Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Biskut Jejari Roti – Resepi Senang Gilerrrrr….

August 19, 2015 by Admin 16 Comments

Spread the love
Semalam masa lepak kat pantry office, ada kakak office aku bawak biskut jejari nestum… Aku try la rasa biskut tu sebab dia kata biskut tu sebenarnya buat dari roti gardenia jer… Terus la aku merisik resepi biskut tu macam mana… Huh… Senang giler resepi die… 
Balik kejer semalam terus aku beli nestum… Roti gardenia dengan coklat masakan memang dah ada kat rumah… Excited aku dengan Akiff buat biskut ni… Akiff lebih kepada merasa dan mengacau jer…
Ni haa rupa paras biskutnya… masa yang diperlukan hanya kurang 30 minit nak buat biskut ni…

Bahan-bahan: 
-Roti Gardenia..
-Nestum..
– Cooking Chocolate..

Kekdah penyediaan: 
1. Potong roti… Ikut korang nak potong saiz besar mana atau bentuk macam mana pun… tapi Kak Rose yang bagi aku resepi ni cakap aku potong besar sangat ni… lagi elok bagi kecik sikit lagi… Ni potongan orang nak cepat namanya… hehhee…
2. Roti yang dah dipotong tu dibakar dalam oven hingga garing… Aku suka kalau nampak macam dah terbakar sikit roti tuu…

3. Sementara tu, cairkan coklat masakan dalam periuk… Biasanya kena guna kaedah double boiling… Periuk yang isi coklat tu letak dalam 1 bekas lagi yang di isi air… Jangan cairkan direct dengan api, nanti jahanam coklat korang… tapi coklat aku ni pun hampir-hampir jahanam gak sebab aku derhaka dengan resepi Kak Rose bagi tu… Sajer nak advance la konon… aku tambah planta dalam coklat ni sebab nak nampak berkilat.. hahaha… kesannya coklat aku jadi pekat dan mengeras… Susah pulak aku nak celup… Grrrr… Kak Rose cakap cooking coklat memang diharamkan campur dengan benda lain sebab nanti memang akan rosak…

4. Lepas keluarkan roti yang dah dibakar tadi… Terus celupkan dalam coklat then salutkan dengan nestum…

Haaa… Siap dah… Senang giler kann… Rasa rangup roti yang dibakar tu akan kekal selepas dicelup coklat… Aku namakan resepi ni sebagai Biskut Jejari Roti sebab aku tak tahu nama asal biskut ni apa…  Korang boleh la try… Anak-anak mesti suke ni…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: makanan, Menu, resepi

« Sarung kulit ular ada dalam rumah
Diaper bag dari Colorland trendy, berkualiti dan murah »

Comments

  1. Nina Mirza says

    August 19, 2015 at 10:31 am

    Best ni….

    Reply
  2. nona senyum2 says

    August 19, 2015 at 12:57 pm

    adik buat hr tu x jadi, sbb x buat double boiling, hahaha~ then kami xde oven, bekukan je dalam peti sejukssss

    Reply
  3. ztie says

    August 19, 2015 at 12:57 pm

    wahh macam sedap jer. boleh try ni. tp takde mikrowave nak bakar roti. nak try buat tanpa bakar sedap ke tak eh..

    Reply
  4. Sally Samsaiman says

    August 19, 2015 at 12:57 pm

    mmg biasa nampak dah resepi ni…part yang malas tu sbnrnya part nak celup…yg lain okay lagi

    Reply
  5. lovely says

    August 19, 2015 at 12:57 pm

    mudahnye…

    Reply
  6. careno says

    August 19, 2015 at 2:05 pm

    Kalau ada kuali ajaib tu pun boleh rasanya… boleh la try… janji bakar jer roti tu… hehehe…

    Reply
  7. yaya cendana says

    August 21, 2015 at 3:56 pm

    assalamualaikum…yaya dah follow sini…saja…buat blogwalking..hehe….harap sudi follow yaya… http://www.yayacendana.com 🙂 tq

    Reply
  8. aRz MoHa says

    August 27, 2015 at 4:23 pm

    sedap nampak ni

    Reply
  9. noor alwani othman says

    December 2, 2015 at 10:01 pm

    Kalau roti tu kita goreng tanpa minyak boleh ke? Sebab tak ada oven 🙁

    Reply
  10. Lan Careno says

    December 2, 2015 at 10:03 pm

    Tak sure lak… Mcm x boleh jer… Try la tgk.. Klau ok jgn lupe sharing k…

    Reply
  11. Lan Careno says

    December 2, 2015 at 10:03 pm

    Tak sure lak… Mcm x boleh jer… Try la tgk.. Klau ok jgn lupe sharing k…

    Reply
  12. jida says

    June 13, 2016 at 6:02 am

    ringkas je bahan dia..boleh cuba untuk anak2 nanti. tq for sharing

    Reply
  13. Afiq Halid says

    June 13, 2016 at 1:01 pm

    Selalu Afiq guna yg bahagian tepi tu je. Hehehe

    Reply
  14. Mama Kembar 3 says

    June 14, 2016 at 8:56 pm

    Ohh senang je. Tp takdak oven laa hehe

    Reply
  15. Anastasia says

    June 13, 2017 at 6:15 pm

    Knp roti x ranggup lepas celup? Mgkin ka coklat tu pns sgt?

    Reply
    • Admin says

      June 15, 2017 at 8:59 am

      Bakar tak? Kalau x bakar mmg tak rangup. Coklat kena celup time panas, kalau tak nnti coklat jadi pekat susah nak celup.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak boleh rentas negeri? Takda hal.. Kami bercuti di kolam pantai buatan di KL
  • Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence)
  • Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR)..
  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative