Aku baru tahu kewujudan Dataran Underground kat bawah padang Dataran Merdeka tu… hohoho… kesiannya kat aku… bukan apa… aku dah banyak kali jugak bawak Akiff lepak main-main kat padang Dataran Merdeka tu tapi aku tak tahu langsung yang kat bawah padang tu ade ruang niaga macam kat dalam mall…
Korang nampak tak tiang besar kat belakang aku tu… Haaa… itu la tiang bendera yang tinggi giler kat Dataran Merdeka tu… dari jauh dah boleh nampak Jalur Gemilang dok berkibar kat puncak tiang ni…
Haaaa… nampak? Dah macam dalam mall kan… padahal kat bawah padang Dataran Merdeka ni… member aku pernah la bagi tau aku kat parking Dataran Merdeka kadang-kadang ade buat jualan… aku ingatkan diorang bukak booth kat area parking die yang luas tu…
Siap ade food court… fully aircond kat bawah ni… tandas pun bersih dan selesa kat bawah ni…
Aku ke sini sebab tudung aidijuma ni laa… Miss Permaisuri aku tu nak pergi borong tudung ni kat booth kawan die… kalau tak sebab tudung ni rasanya sampai sekarang pun aku tak tahu kewujudan Dataran Underground ni…
Aku suke konsep kat sini… santai dan rilex… tu nampak tak Akiff dok main tab kat tempat lepak ni…
Ade stage jugak untuk buat event… tapi masa aku ke sana hari tu takde event ape pun…
Sepanjang tahun diorang ade buat event Buku dan Bazar kat sini… setiap hujung minggu pada minggu terakhir setiap bulan… Haaa… boleh la terjah sini untuk dapatkan buku-buku atau novel…
Kebetulan pulak masa aku ke sini hari tu ade rezeki jumpe rakan blogger yang sebelum ni dok borak dalam group What’sApp jer… tak tahu pulak die pun ade bukak booth buku die kat sini… terus la aku sambar seketul buku tulisan die sendiri, buku Damping… bro Zulkifli atau aku panggil Apak ni adalah penulis novel seram… citer yang die tulis adalah dari pengalaman sebenar dia yang boleh melihat alam ghaib… hohoho… Korang pernah dengar buku Mata Tak Berhijab tak? Haaa… die la penulisnya… boleh baca serba sikit story dia kat blog Mata Tak Berhiijab (klik)
Ehhh… dah kelain pulak citer aku… walhal nak citer pasal Dataran Underground ni… hahaha… Untuk info, belasan tahun dulu tempat ni dikenali sebagai Plaza Putra tapi dah pernah tenggelam sebab banjir… lepas tu tahun 2012 tempat ni dibangunkan semula dengan nama Plaza Dataran Merdeka… kononnya nak dijadikan antara pusat pelancongan sebab kedudukan dia yang strategik… tapi sodihhhh sebab promosi tempat ni sangat hambar… now dikenali pulak sebagai Dataran Underground… kononnya rebranding la kan tapi tak guna kalau asyik tukar nama tapi promosinya non hadooo… kesian peniaga-peniaga kat situ…
Aku yang office hanya 15 minit walking distance ke tempat ni pun tak tahu menahu kewujudan Dataran Underground ni… takde langsung aku nampak signboard yang menunjukkan kewujudan tempat ni… or mungkin ada cuma aku tak nampak… ntah laa… padan la pernah masuk Astro Awani yang kata tempat ni Hidup Segan Mati Tak Mahu (klik)…
Aku rasa management tempat ni kena buat sesuatu la kot… zaman sekarang orang promote guna media sosial… buat la event besar then invite blogger atau geng media influencer untuk promote tempat ni… signboard pun kena banyak sikit… tapi make sure jugak kedai-kedai kat bawah tu beroperasi… jangan la sendu jer… kang sape yang nak pergi kan kalau kedai pun banyak yang tutup… lagi best kalau situ buat port jualan produk tempatan…
Hurmmm… korang kalau ada masa nanti pergi la buat tinjauan kat sini… bab parking takde masalah sebab memang banyak parking kat bawah tu..
mas saari says
lama dah wujud underground ni..
dulu masa kerja KL selalu gak pi shopping kat sini.. heheheee
ekjoz buluh says
Aku pun baru tahu lepas baca entri ko ni. Padahal berdekatan sahaja.
gulew kapas says
hahaha takpe. ni dah tahu da ni. boleh ler turun kalau ade event
Yana MIB says
aku pn baru tau! bahaha pastu kena ejek dgn ujang sbb baru tau…grrr
safurara says
Nak g jugak lah nanti.bestnyaaaa!!! Panas2 kt dataran.pas tu masuk bawah tu sejuk je.