujung minggu ni Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) dengan kerjasama Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan Cyberjayaview Sdn Bhd akan mengadakan aktiviti bersama rakan-rakan blogger sempena Blogger’s Day Out 2015…

Ramai yang tak tahu kat Cyberjaya ni ade port menarik untuk aktiviti riadah seisi keluarga… Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) ni dekat jer dengan Universiti Multimedia… Nak cari tempat ni tak susah pun… boleh jer guna Apps Waze search Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pastu nanti waze akan bawak korang teruuuuuus sampai ke tempat ni… KKTTC ni wujud sejak 2006 lagi… banyak fasiliti dan kemudahan untuk aktiviti sukan dan riadah yang ada kat sini… antaranya gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gymnasium, driving range, sirkit go-kart, squash, basketball, paintball, dancing studio dan jugak pool… Fuhhhh… banyak giler… Oh yaaa… Cafe pun ada kay sini…

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Selain tu kat sini jugak ada kemudahan untuk buat majlis-majlis tertentu macam perkahwinan, pertunangan, reunion atau sebarang mesyuarat… keluasan ruang parking pun takda masalah sebab boleh menampung sehingga 700 pengunjung dalam satu-satu masa… Menariknya kat sini adalah servis catering juga disediakan untuk sebarang majlis… Kalau nak tahu lebih lanjut boleh berhubung jer terus  dengan pihak KKTTC ditalian 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram @KelabKomunitiCyberJaya…

Okeh… berbalik kepada aktiviti yang telah dirancang iaitu KBBA Blogger’s Day Out (KBDO) hari ahad ni… dijangka 100 blogger atau mungkin lebih yang akan hadir untuk aktiviti ni… antara aktiviti yang telah dirancang adalah driving range ataupun golf ala KBBA… pastu ada badminton, paintball dan jugak go-kart… yang menariknya game-game tu telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar… Haaa… yang pastinya konsep tu semua akan jadikan setiap acara lebih happening dan meriah… Nak tahu konsep apa yang kitorang rancang ni dan macam mana happeningnya hari tu korang kena la datang sendiri… Ni bukan majlis tertutup yer… sape-sape nak datang pun boleh untuk memeriahkan KBDO tu nanti… boleh lah bersua kenal dengan ramai blogger yang selama ni dok berkenalan kat alam maya jer… 
Ehh… kalau dah datang tu nanti boleh ker nak main sukan-sukan tu jugakkk?… 
Disebabkan ni adalah program mega sulung dari KBBA jadi penyertaan untuk acara terpaksa di’limited‘kan kepada yang berdaftar jer dulu untuk mudahkan urusan kelancaran program… Andaikata aktiviti kali ni berjaya dan suksessssss, InsyaAllah KBBA akan plan aktiviti yang lebih besar untuk penyertaan yang lebih besar dan terbuka…

Terima kasih kepada para penaja KBDO 2015 iaitu :

Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Cosmoderm (www.cosmoderm.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my)

Jangan lupa datang yer nanti… kite jumpe kat sana…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Aktiviti, Blogger, Kelab Blogger Ben Ashaari

« KidZania Kuala Lumpur – Akhirnya Akiff Dapat Jadi Bomba Penyelamat
The Bites Cafe, Lake Fields Sg. Besi… Menu unik dan menarik… »

Comments

  1. Cikk Mimin says

    April 22, 2015 at 4:04 pm

    event ni open ke abg lan ?

    Reply
  2. Dkna Abza says

    April 22, 2015 at 4:04 pm

    Ok lan..jumpa kat sana

    Reply
  3. Nazlee Ismail PCL says

    April 22, 2015 at 4:04 pm

    okay..jumpa di sana nanti, insyaAllah .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative