Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Happy Birthday to me!

May 25, 2015 by Admin 2 Comments

Spread the love
21 Mei 2015 genap usia aku yang ke berpuluh puluh… TQ semua yang wish sama ada personal what’s app atau wish kat fb atau yang inbox fb… thanks semua… birthday kali ni takde celebrate kat luar pun… kebetulan pulak aku kejer balik lambat hari tu… sampai rumah jer tengok Miss Permaisuri dengan Akiff dah ready sesuatu untuk aku…

Akiff ni tak boleh simpan rahsia betul laaa… aku masuk jer dalam rumah terus Akiff wish happy birthday pastu die cakap ummie ade beli kek dalam peti ais… lepas tu die kelam kabut cari hadiah yang ummie belikan nak bagi kat aku… tak sabar sabar budak tu… ummie die plan nak surprisekan aku pun dah tak jadi dah… budak kecik tu punya hal… hahaha…

Yang sebenarnya die tak sabar nak makan kek ni haaa… tapi ummie suruh tunggu abah balik kejer dulu… aku dah siap mandi semue die yang kecoh nak potong kek… siap suruh letak lilin bagai sebab nak tiup… hahaha… nampak tu muke excited macam die lak punyer birthday… hahaha…

Ni haaa hadiah dari Miss Permaisuri dan Akiff untuk aku… sebelum bukak hadiah ni aku siap cakap… “Laaa… ade beli hadiah ke? Kenape tak bagi tau… kalau tak nak request hadiah belt sebab dah teruk dah…” Wakaka… siap nak request..

Tapi nasib baik Miss Permaisuri memang dah alert keperluan laki die ni haa… memang die hadiahkan aku set belt dengan wallet… Waaaa… macam tau tau jer kannn…
TQ Miss Permaisuri dengan Akiff… due insan ni yang sebenarnya hadiah terbesar dalam hidup abah… InsyaAllah akan bertambah sorang lagi lepas ni… dan TQ jugak kepada semua yang wish… 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Abah, Birthday

« Penting tak Facebook Page untuk blog?
Hei Sushi – Betul-betul pikat selera aku »

Comments

  1. Nurfaezah Abdullah says

    May 25, 2015 at 10:01 pm

    happy birthday sir

    Reply
  2. kak yatiadam says

    June 1, 2015 at 9:07 am

    selamat hari lahir… kak suka baca blog anda.. sangat menarik.. jemput ke blog kak.. tq

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative