Aku kalau bab imej ni rasanya memang agak berbeza sebelum kawin dengan lepas kawin… Sebelum kawin memang dressing konon nak melawa tapi ampeh… malu sendiri bile tengok balik gambar-gambar lama… hahaha… ce korang tengok ni…
Muahahahhaa… Giler teruk cara aku berpakaian dulu… Baju mesti nak 2 lapis… Pastu saiz lak besar tak ikut saiz badan… bab rambut takyah cakap la kannn… 4U2C habissss… wakaka…
Lepas dah kawin baru la berubah style penampilan aku… Lebih kepada simple dan selesa… Takde lagi dah belapis-lapis dan baju besar…
Haaa.. ni semue gambar lepas kawin… Style berpakaian dah berubah… gaya rambut pun dah berubah… Baju selagi boleh nak fit tapi selesa… Tapi masa tu bentuk badan cun lagi… Perut masih boleh dibanggakan lagi… Hahaha… Sekarang tak boleh nak fit sangat dah sebab perut tu mengganggu personaliti… Hehehe…
Cakap bab personaliti, baru ni aku berpeluang hadir bengkel personaliti yang dikendalikan oleh Perunding Imej Bertauliah iaitu Wawa Idris… Gilerrrr besttt!!!
Gaya penyampaian die memang sempoi dan jelassss… paling aku suke bile die banyak berinteraksi dengan peserta… lepas tu die panggil sorang-sorang ke depan then die komen bab pakaian… ape yang sesuai dan tak sesuai… dan ape yang perlu dibuat untuk nampak lebih stylista…
Sebenarnya tak perlu pun berlebihan dalam berpakaian, apa yang penting kite tahu kesesuaian pakaian tu dengan tempat dan acara yang nak kite pergi tu… bende tu yang die banyak dikongsikan… kadang-kadang kite ni berpakaian dah elok dah cuma tak sesuai dengan majlis jer…
Then satu lagi ade jugak tips nak nampak diri lebih tinggi atau lebih kurus atau lebih melebar atau lebih cunnnn… tapi yang utama kena analisis dulu bentuk badan kite ni macam mana dan kenali part mana kat body ni yang korang takmo expose…
Contoh ada yang paha besar, nak sembunyikan paha tu kena la pakai cara yang boleh hide kan penglihatan orang kat paha tu… atau pun mungkin perut kite ni berlipat-lipat… so, pakaian tu kena sesuai supaya lipatan kat perut tu tak jelas kelihatan… yang ni aku rasa ramai jer kot yang pakai selagi boleh yang kat lipatan perut tu nak deco bagi orang fokus kat situ… huh…
Haaa.. ni antara aktiviti yang dibuat hari tu… mix and match… semue bawak baju sorang sepasang pastu pakat mix and match kan baju yang ada tu untuk look better and great…
Wawa tengah explain kesesuaian baju yang di match kan…
Selain tu… ni antara kejer kitorang hari tu… menari dan menyanyi dan berselfie… hahaha…
Haaaa nampak kan… havoc giler bengkel personaliti ni… memang happening dan meriah….
Serius cakap… STYLE WORKSHOP by Wawa Idris memang best giler… Gaya penyampaian die sangat santai dan sempoi tapi penuh dengan ilmu… Wawa Idris ni bukan calang-calang orang sebab die memang berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkaitan imej dan penjenamaan (personal branding)…
WAWA tu sendiri sebenarnya membawa maksud Wow Attitude Wow Attire… Kerlasssss kann… Semoga ilmu yang dikongsikan sepanjang bengkel hari tu dapat digunakan oleh semua blogger dengan sebaik mungkin terutamanya bila perlu hadir mana-mana event…
Apapun berbanyak terima kasih kepada semua penaja yang menyokong program Kelab Blogger Ben Ashaari kali ni… Antaranya yang bawah ni…
Dan semestinya gambar-gambar yang cun tu dari Jurufoto Rasmi – Uncle Kay Photoworks (klik)
Dan rakaman video yang ohsemmm dari Kaio Creative Studio (klik)

hehehe..nerd je pic sblm kawen tu..rmbut xleh blah..ahaks
teringin jugak nak jumpa perunding imej ni ^_^
*jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com
TAK PERNAH kecewa dgn entry abg lan! pic 1st tu! hahahahahahahahahah. WIN!
haha…. 4u2c yer… peminat AC mizal la ni yek…
biasala… dah jadi suami/bapa org mestilah ada perubahan tak gitu
bestnye ada kelas personaliti diri tu
mmg best cara wawa mengajar, sempoi je da
jemput singgah
JOM FOLLOW SAYA
gambar pertama tuh jadi tarikan yayac laaa…hahahahaa
ala…best nye..nak joinnn huhuhuhu