Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman Bersalin – Cerita Dari Abah

June 29, 2015 by Admin 10 Comments

Spread the love
Kebiasaan kalau korang google pengalaman melahirkan anak memang rata-rata cerita pengalaman dari si ibu kannn… kali ni biar aku pulak nak cerita pengalaman bersalin dari pengalaman seorang ayah… walaupun bukan aku yang menanggung sakitnya tuh… hehehe
Walaupun ni pengalaman kedua aku terima cahaya mata tapi ke’cuak’kan aku tu sebenarnya lebih teruk dari yang 1st dulu… hahaha… betul ni… tak caya tanya Miss Permaisuri… aku rasa dia pun rimas sebab aku lagi kalut dari dia… wakaka…

Okeh… citernyer macam ni…

————————————————————————————————-
27 Mei 2015 – Malam tu Miss Permaisuri tak dapat tidur lena… kali pertama contraction menyerang bertubi-tubi… tapi malam tu takda pulak die nak kejutkan aku tido bagi tau sakit contraction… katanya masih boleh tahan lagi… so, esok paginya lepas hantar Akiff ke tadika… aku bawak Miss Permaisuri ke HUKM… kat sana lepas chekup diorang kata dah ada bukaan 3cm… so, kena tahan kat wad terus hari tu… aku telefon bagi tau mak abah aku yang Miss Permaisuri dah kena tahan wad… Akiff aku hantar ke rumah maksu aku kat Putrajaya…
28 Mei 2015 – Awal-awal pagi mak dengan abah dah sampai KL kononnya nak bantu aku dalam urusan kelahiran ni… tapi hari kedua kat HUKM Miss Permaisuri dah tak rasa contraction langsung dah… bila doctor chek katanya bukaan jadi 2cm pulak… lorrr… boleh pulak macam tu… petang tu dah boleh discaj dah… doctor pesan kalau dah ada tanda-tanda nak bersalin kena segera ke hospital… jangan nak bertangguh…

29 Mei 2015 – ade sakit tapi sikit-sikit jer

30 Mei 2015 – ade sakit jugak tapi sakit memain jer

31 Mei 2015 – Miss Permaisuri kata kadang-kadang terasa macam baby dok menekan kat bawah macam nak keluar tapi sakit tu biase-biase jer

1 Jun 2015 – sakit sikit-sikit tu ada tapi waktu malam jer

2 Jun 2015 – Kejap sakit kejap tak

3 Jun 2015 – Aku masih lagi kerja macam biasa… mak aku ada kat rumah temankan Miss Permaisuri

4 Jun 2015 – Sakit nya tuh disini

5 Jun 2015 – Tunggu punya tunggu takde pulak tanda-tanda baby ni nak keluar… So, aku decide nak balik Penang rumah mertua aku… standby bersalin kat Penang… petang tu kitorang gerak balik ke Penang…

6 Jun 2015 – Sakit tak jugak kunjung tiba… takda langsung tanda-tanda nak bersalin… siap boleh g kenduri lagi…

7 Jun 2015 – Lepak jer kat rumah… tunggu Miss Permaisuri sakit tapi tak jugak sakit…

8 Jun 2015 – Pergi chekup kat Klinik Kesihatan Ibu Mengandung… Nurse cakap baby dah ready nak keluar.. anytime jer… die dah kat laluan die dah… kedudukan baby semuenyer ok…

9 Jun 2015 – Akhirnya tiba hari due bersalin…makin cuak pulak nak terima baby kali ni…

10 Jun 2015 – Pergi chekup lagi kat Klinik Kesihatan Ibu Mengandung… due dah terlebih sehari dari jangkaan… lepas scan. doctor cakap saiz baby agak besar… anggaran 3.60kg… mungkin sebab tu la kot die susah nak keluar… Doctor syorkan supaya induce atau bersalin paksa sebab kalau bagi masa lagi nanti baby makin membesar kat dalam perut tu…

Mulanya doctor nak refer Miss Permaisuri ke Hospital Seberang Perai sebab Hospital Bersalin Pulau Pinang tengah renovation… jadi kat sana diorang hanya terima kes normal sahaja… kalau induce atau czer diorang akan refer ke Hospital Seberang Perai…

Jauh giler kowt kalau dari rumah mertua aku nak ke Hospital Seberang Perai tuuu… so, aku mintak nak ke Hospital Sultanah Bahiyah kat Alor Setar… dekat dengan rumah mak abah aku…

Petang tu dari Penang terus kitorang ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar… kat situ ade doctor pakar yang handle Miss Permaisuri… die usik laluan baby tu untuk ganggu hormon dan bagi rasa contraction untuk bersalin… lepas tu doctor suruh balik rumah dulu sebab hospital katil penuh… nasib baik rumah mak abah aku ke hospital dekat jer… 15 minit dah sampai… pukul 12 malam doctor pesan suruh datang balik untuk chek bukaan…

11 Jun 2015 – Pukul 12 tengah malam aku bawak Miss Permaisuri ke hospital… masa tu baru die rasa betul-betul sakit sebab contraction nak bersalin… sampai kat hospital diorang chek bukaan dah 6cm… cukup 8cm diorang tolak bawak masuk labour room…

Masa tu aku follow sekali masuk bilik bersalin tu… tugas aku bagi semangat kat Miss Permaisuri tapi aku rasa tiap kali Miss Permaisuri meneran sekali dengan aku rasa penat… hahaha… Nurse situ pulak kemain garang… aku pun cuak dengar die marah… “Meneran bukan macam tu!!!… Kalau puan sayangkan anak puan, meneran betul-betul… meneran macam nak berak tu..!!!” Fuhhhh…. agak tinggi jugak suara nurse tuu…tapi mungkin tu caranya… tak kisah laa… takde ambik hati pun…

Tengok Miss Permaisuri mengerang sakit buat aku insaf nak bagi die beranak lagi… time tu aku terfikir dah cukup la kot dua orang anak… kesian pulak nak mintak anak lagi… huhuhu… tapi masa tu jer laa aku terfikir macam tu… lepas tu dah takde dah… hahaha…

Masa proses meneran tu, denyutan jantung baby makin lama makin lemah… nurse bidan tu pun dah makin kelam kalut… menjerit-jerit die panggil doctor… pastu datang doctor chek keadaan baby pastu die syorkan untuk buat operation segera sebab keadaan baby yang makin lemah…

Time tu aku dah kena tunggu kat luar sebab diorang nak bawak Miss Permaisuri ke bilik bedah… aku melepak kat luar bilik bedah dengan abah aku… Malam tu abah aku jadi peneman aku… masa aku dok menunggu kat bilik menunggu tu abah datang bawak nescafe panas untuk aku… huhuhuhu…

Dalam pukul 3 pagi kakak sulong aku pulak datang temankan aku kat hospital… gantikan abah aku… time tu aku suruh abah aku balik rest kat rumah.. kesian pulak dia berjaga sama dengan aku…

Dalam pukul 4.30 pagi ada 2 orang nurse tolak incubator macam gambar bawah ni keluar dari bilik bedah… nurse panggil aku untuk tengok kejap anak aku sebelum die sorong bawak ke NICU…

Cuak jugak aku bile tengok anak aku ade dalam ‘bekas akurium’ tuu… tapi masa aku tengok Azif dalam beberapa saat tu tak nampak pulak diorang pasang tube atau wayar kat badan die… mata Azif pulak kemain booolat dok tengok aku… Aku mintak nak azankan Azif time tu tapi die cakap diorang kena bawak baby ke NICU dulu…

Miss Permaisuri citer kat aku… masa baby Azif keluar dari perut, die tak nangis mula-mula… kelam kabut gak diorang buat nak bagi baby Azif nangis… lepas beberapa minit baru la baby nangis dan masa tu pulak pernafasan die lemah… sebab tu diorang cepat-cepat bawak baby ke NICU untuk dipantau…

Alhamdulillah lepas beberapa ketika keadaan baby dah semakin stabil dan aku dapat azankan baby Azif pagi tu kat dalam wad NICU tu…

Keadaan Miss Permaisuri pulak Alhamdulillah ok… cuma dia nampak letih sebab bertarung untuk bersalin normal tapi tak berjaya… apa pun syukur sebab dua-duanya selamat…

Tapi esoknya doctor panggil aku untuk maklumkan yang Azif menghidap G6PD defeciency…

Okeh next entry aku story pulak pasal G6PD tu… 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Baby, pengalaman

« Pantang 44 hari dari upload gambar baby ke Facebook
Tips Bangkitkan Mood Romantik Bersama Pasangan »

Comments

  1. Syira Lokman says

    June 29, 2015 at 10:43 pm

    semoga semuanya oke dan dippermudahkan yee

    Reply
  2. mOoN IzzaN says

    June 30, 2015 at 6:28 am

    Alhamdulillah.. sakit bersalin tu sakit yg luar biasa.. pengorbanan seorang isteri.. 😀

    Tahniah again abg lan.. hugs for baby..

    Reply
  3. yoorin melacolea says

    June 30, 2015 at 6:28 am

    Sama macam yoorin dulu..dah start sakit 3 minggu awal.. siap g spital..pastu tak sakit. Pastu sakit just main2 pulak baby..tp overdue jugak 8 hari.. xpe la..semuanya selamat..alhamdulillah..

    Reply
  4. irra yyan says

    June 30, 2015 at 6:28 am

    Selamat berpantang miss permaisuri

    Reply
  5. Amie says

    June 30, 2015 at 10:33 am

    aduhai….. syukurlah dua-duanya selamat…

    Reply
  6. Mila Hilas says

    June 30, 2015 at 10:33 am

    tahniah..bersalin ni ada mcm2 pengalaman…tp pompuan ni xkan serik.hehe

    Reply
  7. noorshafila says

    June 30, 2015 at 10:33 am

    Tahniah dan Alhamdulillah semuanya selamat. Selamat berpantang Miss Permaisuri.

    Reply
  8. Dkna Abza says

    June 30, 2015 at 4:38 pm

    aku pulak yang duk meneran baca caplock ko ni lan…hahhahaa.. apa pun, zaza kena pantang elok2.. lepas ni nak bersalin lagi.. hehehee

    Reply
  9. Zaleha says

    July 6, 2015 at 12:51 pm

    lama juga tu detik pengalaman dari contraction sampai betul2 lahir. rezeki masing-masing.

    Reply
  10. ::EIDA:: says

    July 8, 2015 at 8:04 am

    allahhhh gitu yeee…. ni kalau tak sayang bini tak tahu laaaa.. hihihi…. ai nnti pon nak mat masuk sekali laa.. mohon sayang lebihh laaaa pleasee kekekekke

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative