Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Bila anak menghidap G6PD Deficiency

July 6, 2015 by Admin 21 Comments

Spread the love
Sambungan dari entry aku yang sebelum ni (klik sini)… aku ade citer yang lepas jer bersalin, anak aku kena sorong dalam incubator ke wad NICU… mulanya agak terkejut jugak kenape diorang bawak ke NICU… dan kenape diorang letak dalam incubator tu… huhuhu..

Lepas beberapa jam baru aku dapat jumpe dengan doctor yang handle anak aku tu… die kate baby Azif G6PD Defiency… Erkkkk… masa die sebut pasal G6PD tu aku rasa macam pernah dengar tapi tak berapa pasti…

Lepas die explain kat aku baru la aku ingat mendalah G6PD tuuu… Adik ipar aku dua-dua ada G6PD Deficiency sebab mak mertua aku cakap diorang tak boleh makan kacang parang dan beberapa jenis kacang lagi… 

Aku tanya doctor, apa punca Azif kena G6PD Deficiency ni? Doctor cakap bukan faktor pemakanan ibu masa mengandung tapi benda ni adalah dari genetik atau keturunan… biasanya G6PD ni ada kat baby lelaki jer… baby perempuan jarangggg sangat ada G6PD Deficiency…
Normally lepas bersalin doctor akan buat ujian darah yang diambil dari tali pusat baby dan dari situ diorang tahu baby ada G6PD ke tak… kalau yang ada G6PD tu memang diorang akan tahan dalam wad minimum 5 hari untuk pantau sakit kuning atau jaundice sebab baby yang ada G6PD Deficiency ni memang perlukan perhatian khusus…

Kebanyakan baby yang ada G6PD Deficiency ni akan kena jaundice… tapi zaman sekarang ni korang pun tahu kan yang boleh dikatakan semua baby baru lahir pun kena sakit kuning cuma teruk ke tak jer… tapi normally baby G6PD akan kena jaundice yang sangat tinggi… kalau tak dipantau dan dikawal dengan cepat boleh menyebabkan kecacatan otak, masalah pendengaran dan mungkin juga kematian…

Syukur Alhamdulillah… aku memang tak sangka langsung yang adik Azif hampir tiada jaundice… bacaan kuning die rendah jer… tak perlu sampai tahap nak kena letak bawah lampu biru tu… dan takde jugak kitorang amalkan petua hilangkan kuning baby… Dulu masa Akiff ade jugak kena kuning sampai kena tahan wad… tapi baby Azif Alhamdulillah takde… nanti next entry aku akan share dengan korang ape yang Miss Permaisuri makan masa mengandung yang membantu elakkan masalah sakit kuning ni…

Okeh… Sebenarnya G6PD Defeciency ni bukan sejenis penyakit tapi ia adalah kekurangan enzim yang melindungi sel darah merah… jadi kalau enzim ni kurang maka mudah lah sel darah merah tu pecah… Kalau sel darah merah pecah? Kena la cepat-cepat dapatkan rawatan kat hospital dan kemungkinan kena tukar darah… 
Hari tu doctor yang handle Azif dah jelaskan panjang lebar pasal enzim sel darah merah ni kat aku… die siap buat lakaran bulat bulat sel darah merah tu… tapi sodihhh sebab aku tak faham pun ape yang die dok lukis dan terangkan tu… hahaha… cuma apa yang aku faham, aku kena alert dengan bahan-bahan atau ubat-ubatan atau makanan yang boleh menyebabkan sel darah merah tu pecah…

Apa akan jadi bila sel darah merah pecah?
Baby akan kena sakit kuning yang serius… warna air kencing akan jadi kuning pekat dan mungkin juga kencing berdarah… sesak nafas dan muka menjadi pucat kebiruan…

Haaa… bila dah kena simptom macam tu kena cepat-cepat la ke hospital dapatkan rawatan.. kalau teruk mungkin kena exchange transfusion atau bahasa senangnya kena tukar darah… huhuhuhu… tapi kalau tak teruk biasanya akan lega sendiri dalam masa seminggu dua… tapi masih tetap perlu dapat rawatan dan pemantauan dari hospital…

Okeh now aku nak listkan antara ubat yang tak boleh sama sekali diambil oleh penghidap G6PD Deficiency…

Ubat untuk Merawat Malaria:
  • Choroquine
  • Hydroxycloroquine
  • Primarquine
  • Pamaquine
  • Quinine
  • Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit
  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik
  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (Bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-Aminosalicy Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine

Selain ubat-ubatan, ade benda lain lagi yang dilarang disentuh atau dibau atau dimakan oleh geng geng G6PD Deficiency ni…

  • Kacang Parang
  • Ubat Gegat
  • Nila Baju
  • Ridsect
  • Parabenecid
  • Dimercaprol
  • Dapsone
  • Procainamide
  • Para-Aminobenzoic Acid
  • Silver Sulphadiazine Cream
  • Methylene Blue

(Sumber)

Haaaaa nampak? Ikutkan list tu macam banyak sangat jer kannn… aku sendiri pun tak tahu mendalah ape dalam list tu… bahasa-bahasa ubat ni memang aku fail… sebenarnya dari apa yang aku tahu, tak semua penghidap G6PD ni alah pada benda yang sama… tengok level G6PD Deficiency jugak kot… macam adik ipar aku sorang tu memang tak boleh langsung makan kacang parang… die pernah termakan dan lepas tu kencing berdarah… adik ipar aku sorang lagi tu boleh pulak makan kacang parang… padahal due-due G6PD Deficiency…

Bagi aku, takde hal sangat pun sebab mendalah ni bukan sejenis penyakit… aku anggap ia sebagai alahan kepada benda-benda tertentu… alahhh sama jugak macam orang yang alahan seafood tu… langkah terbaik adalah mencegah dari terkesan disebabkan G6PD Deficiency…

Untuk info aku kongsikan pamplet yang aku dapat dari doctor… sama macam bawah ni tapi yang bawah ni aku pinjam dari sumber sini…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: G6PD, Informasi, Sakit

« Tips Bangkitkan Mood Romantik Bersama Pasangan
OPPO R7 Series – Spesifikasi Tinggi Dengan Harga Rendah »

Comments

  1. akubiomed says

    July 6, 2015 at 11:16 am

    Anak lelaki saya ada G6PD yang sekarang sudah berumur 5 tahun dan sangat aktif.. Ia bukan penyakit tetapi ada masalah genetik cuma perlu pantang dan pantau. Kalau anak lelaki akan mengidap dan anak perempuan pula akan menjadi pembawa.

    Segala bauan wangi memang tidak ada dirumah, ubat gegat dan aerosol serangga pun tak ada. Satu lagi perlu pantang kacang parang.

    Reply
  2. Yana MIB says

    July 6, 2015 at 11:16 am

    good info…aku x sure lah keturunan aku or ujang ada g6pd ke tak…kena check balik… ehh! :p

    Reply
  3. irra yyan says

    July 6, 2015 at 11:16 am

    Thanks sharing. Selalu dengar G6PD tapi tak tahu apa dia…

    Reply
  4. Junaidy Jaimi says

    July 6, 2015 at 3:07 pm

    Bagus info ni..maksudnya anak yang kena G6PD ni, kena berpantang ubat dan jangan makan kekacang la kan..

    Reply
  5. Dkna Abza says

    July 6, 2015 at 3:07 pm

    kesian baby .. kena jaga betul2 nanti kalu dia sakit, lagi susah kan..

    Reply
  6. careno says

    July 6, 2015 at 3:11 pm

    Klau sakit demam nnti ada ubat khas utk geng G6PD ni… antibiotik pun bkn yg biasa punya… ada yg lain…

    Reply
  7. salmiah awang says

    July 6, 2015 at 4:04 pm

    anak saya juga ada yang kekurangan enzim G6pd ni.Masa tu jugalah menggelabah nak cari info.Baru tu jugalah tahu bahawa anak-anak buah juga ramai yang ada masalah ni.

    Kanak-kanak G6pd perlu dipantau selalu pemakanannya.Ketika masih bayi kepada kanak-kanak, banyak jenis kekacang dia alah.Tetapi semakin dewasa, alahan itu akan berkurangan dan mungkin hilang.

    Biasanya setiap individu itu berlainan alahnya.Ada juga yang alah dengan kcang parang sahaja.Tetapi ada yang tidak alah dengan kacang parang, sebaliknya alah dengan kacang pis, kacang botor dan sebagainya.Dalam banyak-banyak,pasti ada salah satu yang mereka tak boleh makan.

    so, bila anak-anak sudah bersekolah nanti lebih sukar untuk kita mengawal pemakanan anak kerana mereka makan apa sahaja di luar sana.Kalau tidak kacang, mungkin makanan lain yang mengandungi bahan alahan.Sebagai ibu bapa, sentiasalah perhatikan perkembangan anak setiap hari.

    Reply
  8. Nadia Johari says

    July 24, 2015 at 10:11 pm

    insyallah baby ok tu..cepat buat entry makanan untuk elakkan kuning

    Reply
  9. suen says

    January 18, 2017 at 10:47 am

    Sya setuju…..sya pun ada seorg anak yg mgalami G6PD ni…skrg 7thn….moga kita sama2 pantau dan sentiasa beri nasihat ttg pantang larangnya.

    Reply
  10. irma sujak says

    March 28, 2017 at 8:44 pm

    Assalamualaikum… saya pun br tau anak saya ade g6pd ni hari ni… saya br lepas bersalin smlm.. alhamdulillah.. tq pd info anda amat membantu saya memahami lebih lanjut tentang perkara yg x pernah saya tau… tp saya nak tanye… slalunye kita pakai vicks atau minyak utk baby kan.. bole x lg saya pakai vicks @ minyak ape yg sesuai bg baby skrg… x letak ape2 pun takut gak angin ke apa… dan ade x no tuan yg saya bole hubungi utk pertanyaan lanjut?

    Reply
    • Admin says

      March 29, 2017 at 8:01 am

      Wslm… Tahniah baru dapat baby. Vicks tu pernah jugak letak kat baby saya, xde masalah pun. Minyak2 selalunya boleh jer. Mcm ank sy mmg pakai jer minyak kg… Dulu msa baru lahir perasaan sama jugak mcm puan, even nak letak bedak pun takut. Tp alhamdulillah semue ok. Tak pernah terkesan lg. Paling kena alert sbnrnya adalah ridsect dan jugak ubat nyamuk. Sbb yg ni kekadang org slalu lupa atau tak tahu. Mak abah sy selalu lupe, die sembur ridsect dlm rumah. Kelam kabut kitorang bwk baby kluar rumah atau berkurung dlm bilik dulu sblm bau atau asap tu hilang.

      Reply
  11. ikmal says

    June 15, 2017 at 5:56 am

    As salam.terima kasih ats info yg sgt berguna. Saya br dpt baby yg ada g6pd. Blh share pemakanan miss permaisuri encik utk membantu mengelakkan masalah sakit kuning.tq

    Reply
    • Admin says

      June 15, 2017 at 9:05 am

      Masa mengandung wife amalkan makan minyak kelapa dara… saya ada share dlm entry https://lancareno.com/2015/07/minyak-kelapa-dara-bantu-elak-baby-kuning.html/

      Reply
  12. shaniah says

    July 5, 2017 at 11:30 am

    as salam..anak sy juga ada g6pd.. susu formula kan mengandungi kacang soya.. susu apa yg sesuai utk anak yg ada g6pd.. mohon bantuan… skrg sy menggunakan susu dugro..adakah susu ni sesuai..or ada susu lain

    Reply
    • Admin says

      July 5, 2017 at 11:36 am

      kebiasaan susu permula takda masalah utk ankak g6pd. tak perlu terlalu risau. anak saya minum anmum.

      Reply
  13. Athirah says

    December 1, 2017 at 12:39 pm

    Susu ape yg sesuai untuk baby br lahir untuk susu formula ye.. Sy br ambil anak angkat tp die ade g6pd.. Semua kene pantang.. Pastu minyak angin dan sabun air mandian Johnson boley pakai ke.. Harap dpat membantu saya..

    Reply
  14. Haz says

    June 18, 2018 at 12:36 am

    Ubat demam ape y ssuai u ibu y mnyusu bby g6pd?

    Reply
  15. Yatt says

    June 19, 2019 at 2:03 am

    Anak saya 3 orang dua lelaki 1 girl2 …dua lelaki ada g6pd semua nye normal…cuma perlu jga ubat2 dan kacang parang ubat2 tabib cina semua tu….setiap bayi yg dilahirkan ada g6pd doktr akn bgi satu buku untuk kita simpn klu nak jumpa doktr nak g klinik kena bawak buku tu tunjuk…selain dari makanan dan ubat kanak2 g6pd nie klu demam perlu di pantau sebb suhu akan naik dengn cepat dan turun dengn cepat

    Reply
  16. Fieka says

    October 1, 2019 at 5:59 pm

    Klu minum susu karihome blh ke.

    Reply
    • Admin says

      October 2, 2019 at 4:11 pm

      yg ni saya tak pasti… x dpt nak jawab. Kena tanya mereka yg lbh arif..

      Reply
  17. Rynn says

    March 12, 2021 at 10:05 am

    Anak sy baru lahir dan doktor sahkan anak sy g6pd . Sy pelik apa tu g6pd .. lepastu terus down sbb anak ada g6pd sampai ke tua . Bila dah diterangkan oleh dr . Barulah sy faham . Dia cuma alah sahaja .. bukan penyakit . Kena pantau betul2 pengambilan ubat dan keadaan sekeliling anak . Ibu mana je tak risaukan .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative