Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Akiff nampak pocong

August 29, 2015 by Admin 14 Comments

Spread the love
Ni citer betul ni… Tapi sejauh kebenaran Akiff nampak pocong tu aku tak dapat nak sah kannn… Tapi untuk budak berusia 4 tahun yang menceritakan benda ni, aku yakin apa yang dia ceritakan tu bukan khayalan dia semata-mata sebab Akiff bukan jenis yang layan drama seram…
Semalam waktu balik Penang dari KL tiba-tiba Akiff nangis nak duduk depan… Katanya ada hantu kain putih kat tempat duduk belakang dengan dia… Dia takut sangat masa tu sampai taknak langsung tengok belakang… Dia tetap nangis nak duduk depan…
Masa tu Miss Permaisuri tengah ribakan Azif kat seat depan… Aku nak berhentikan kereta untuk tenangkan Akiff pun aku cuak sebab kawasan tu agak sunyi dan gelap… Masa tu dalam pukul 8 malam lebih… Cuaca pulak hujan renyai… Aku tak berapa pasti lokasi tempat tu masa tu tapi yang pasti kawasan tu sedikit berbukit dan sunyi sebelum sampai persimpangan Ipoh…
Puas jugak aku nak pujuk Akiff… Last-last aku bukakkan lampu dalam keter pastu bagi Akiff layan youtube kat phone aku… Baru lah die ok… Pastu die dah lupe pasal bende yang die nampak tu… Elok pulak die baring kat seat belakang sambil layan youtube…
Bila sampai kat kampung aku try interview Akiff apa yang dia nampak tadi…
“Abang Akiff nampak hantu putih tu kat dalam keter abah… Die duduk jer tengok abang Akiff… Dia tak kacau pun…”
Akiff sekarang memang bahasakan diri dia abang Akiff sejak dah ada adik ni…
Aku tanya lagi muka hantu tu macam mana… “hantu tu takdak muka… Dia dok diam ja…”
Akiff jawab macam tu.. Adehh… Aku dengan Miss Permaisuri dah cuak dah… Dah lama dia tak buat perangai macam ni… Dulu memang Akiff selalu jugak tunjuk dia nampak hantu… Klik sini untuk baca cerita dulu…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff

« Giant Panda Zoo Negara Sambut Birthday Ke-9
Selamat Hari Kebangsaan Ke-58: Sehati Sejiwa »

Comments

  1. Amalina Hussain says

    August 29, 2015 at 5:11 pm

    Seramnyaa

    Reply
  2. ~ibuAdaMina~ says

    August 29, 2015 at 5:11 pm

    Area gua tempurung kot lan….situ mmg sunyi…dia nak tumpang balik kampung jugak tu….

    Reply
  3. mOoN IzzaN says

    August 29, 2015 at 5:11 pm

    Errrr.. seramnyaaa..

    Reply
  4. Nadia Johari says

    August 29, 2015 at 5:11 pm

    Mak aihh seramnyaa

    Reply
  5. PeRdU cINta says

    August 29, 2015 at 8:38 pm

    Owhh..macam sepupu PC..mudah nampak benda benda macam ni..mulanya ibu abah dia ingat dia main main..saja nak gurau..tapi setiap kali lepas dia cakap nampak..mesti deman 2…3 hari..bawa jumpa ustaz..ustaz cakap hijab dia terbuka..

    Reply
  6. Daus Redscarz says

    August 29, 2015 at 8:38 pm

    Wow hebatnya Abang Akiff ni.. boleh nampak..

    Reply
  7. Sukma Haron says

    August 29, 2015 at 8:38 pm

    Akiff ada 6th sense….

    Reply
  8. Zana Hassan says

    August 29, 2015 at 8:38 pm

    Seramnyaa..

    Reply
  9. Fazrol Amer says

    August 30, 2015 at 9:24 am

    Pkl 8 tue.. Seram gak.. Kalau jd kat aku..

    Reply
  10. Fendi Rocka says

    September 2, 2015 at 10:36 am

    maigaddd! nasib kau baiklah dia tak cerita terus semasa kejadian

    Reply
  11. SweetLikeWhat says

    September 2, 2015 at 10:36 am

    oh maiiii..seram kot..alhamdulillah akif ok je

    Reply
  12. Papaglamz - Food Stylo Founder says

    September 2, 2015 at 10:36 am

    seramnya…

    Reply
  13. Yana MIB says

    September 2, 2015 at 10:36 am

    ada ujang cite hr tu…ingat dia nampak luar kete…dalam kete rupanya!!! ohoiii klu aku pun kecut wehh! iskk

    Reply
  14. Akif Imtiyaz says

    September 3, 2015 at 10:51 am

    Huhuhu dulu2 selalu gak kena gini masa anak2 kecik..Biasala budak2 ni macam2 yang diaorang boleh nampak Lan..Kena banyak pasang ayat2 Quran atau zikir kat dalam kereta kalaujalan jauh jauh malam..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative