Anniversary aku dengan Miss Permaisuri dah lepas lama dah… dah nak masuk sebulan dah tapi baru hari ni sempat nak update… kehkehkeh… 19 April 2009 genap aku bergelar suami kepada Miss Permaisuri dan 19 April 2015 adalah ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke 6… Akiff masih pegang tittle abang besar dalam keluarga kecik aku… insyaAllah dah tak lama dah Akiff akan bergelar Abang Long Akiff…
19 April lepas aku sambut Anniversary kat Flora Terrace… ni kali kedua aku ke sana… masa 1st time ke sini dulu aku ada story kat entry sini (klik)… Kali kedua ni aku ke sana sebab dapat tajaan dari Flora Terrace untuk makan malam romantik sempena anniversary…
Kagum Akiff tengok deco dan hiasan dalam Flora Terrace ni… cantik sangat… memang memenuhi tema romantik dengan alunan music slow yang sangat romantic… yang meja alas putih ni adalah meja kitorang… korang kalau nak suasana romantik dengan dekorasi meja candle light macam meja kitorang tu kena buat tempahan awal k… kalau walk in jer korang duduk jer meja biasa kat tepi tu… hehehe…
Menu pilihan kitorang malam tu adalah western food… makanan memang puas hati sangat.. sedappppp!!!! Aku rekemen sangat korang try lamb chop kat sini… Fuhhh… terbaek… potion makanan kat sini pun agak banyak gak… memang puas la makan…
Sorry coz gambar makanan malam tu takde… dah nama pun candle light dinner kannn… takkan nak sebok ambik gambar makanan lak kann… bila menu dah sampai, hp terus letak tepi… kang kacau mood romantik lak… hehehe…
Haaa satu lagi… ni 1st time aku ber candle light dinner so memang tak tahu la camno kekdahnya… ingatkan bunga kat tengah-tengah meja tu akan kekal kat situ masa makan… terfikir gak.. macam mana nak pegang-pegang tangan… ade blocking… cewaahhh.. ahahhaha… rupenyer bile menu dah sampai deco-deco atas meja tu akan disusun kat tepi meja… Ooooo… gitu kekdahnya… baru la boleh suap-suap… kalau tak bunga tu kacau jer… hahahaha…
Untuk korang yang dok tercari tempat makan romantik kat KL ni aku memang syorkan korang try kat sini… Flora Terrace ni dah banyak kali tau masuk TV tempat tempat ni memang sangat cantik… kalau korang nak cari tempat untuk buat majlis atau event pun sangat sesuai kat sini… korang boleh ushar gambar-gambar diorang kat facebook dan instagram Flora Terrace…
Flora Terrace tak jauh dari Ampang Park… korang waze jer Hampshire Place kalau nak kesini…. kompom jumpe… Oh yaaa…
Terima kasih Flora Terrace sebab berikan kitorang pengalaman manis dan romantik kat sana… TQ TQ TQ…
Detail:
Flora Terrace
Jalan Mayang Sari
Off Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Tel : 03-2181 0872 / 013-4146050 (Safwan)
Facebook : Flora Terrace (klik)
Instagram : Flora terrace (klik)
bestnyaa ^^