Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hei Sushi – Betul-betul pikat selera aku

May 25, 2015 by Admin 5 Comments

Spread the love
Kalau nak belanja aku makan Japanese Food atau sushi, aku bukan orang yang sesuai sebab tekak aku ni bukan jenis ke arah japanese style ni… Tapi untuk Miss Permaisuri, die memang suka makanan jepun… tapi disebabkan aku bukan pemakan makanan jenis yang macam ni, kitorang tak pernah pun lepak kat mana-mana restoran makanan jepun… Miss Permaisuri kalau nak makan pun die pergi dengan kengkawan dia atau cousin die…
Tapi baru-baru ni aku bawak Miss Permaisuri dengan Akiff ke Hei Sushi, Alamanda untuk try makanan jepun kat sana… Hei Sushi ni baru jer lagi masuk pasaran Malaysia… kat Alamanda ni adalah 1st outlet diorang dan masih belum ada cawangan lain lagi… 
So, jom kite tengok sama ada japanese food kat Hei Sushi ni dapat pikat tekak aku ke tak…
Flower Tea – RM7.99 (Hot)
Sementara tunggu menu sampai, kitorang minum air teh bunga ni… ade sejambak bunga dalam air teh tu… lawa giler… sedap tu tak tau nak cakap sebab teh jepun bukan macam teh mamak… rasa teh die light jer…
Ni 1st menu yang sampai kat meja… Woaaaaa…. aku teruja tapi tak tahu nak makan macam mana… hahaha… nasib baik ade Miss Permaisuri yang ajar… kena perah lemon, letak sos die sikit then campur ape lagi ntah.. rasa dia memang fresh… Miss Permaisuri dok ulang cakap memang sedappp… untuk peminat sushi diorang faham la nikmat makan menu yang macam ni kann… untuk orang macam aku ni tekak agak tak berapa nak kawan dengan menu yang macam ni… tapi dapat jugak la merasa 2 3 jenis… hehehe… maksudnya masih boleh diterima…
Omakase Moriawase – RM59.99 (8 kinds)
Set yang atas ni ade banyak pilihan… ade fresh salmon, yellowtail, butterfish, salmon belly, premium scallop, octopus dan tuna… ikut korang la nak order berapa jenis pilihan sebab harga dia tak sama…
Hei Maki – RM13.99
Okeh… Yang ni sedap… aku suka yang ni sebab ada Malaysian style… yang kat dalam tu die letak otak-otak… sedap wehhh… tak tipu…

Jackfruit Ebi Maki – RM15.99
Sushi ni memang agak unik sebab dibalut dengan isi buah nangka… sedap sangat sangat…

Temari Sushi 
Ni feveret Miss Permaisuri… masa balik tu siap cakap lepas ni datang Alamanda nak makan Hei Sushi lagi… makan yang set 5 beradik ni jer pun takpe…

Maguro Steak Rikkyuyaki – RM22.99
Yang ni tuna steak yang dihidangkan dengan steam bun… set ni datang bersekali tapi Akiff bantai makan steam bun tu jer sorang die… aku dengan Miss Permaisuri ratah tuna steak ni…

Hei Tori Specialty – RM35.99 (3 course meal)
Haaaaa… ni menu wajib cuba… perfect match dengan anak tekak aku ni… yang ni makanan Japan ala Malaysian sebab ayam grilled dengan pulut onigiri disajikan dengan kuah kacang pedas dan kerabu mangga… rasa dia macam makan satay dengan lemang dan dicicah kuah kacang… aku bagi 5 bintang untuk menu ni…

King Platter – RM74.99 (5 course meal)
Super awesome! Macam mana ehh nak describe King Platter ni sebab sedap sangat oiii… Gabungan chicken, daging dengan seafood yang dibakar ni memang terbaek… isi salmon tu pulak dimasak style teppanyaki… rasa nak menangis bila makan King Platter ni… hahaha… over pulak cara aku describe tapi tak kesah laaa sebab memang sedap giler…
Nom nom nom…

Jackfruit Temptations – RM8.99
Pernah makan nangka goreng? Ni 1st time aku makan… terus cakap kat Miss Permaisuri “Nanti abang beli nangka, baby gorengkan macam ni boleh tak?” Hahaha… Serius sedap… 
Dapat ais krim terus park keter sebelah… Haihhh…
TQ Hei Sushi sebab memuaskan nafsu makan kitorang hari tu… servis korang memang tip top… suasana dalam restoran pun selesa… baru jer keluar restoran, Miss Permaisuri dah pesan nanti nak datang sini lagi… Huh… ok ok…

Hei Sushi memang betul-betul dah pikat aku dengan makanan jepun… aku ingatkan makanan jepun ni sushi mentah yang gulung-gulung tu jer… rupenyer punya banyak pilihan lain…

Korang yang nak try Hei Sushi boleh la datang kat Alamanda Putrajaya.. Restoran Hei Sushi ni betul-betul depan pusat bowling… senang jer nak cari…

Maklumat lanjut boleh tengok kat Facebook Hei Sushi Malaysia (klik)   


Hei Sushi
P03A, Plaza Level
Alamanda Shopping Centre
Jalan Alamanda
Precinct 1
62000 Putrajaya

Operation Hour
Mon – Fri : 11.30am – 10.00pm
Sat, Sun & Public Holiday : 11.00 – 10.00pm

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Food Review, Maka, Makan-makan, Tempat Makan

« Happy Birthday to me!
Kuala Lumpur Big Kitchen Festival – Menarik! »

Comments

  1. aisyah ambris says

    May 25, 2015 at 6:48 pm

    teliuq dah…hohohi

    Reply
  2. Rozita says

    May 25, 2015 at 6:48 pm

    peh…rm240.92 tak termasuk harga temari sushi(pasal takde rege) dgn GST tu… saya cuma mampu minum teh je kot…huhu…

    Reply
  3. Miss Xyz says

    May 25, 2015 at 10:01 pm

    saya x minat sgt sushi tapi ada certain jenis sushi saya nak try. sekali pun jadilah

    psst, kalau sempat malam ni, sudi-sudilah join giveaway saya ye, ehehe

    Reply
  4. Nurfaezah Abdullah says

    May 25, 2015 at 10:01 pm

    alamak harganya +.+

    Reply
  5. Suriyati Ramli says

    January 25, 2016 at 8:42 am

    terbaik lah yobbb!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative