Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Klang Parade Ceriakan Pesakit Buah Pinggang

July 10, 2015 by Admin 4 Comments

Spread the love
Semalam 9 Julai 2015 aku bersama beberapa rakan blogger dijemput ke Klang Parade untuk bersama-sama berbuka puasa dan meraikan beberapa orang pesakit buah pinggang serta keluarga mereka dalam satu majlis ringkas yang sangat ceria dan bermakna…

Klang Parade dengan kerjasama the Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) mengambil inisiatif membantu meringankan beban pesakit buah pinggang dengan memberikan peluang kepada mereka untuk membeli belah keperluan raya di Klang Parade serta…
Selepas membeli belah, pesakit buah pinggang serta keluarga diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di centre mall Klang Parade… Semalam 1st time la aku merasa berbuka puasa kat tengah-tengah shoping mall bersama pesakit buah pinggang dan keluarga diorang… Ada yang datang bersama anak kecik dan ada yang datang bersama pasangan sahaja.. tapi apa yang aku dapat lihat bagaimana mereka ceria apabila menjadi tetamu VIP dalam majlis khas yang dibuat untuk mereka… 
Decorasi kat centre mall Klang Parade jugak sangat menarik dan ceria… dengan alunan lagu-lagu rasa buat aku terasa kemeriahan raya yang dah semakin hampir ni…

Sambil berbuka kami turut dihiburkan oleh penyanyi tempatan dan juga penari jemputan…

Dalam majlis ni jugak, pesakit buah pinggang serta keluarga turut menerima duit raya dari Klang Parade dan Lions Club… bagi aku nilai dalam sampul duit raya tu bukan menjadi keutamaan tapi yang utamanya adalah keprihatinan badan NGO sebegini yang tidak melupakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat…

Dina Nadzir antara artis yang datang menceriakan majlis… bergambar kenangan bersama pesakit dan keluarga…

Ni aku dan rakan-rakan blogger bergambar bersama wakil dari Lions Club…

Selamat Hari Raya dari Klang Parade dan Lions Club kepada semua terutamanya pengunjung Klang Parade…

Terima kasih Klang Parade sebab menjemput aku dalam charity event sebegini… keprihatinan Klang Parade dalam isu kebajikan memang patut dicontohi… Bak kata John Tam iaitu Centre Manager Klang Parade, “We can’t take away their problems, but we can remind them of the sources of their true happiness: their families. And at Klang Parade, no family gets left behind“

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: blogger event, Charity, Event

« Dulu dan Sekarang dah tak sama…
Salam Aidilfitri… Mood Raya, Blog Raya »

Comments

  1. Mawardi Yunus says

    July 10, 2015 at 12:31 pm

    gitooh, pantas dan berinformasi

    Reply
  2. safurara says

    July 10, 2015 at 1:19 pm

    Terbaik gila entry ni!!!

    Reply
  3. Yan Ty says

    July 10, 2015 at 3:48 pm

    Hope they r happy

    Reply
  4. eintan nurfuzie says

    July 22, 2015 at 7:57 pm

    menceriakan hari raya mereka kan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative