Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Ayam Pansuh Menu Istimewa Hari Raya

July 23, 2015 by Admin 10 Comments

Spread the love
Resepi ayam pansuh ni aku dapat dari member aku, Redscarz… tahun lepas aku tengok dia dok membakar ayam pansuh di pagi raya… tahun ni aku pun nak try la jugak untuk cari kelainan menu raya kali ni…
Ayam pansuh ni adalah ayam yang dimasak dalam buluh… resepi ni aku dapat dari blog Redscarz (klik)… sehari sebelum raya aku try buat sekor dulu untuk berbuka… hasilnya ok cuma tekak orang utara ni nak kena ada pedas sikit baru ummp…
So, pagi raya tu aku adjust sikit resepi ayam masak dalam buluh iaitu ayam pansuh ni ikut citarasa utara sikit… 

Keperluan :
– Buluh lemang
– Tempat pembakar
– Arang

Bahan-bahan untuk dikisar kasar atau ditumbuk :
– 6 ulas bawang putih
– 2 biji bawang besar
– Halia sebesar ibu jari
– Kunyit hidup sebesar ibu jari
– 2 batang serai

– 1 helai daun kunyit dihiris halus
– Pucuk ubi dikoyak kecil.. lagi banyak lagi best sebenarnya… ikut suke korang nak letak banyak mana…
– 2 kiub ayam… aku suka jenama knorr… kalau tak nak guna kuib ayam boleh gantikan dengan serbuk cukup rasa…
– Black pepper.. nak lagi berperisa dan lagi pedas letak la banyak sikit…
– Cili 6 biji… cili yang biasa tu… bukan cili besar… kalau korang guna cili padi kurangkan sikit cili tu takut pedas sangat lak…
– Garam secukup rasa
– Air

Bahan Utama :
– Ayam sekor yang dipotong kecil… agak-agak bagi muat nak sumbat masuk dalam lubang buluh tu laaa…

Cara-cara :

– Mula-mula kisar bahan-bahan yang perlu dikisar tu dulu… tapi jangan bagi hancur sangat…
– Bahan yang dikisar tu digaulkan dengan ayam…
– Masa gaul tu letakkan garam, serbuk lada hitam, kiub ayam atau serbuk cukup rasa dan gaulkan sampai keseluruhan ayam disalut dengan bahan-bahan tu…
– Kemudian perapkan kejap ayam tu… biarkan lebih kurang setengah jam sebab nak bagi bahan-bahan tu meresap masuk dalam ayam… sementara tunggu tu sempat la nak sediakan tempat bakar dulu…
– Kemudian gaulkan daun kunyit yang telah dihiris halus tadi dan pucuk ibu dalam perapan ayam tu… ingat yer! Pucuk ubi tu jangan hiris lak… koyak-koyak gitu jer… kalau hiris halus tak best nak meratah…
– Kemudian masukkan ayam yang dah siap digaul dengan semua bahan-bahan tu ke dalam buluh… masa sumbat ayam ni, ketukkan cili dan masukkan sekali dalam buluh tu… bagi rasa ada pedas-pedas sikit… 
– Jangan penuhkan buluh tu sampai atas… bagi ada ruang dalam 3 atau 4 inci lagi dalam buluh tu… kemudian masukkan air sehingga sama paras dengan ayam dalam buluh…
– Sumbat hujung buluh dengan baki pucuk ubi sebagai penutup..
– Bakar sehingga masak… nak tahu masak ke tak korang boleh tengok air dalam buluh tu… kalau dah mendidih dan melimpah keluar dari buluh tu dah boleh dikira masak dah tu… buluh tu korang jangan dibiarkan jer setempat… kena pusing-pusingkan jugak nak bagi masak rata… kang terbakar sebelah jer…

Biasanya dalam sekor ayam memerlukan lebih kurang 2 batang buluh… kalau korang nak buat 2 ekor atau 3 ekor ayam pandai-pandailah gandakan sendiri resepi ni…

Lepas dah masak boleh tuang dalam bekas dan hidangkan… ayam pansuh ni agak berkuah dan macam sup… sedap di ratah macam tu jer atau dimakan dengan nasi atau kalau time raya sesuai jugak makan dengan nasi impit… kena makan panas-panas baru sedap…

Nak lagi rare boleh hidangkan ayam pansuh tu dalam buluh yang dibakar tadi…

Ni 1st time aku try buat menu ni… gigih pepagi raya dengan baju melayu bersampin bagai aku dok main dengan arang dan api… tapi berbaloi… ramai yang suka dan kata ayam pansuh ni sedap… aku terfikir kalau la ada pucuk paku masukkan sekali dalam ayam pansuh ni mungkin lagi best kot… hehehe…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: makanan, Menu, resepi

« Salam Aidilfitri… Mood Raya, Blog Raya
Ramainya penipu tiket bas! »

Comments

  1. Allene typicalmommy says

    July 23, 2015 at 4:12 pm

    wow… tak pernah mkn ayam ni….

    Reply
  2. mshazadoes says

    July 23, 2015 at 4:12 pm

    nmpk menarik resepi nih nyum2. 😛

    Reply
  3. Mawardi Yunus says

    July 23, 2015 at 4:12 pm

    takpernah try lagi huhu nampak mcm best

    Reply
  4. Normi Nieza says

    July 23, 2015 at 5:45 pm

    mcm best..:)

    Reply
  5. zazanizam says

    July 23, 2015 at 5:45 pm

    zaza pun tak pernah try makan hehe..

    Reply
  6. safurara says

    July 24, 2015 at 11:00 am

    whoaaaaa hebat lah abg lannnn! nt nk suruh Lan buat kan jugak lah!

    Reply
  7. Khalid Kyle says

    July 24, 2015 at 9:04 pm

    sodapnye nampakk, mmg kene cuba ni, btw Selamat Hari Raya buat tuan blog sekeluarga

    Reply
  8. Nadia Johari says

    July 24, 2015 at 10:11 pm

    memang sedap..pakcik nad kadang-kadng buat..isteri dia asal sarawak..

    Reply
  9. indai igat says

    December 14, 2016 at 10:15 am

    tambah dengan kantan lagi sedap….

    Reply
  10. indai igat says

    December 15, 2016 at 4:33 pm

    krismas ni nak masak ayam pansoh,tu lah google ni terjumpa pulak resepi adik ni,terbaik lah adik punya resepi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative