Lasertag? Erkk… mendalah ape pulak ni kannn… ni 1st time aku main lasertag… sebelum ni pernah laa tahu tapi tak pernah ambik port sejenis apakah permainan ni… bila Nadia tanya aku nak join main lasertag tak dengan geng-geng blogger lain… huh… Naaaaakkkk… bukan selalu nak dapat peluang main permainan orang-orang bandar ni… kat kampung mana ada mainan perang-perang guna laser nii… hehehe…
Masa aku sampai Laser WarZone kat Wangsa Walk ni, aku ada tengok screen yang diorang letak kat depan premis ni… kite boleh tengok apa yang berlaku kat medan pertempuran kat dalam tu melalui screen cctv ni… dah nampak gitu lagi excited aku nak main…
Sebelum game start kitorang diberi peluang meninjau medan perang kat dalam… dah nama pun blogger kann… harus lah ada akses khas untuk meninjau kawasan… baru la boleh bagi gambaran yang lebih jelas untuk reader… hehehe…
Tadaaaa… nampak kan suasana kat dalam ni… tapi masa game berlangsung diorang tutup lampu dalam ni… gelap gelita jadinya… nampak samar-samar jer…
Time ni aku dok meronda cari port nak sembunyi… hehhee…
Ehhh… terselfie lak masa dok melawat kawasan perang tu… agak luas jugak ruang dalam ni…
Senapang laser yang digunakan untuk perang…
Okeh… jom bersiap untuk berperang…
Permainan ni sama jer konsep die dengan paintball cuma lasertag ni main kat indoor yang ber aircond… so takyah risau bab cuaca atau panas terik… tapi korang jangan risau kalau kena tembak sebab takde rasa apa pun… senapang ada lampu laser jer pun… bukan ada peluru…
Haa… sebab permainan ni konsep dia macam game zombi… walaupun ko dah kena tembak empat puluh lapan ratus kali pun tapi ko masih dalam permainan yer selagi masa belum habis… tapi bile dah kena tembak tu secara otometik senapang laser ko akan diactivate selama 5 saat… lepas 5 saat baru boleh menembak balik… jadi masa 5 saat tu boleh la berlari selamatkan diri dulu…
Nak menembak tu pulak tak boleh sesuka hati nak menempak kat kepala kee… kaki kee… pusat kee… no no no… kite kena tembak kat jaket yang bercahaya kat pihak lawan tu…
Haa… nampak gambar aku kat atas ni… ade lampu kat dada aku tu kann… haaa situ la yang kite kena tembak… kalau kite tembak kat dada nanti dapat la 100 point… kat bahu dapat 80 point… kalau kat belakang dapat 60 point…
Pemenang ditentukan dari kutipan point yang kite dapat tu… so, motipssss game ni bukan untuk tembak pihak lawan sampai mati tapi untuk collect point paling banyak… ko boleh tembak orang yang sama sejuta kali pun tak kisah asalkan masih dalam tempoh permainan…
Biasa setiap game diberi masa 7 minit… masuk jer dalam ruang gelap tu pastu tunggu music start… bile music start maksudnyer game on…
Pengalaman aku hari tu masa 1st game aku tak tau lagi… dok sembunyi cari port… tembak dari jauh jer… takut sangat mati kena tembak… padahal dalam game ni mati berapa kali tak kisah tapi yang penting berapa banyak ko dapat collect point…
Game kedua dan seterusnya baru la aku pandai main… giler giler punyer ambush… habis semua aku kejar… dah macam orang giler kejar penjenayah kesahnya… ahahaha… tapi memang berpeluh giler giler main mendalah ni… main ambush baru la fun giler…
Atas ni haaa rules game ni… sebelum main aku tak baca pun… masa buat entry ni baru perasan yang main lasertag ni dilarang berlari… opsss…. main game ni jangan nak over sangat okeh… sampai nak guling guling nak meniarap bagai… dilarang!!!
Thanks Laser WarZone Wangsa Walk Mall sebab bagi peluang aku merasa pengalaman main lasertag ni… ni aku tengah plan nak buat aktiviti main lasertag dengan kengkawan dari Kelab Blogger Ben Ashaari… haaa tunggu kitorang serang tempat ni nanti…
Yang berminat nak main boleh refer harga pakej kat atas ni atau pun kalau korang nak main sampai pengsan (unlimited game)… kadar bayaran adalah RM60/person… boleh main dari pagi sampai malam…
Atauuu pun kalau nak ambik party package pun ade gak… RM50/person dengan syarat minimum 15 orang… korang akan dapat main 4 game siap sekali dengan makan minum disediakan di bilik khas…
Hubungi 03-41310006 untuk tempahan…
Facebook : www.facebook.com/laserwarzone
Instagram : www.instagram.com/laserwarzone
Hmmm… tak sabar nak main paintball hujung minggu ni kat event Blogger’s Day Out… korang semua dijemput datang tau… refer entri sini (klik)...
mila pun baru je baca arahan tu lepas baca blog ni hahahaha…takleh lari tu macam best tp kemain kita kita berlari macam ribut selamatkan diri.
menarik!!
kalau nak p main mininum peringkat umur berapa ya???
wow.. menarik
best giler men laser tag kan..berpeluh-peluh..
Assalamualaikum. hahhaha sheila pun sakan lari sana sini nak menyorok. berdebor gila setiap kali masuk berperangggg ;p
sejak main ni..,ku kenal apa itu reti kesakitan
menariklah
okay maaf baru tahu..