Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

The Bites Cafe, Lake Fields Sg. Besi… Menu unik dan menarik…

April 23, 2015 by Admin 3 Comments

Spread the love
Minggu lepas aku ada bawak Miss Permaisuri dengan Akiff minum petang kat The Bites Cafe, Sungai Besi… 15 minit jer dari rumah aku… tapi aku tak tahu langsung kewujudan kawasan Lake Fields kat Sg. Besi ni… Cissss… 
Menarik gak area sini sebab banyak kedai-kedai makan yang menarik… nanti nak repeat area sini lagi laaaa nak cari kedai makan best… tapi kalau korang ke sini wajib tau singgah The Bites Cafe ni… 
Bites Cafe… cari jer signboard yang colur kuning ni…

Yessszzaaaa… aku suka konsep cafe yang gini… cafenya tak besar mana pun… deco dia bagi aku simple tapi ada style… aku suka betul dengan deco frame yang kat dinding tu… aku ada try buat kat rumah tapi frame gambar tak cukup banyak…. huhuhu… korang tengok entri sini…

Kat dalaaaammm hujung cafe tiba-tiba ada ruang santai ni haaa… apa lagiii… port Akiff la ni… seronok dia lepak peluk-peluk sleeping bear bean bag tuu… alahai selesa betul… aku ada survey harga kusyen beruang tu… teringin gak nak bela ‘sekor’ kat rumah… tau tak berapa harga beruang tu??… RM950++ koooo… cancel terus niat nak beli bean bag beruang tu… wakaka… bapakkk mahal giler…. huh
Ehhh… tibe-tibe masuk topik beruang tu lak kannn… hehehe… sorry2… sambung citer pasal The Bites Cafe ni… Korang kalau datang melepak ramai-ramai macam kitorang ni elok lepak kat luar cafe sebab sini lebih santai dan besar sikit mejanya….
Kredit Ida Baharom
Tapi kat luar ni takde ekon… agak panas sikit laaa… nanti mintak Bites Cafe letakkan kipas yang keluar wap air tu ehhh… syok sikit… Ngeeee…
Okeh… jom ushar menu yang aku n the geng makan hari tu… jangan terkejut lak sebab banyak gila menu yang kitorang makan hari tu… share sorang sikit sebab nak rasa semua menu… tamak giler kann… hahhaa…
Sampai jer sini jer terus tengok menu dan order air… Miss Permaisuri order jus epal yang dalam bekas comel tu… tapi kannn… aku ter order Affogato with crushed amond biscotti with coconut ice cream… hahahhaa… name die kemain panjang giler… itu pasal aku nak try… sekali datang yang dalam gambar atas ni haaaa… ais krim kelapa pastu tuang coffee kat dalam… hahaha… sepatutnya yang ni order last-last baru la betul kan… tapi aku ter order masa mula-mula sampai… demmm… tapi tak menyesal pun…

Sedappp wei… yang suka kelainan memang patut try ni… harga dia RM8.90…

Huh… Banyak sangat kalau aku nak cerita menu satu per satu… aku tayang gambar jer laa ehhh… sila terliur… hahaha…

Potato Salad – RM9.90
Breakfast Pizza – RM14.90

Breakfast pizza ni paliiiiing recommended untuk korang try… sedappp weiii kalau breakfast style gini kannn… dia punya roti tu garingggg… share 2 orang pun dah kenyang dah ni… WAJIB TRY!!!

Egg Benedict – RM17.90
The French – RM15.90
The Mexican – RM12.90
The Italian – RM14.90
Beef Bacon & Shrimp Pasta – RM18.90
Club Sandwich Waffle – RM12.90
Grilled Salmon Fillet On Crispy
Sorry harga salmon ni tak ingat berapa… huhuhu… tapi yang aku ingat menu ni memang sedap… dari jauh dah bau salmon goreng… yang atas rambu ramba tu potato goreng… bawah sos tu ade mashed potato…
Grill Chicken & Waffle Sandwich – RM15.90
Bear Hot Mocha
Alololooooo… comel giler hot mocha bentuk beruang ni kannn… 1st time weh aku tengok coffee yang comey gini depan mata… sebelum ni pernah tengok gambar jer orang bentukkan macam-macam… sayang punya pasal sampai sejuk mocha ni baru aku minum… kahkahakha… nampak sangat ke’perak’kan aku di situ…
Untuk pencuci mulut aku sempat merasa yang bawah ni haa….

Berries & Banana Pancake
Waffle With Gula Melaka Ice Cream – RM11.90
Fuhhh… unik dan sedap menu-menu kat sini wehhh… dari mula sampai habis menu yang datang semua aku rasa… bestnya menu sini sebab takde jenis yang heavy… light jer semue tapi kenyang giler…
Signiture Ice Cream The Bites Cafe – RM10.00 each
Haaaa… ni 1 lagi yang kena try… ais krim berperisa ni haaa…. ada perisa teh tarik… perisa nutella… perisa pandan kaya dan perisa horlick… aku paling suka perisa teh tarik tuuu… rasa macam teh tarik kow yang dibekukan… memang sedap… susah nak dapat perisa ni kat mana-mana pun… Akiff suka perisa Nutella tu… biasa la dia… asalkan yang berkonsepkan coklat semua dia suka… 

Terima kasih The Bites Cafe sebab mengenyangkan kami sehingga esoknya… hahaha… TQ jugak kepada Stella dari Food Ink sebab invite aku sekeluarga berpicnic santai kat sini dengan rakan-rakan blogger lain…

Korang yang nak try kelainan dan keunikan menu yang ada kat sini boleh la refer detail kat bawah ni…

BITES,
72, Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields Sg. Besi,
57000 Kuala Lumpur.
No.Tel : 03-9055 4438

Business Hours
Sun-Thu : 9.00am – 10.00pm
Fri-Sat : 9.00am – 11.00pm


Instagram : http://instagram.com/thebitescafe
Facebook : http://facebook.com/thebitescafe

Sebelum tu…. nak jugak aku share aksi possing aku dengan Akiff masa kat sana hari tu… hehhehe…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Food Ink, Food Review, Makan-makan, Menu, review, Tempat Makan

« KBBA Blogger’s Day Out 2015 – Semua dijemput
Pengalaman pertama main lasertag… »

Comments

  1. Erra Kyra says

    April 24, 2015 at 8:02 am

    cayalah..terliur tgk food review abg lan.. huhu jd terliur lak.. btq kaiff n bear mmg comel!:D

    Reply
  2. Mime MF says

    April 24, 2015 at 1:09 pm

    cukuplah tgk gmbr sudah mempu bt ku terliur..haha

    Reply
  3. jack n jill says

    December 3, 2019 at 8:03 pm

    diragui status kehalalannya..sila periksa betul2.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative