Alhamdulillah… Muhammad Azif Zafri selamat dilahirkan pada 11 Jun 2015 jam 3.50 pagi… Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberikan ucapan tahniah dan mendoakan segalanya dipermudahkan… ada jugak yang mintak nak tengok gambar baby… tapi aku terpaksa hold dulu dari publish gambar baby ke media sosial… kalau ada pun yang blur macam bawah ni…
Bukan nak belagak macam retis tak nak tayang gambar anak… Haih… takde maknenyer aku nak belagak macam tu… dalam hati ni dah memberontak nak share gambar Azif kat FB tapi nekad jugak aku hold dulu hingga habis pantang 44 hari nanti…
Sebabnya gini… baby dalam pantang ni adalah sangat fragile dan berisiko kepada dua permasalah rohani iaitu Ummu Sibyan dan Al Ain…
Ummu Sibyan adalah berkaitan dengan jin yang suka sangat dengar tangisan bayi baru lahir ni… jadi langkah mengelakkan gangguan Ummu Sibyan ni biasenyer kite kena azankan kat telinga bayi sebaik sahaja dilahirkan…
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). “
Rasanya sekarang ni kebanyakan hospital pun dah alert pasal azankan bayi baru lahir ni… diorang akan bagi ruang untuk si bapak azankan anak.. tapi kalau bayi masih jugak kerap menangis, boleh ikhtiar dengan azankan secara perlahan ke telinga bayi setiap kali masuk waktu solat… Haaa… ni pasal Ummi Sibyan… korang yang nak tahu lebih detail boleh la tanya kat ustaz ustazah yang lebih pakar… aku sekadar kongsikan apa yang aku tahu jer…
Tapi kan… apa kaitan pulak dengan upload gambar baby ke facebook… Ngeeee… memang takde kaitan dengan Ummu Sibyan tapi ia sebenarnya berkaitan dengan Al Ain…
Bila kita upload gambar baby ke facebook… public akan dapat tengok gambar anak kite… kite pulak bukan kenal hati budi semue rakan-rakan facebook tu kannn… mungkin jari jemari komen puji cakap comey tapi dalam hati ada sedikit iri hati atau dengki dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kita… bukan nak kata diorang yang dengki tu akan hantar sihir… bukan macam tu… tapi sebenarnya perasaan tu sahaja pun dah cukup untuk memberikan impak kepada permasalahan Al Ain…
Lagi pun dunia maya ni lain sikit… jari yang menaip tu tak semestinya seiring dengan hati dan mulut si tuan… sambil-sambil layan facebook tu jari menaip comeynyaaaaaa tapi mulut kat sana dok mengumpat dengan member sebelah “jangan la budak ni ikut perangai bapak dia yang ntah hape-hape tuuu…”
Atau pun masa dok melayan facebook tu sambil-sambil klik like kat gambar baby kite tapi mulut kemain rancak dok mengumpat pasal benda-benda tak elok… dikhuatiri benda-benda tak elok tu la terkena dekat baby melalui pandangan mata bila dia tengok gambar anak kite…
Jadi Al Ain ni adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata…
Al Ain ini seperti yang dinyatakan dalam hadith :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyAllahu Anhu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar, maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah” (Hadith riwayat Muslim)
Antara tanda-tanda bayi yang terkena penyakit rohani Al Ain ni adalah baby kerap menangis tanpa sebab dan berterusan… keadaan fizikal baby yang kurus dan seolah kekurangan zat… masalah sakit kulit yang sukar sembuh…
Jadi, kaedah merawat yang boleh kita praktikkan adalah setiap kali baby menerima pujian, letakkan tangan kanan di atas kepalanya dan bacakan ayat Taawudz…
“ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”
Aku berlindung diri kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk
Hah… harap korang faham la apa yang aku share ni… penat jugak aku cuba sampaikan dengan gaya tulisan aku untuk mudahkan fahaman korang…
Ni lah sebabnya kenapa aku belum publish lagi gambar Azif kat facebook atau instagram aku… ikutkan hati memang nak sangat upload untuk share kegembiraan aku menerima buah hati baru dalam hidup tapi takpe laaa kannn… bukan lama pun… Jadi sementara ni aku upload jer dulu gambar teaser Aziff… Hahahaha… nak jugaaaaakkk…
Sumber rujukan : Sini
p/s: bayi pun ada kemungkinan terkena penyakit ekzema jika ibubapa pernah ada ekzema. Entri penyakit kulit ekzema pada bayi ini ada kisah pasal bayi ekzema
Mila Hilas says
tahniah abah careno dan isteri..
nadiah hanum says
Tahniah dgn kelahiran baby baru…semoga baby membesar dgn sihat.
Nadia Johari says
Tahniah abg lan..semoga baby baik2 aje..kesian abg lan kerinduan
yoorin melacolea says
Huhu.exclusive baby Aziff… betul tu alan.kadang x tau niat seseorg memuji ikhlas @ x.. moga yg baik2 je… tengok jari pon dah geram..bulat2 mcm ceri.. nak gigit..
Dkna Abza says
putih melepak ! abah sila potong kuku baby heheheeee
Hanim Hashim says
bagus abah Azif pantang hehe … tahniah dan selamat datang ke dunia Azif moga bertambah sinar kebahagiaan dalam keluarga hendaknya aaminnn 🙂
zazanizam says
Alhamdulillah, tahniah !
::EIDA:: says
tahniah lan.. ai masih belajar nk sebut nama adik akiff ni.. berbelit lidahh hahahhahahha
Yan Ty says
Owh. TQ for info.
Smitha885 says
Good post. I study something more challenging on completely different blogs everyday. It is going to all the time be stimulating to learn content material from different writers and practice somewhat one thing from their store. I dcefdkeccfdddebf