Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Ramainya penipu tiket bas!

July 24, 2015 by Admin 7 Comments

Spread the love
Sakitnya hati… dah banyak kali terkena… tak tahu dah macam mana caranya nak elak dari kena tipu penjual tiket bas kat Stesen Bas Jalan Duta tuu…
Orang kata elakkan beli tiket dari ulat tiket tapi masalahnya sekarang ni ulat tiket pun dok dalam kaunter… ko pergi la mana-mana kaunter pun pastu cakap nak beli tiket bas ke Penang contohnya… die takkan jawab tiket takde sebab kalau tiket bas die habis pun die akan jual tiket bas syarikat lain… diorang ni dah berpakat…
Setahu aku ada beberapa syarikat bas jer yang betul-betul boleh percaya macam Transnasional, Mara Liner, Sani Express dan ade beberapa lagi… 
Tapi untuk kes aku ni, aku tak dapat nak beli tiket bas yang boleh dipercayai tu sebab timing tak kena… Terpaksa jugak naik bas syarikat penipu ni…
Ni kes aku tadi… aku nak beli tiket bas ke Penang… masa nak beli tu aku dah cakap saya nak bas yang direct ke Penang… takmo bas yang singgah tempat lain dulu even Butterworth pun… then penipu tiket tu cakap yang bas die bagi ni memang direct ke Penang… lepas hantar ke Penang baru die ke Butterworth… So, aku ok la walaupun tau memang tak leh caya jugak cakap penipu tu…
Masa dok tunggu tiket tu aku dok perati jer mamat penipu tu… pastu datang sorang awek nak beli tiket bas ke Butterworth tapu nak yang direct ke Butterworth dulu sebab die nak cepat… laki tadi tu pun bagi die tiket bas yang sama dengan aku… die cakap bas ni akan ke Butterworth dulu kemudian baru masuk Penang… Grrr… ko nampak tak level penipu ni macam mana… sakit hati lorrr…
Ok fine… aku tunggu bas yang die cakap akan sampai pukul 5 petang tu… pukul 5.40 petang bas tu sampai… masa aku naik bas tu aku tengok seat ade beberapa jer lagi untuk kitorang yang dari Stesen Duta ni… aku tanya awek yang memang dah ada dalam bas tu… die dari mana nak kemana… pastu awek tu jawab die dari Melaka nak ke Ipoh… hah!!! Demmm…
Terus aku turun bas pergi ke kaunter tadi balik… penipu tadi tu cakap kat aku memang bas tu direct ke Penang dulu.. haihh… dasar penipu memang jenis takde rasa teragak-agak nak menipu… aku cakap kat die yang aku tanya penumpang dalam bas tu ade yang nak ke Ipoh… pastu aku cakap tadi aku dengar die cakap kat orang lain bas akan ke Butterworth dulu… aku juz hulurkan balik tiket bas kat die dan mintak balik duit aku…
Pastu aku ke kaunter lain… aku nak cari tiket bas yang direct ke Penang… 2 3 kali aku highlight kat jantan penjual tiket tu yang aku takmo bas yang singgah kat mana-mana… dia kata memang bas die direct… So, ok laaa…
Masa naik bas tadi memang seat banyak kosong… aku tanya orang dalam bas tu, die jawab memang nak ke Penang… lega la sikit hati ni…
Tiba-tiba ni aku kat Ipoh!!!!!! Masa aku update entry ni aku masih dalam bas dan bas sedang berhenti kat Ipoh dah dekat sejam!!!!
Ya Allah… sakitnya hati aku woiii… aku nak balik cepat nak sampai Penang cepat sebab nak jumpa anak-anak aku… rindu kat depa… tapi kena hadap penipu-penipu pengusaha bas ni pulak… adehhhh…
Pihak berkuasa memang tak boleh buat apa-apa ke kat babi ulat tiket ni… arghhhh… stressss…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Uncategorized

« Ayam Pansuh Menu Istimewa Hari Raya
Gambar Pertama Azif Zafri Dalam Blog Abah Careno »

Comments

  1. Nadia Johari says

    July 24, 2015 at 10:11 pm

    tu yang bahaya..nad selalu beli terus dekat kaunter..

    Reply
  2. nor azman says

    July 26, 2015 at 11:55 am

    harap bawa bersabar je lah..selamat hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    Reply
  3. Fendi Rocka says

    July 26, 2015 at 11:55 am

    lain kali cuba rakam video guna hp masa kat kaunter.

    kalau itu pun dorg berani..memang kabel BESAR

    Reply
  4. Fendi Rocka says

    July 26, 2015 at 11:55 am

    aku tak selalu naik bas, tak tahu perkara mcm ni.

    tapi tak boleh dibiarkan, apakata lain kali amik video guna henfon masa nak beli,

    kalau itupun dorg berani..memang kabel BESAR

    Reply
  5. ztie says

    July 26, 2015 at 11:55 am

    bahaya jugak eh. beli direct kat kaunter pun boleh kene tipu. ingatkan nak senang. makin menyusahkan lagi ada ni

    Reply
  6. Sue Izza says

    July 26, 2015 at 11:55 am

    adehhhh macam tu pun ada ish ishhh ishhhhh buat report tak leh ke

    Reply
  7. muhammad zarin says

    July 26, 2015 at 11:55 am

    Hrm sabar je la…sbb tu kalau jalan jauh selalu beli tiket bas online

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative