Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kuala Lumpur Big Kitchen Festival – Menarik!

May 31, 2015 by Admin 2 Comments

Spread the love
Dah beberapa hari tak update blog… huhuhu…  Miss Permaisuri warded sebab dah ada tanda nak bersalin tapi tak jadi sebab baby dalam perut belum ready nak tengok dunia… wakaka… main acah acah lak baby ni…
Lepas 1 malam chekin kat hospital, esoknya dah boleh discaj doctor pesan suruh banyakkan berjalan untuk mudahkan dan cepatkan bersalin…
So ambik kesempatan cuti hujung minggu aku bawak Miss Permaisuri bercuti kat KL… Kehkehkeh… padahal memang umah kat KL pun…
Okeh sebenarnya tujuan utama nak ke Dataran Underground… Miss Permaisuri kate kawan die ade berniaga kat situ… next entry aku citer pasal Dataran Underground ni k… 
Masa dok berkeliaran kat area Dataran Merdeka tu, terperasan pulak ada event Kuala Lumpur Big Kitchen Festival… asalnya aku memang tak tahu menahu pun pasal festival ni… ade la nampak dalam facebook ade ramai selebriti chef terkemuka dari dalam dan luar negara dok berkampung kat KL cuma tak sure kat mana… rupanya kat sini la diorang berkampung…

Banyak aktiviti disediakan sepanjang festival ni… ade demo masakan, jualan makanan tradisional mengikut negeri dan macam-macam lagi… nak merasa masakan chef terkemuka pun ade…

Nak masuk sini dikenakan bayaran RM1 untuk seorang… kanak-kanak 12 tahun ke bawah masuk free…

Konsep festival ni agak santai dan menarik bagi aku… masa aku g sana memang tak sesak tapi panas terikkkk macam nak terbakar rambut… sape suruh g time tengah hari buta kann… hahaha…

Yeahhh… jumpa nasi daun lemuni… baru beberapa minggu lepas dok sebut teringin pulak nak makan nasi daun lemuni… nasi ni famous kat Penang… kat KL memang susah la nak dapat. Kebetulan ada pulak jual kat sini… cuma aku teringin “nasi tumpang” yang famous kat Kelantan tu jer tak jumpe…

Akiff layan satay kat booth Malaysia Airlines.. korang tahu kan yang satay kan menu kebanggaan rakyat Malaysia… sekatang dah disajikan kat atas awan sana…
Okeh.. Nah tengok video suasana persekitaran kat sana… sajer jer ni try buat video pendek untuk masuk dalam entry… hehehe…
Yang mana sempat tu boleh la terjah Kuala Lumpur Big Kitchen Festival yang berlangsung dari 29 – 31 Mei 2015…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Aktiviti, Event, Jalan-jalan, Makan-makan

« Hei Sushi – Betul-betul pikat selera aku
Dataran Underground… Kenape aku tak tahu pun tempat ni wujud.. »

Comments

  1. Nurfaezah Abdullah says

    May 31, 2015 at 5:20 pm

    semoga isteri tuan selamat melahirkan anak kedua nanti 🙂

    Reply
  2. Nurfaezah Abdullah says

    May 31, 2015 at 5:20 pm

    konpom puas makan pegi sini hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative