Percutian ke Legoland Malaysia tak pernah mengecewakan aku… Aku dah tiga kali ke sana dannn tiap kali pergi banyak jer benda nak aku sharing dalam blog ni…
Rasanya ada hampir 20 entry pasal Legoland Malaysia yang aku dah tulis… kadang-kadang memang aku suke baca balik cerita-cerita aku ni untuk imbau balik saat-saat bercuti dengan keluarga… Kalau korang nak baca semua cerita tu boleh klik label Legoland kat bawah entry atau klik sini jer… Semua cerita Legoland aku dah longgokkan dalam label tu…
Entry kali ni aku nak tayangkan gambar-gambar Akiff masa dia berseronok hari tu… tak banyak pun yang sempat aku ambik sebab aku kena jinjing bag baby, bag camera, tolak stroller, bawak bekal air… terbatas sikit aku nak ambik gambar,,, nasib baik ade gak gambar budak ni beberapa keping…
Seronok Akiff main kuda ni… masa ni Miss Permaisuri dok melepak kat khemah yang ada area situ sambil dok menyusukan Azif… Boleh la aku layankan kejap budak Akiff tunggang kuda ni…
Ni pulak kat playground ape ntah… cantik tempat ni… yang bestnyer orang dewasa pun boleh tumpang main sini sambil temankan anak… hehehe…
Yang aku suka pasal Legoland ni sebab diorang ade sediakan banyaaaaaaak tempat rehat dan berteduh… sambil tunggu anak-anak main games boleh la rest kejap… lepas tu laluan die memang memudahkan ornag yang bawak stroller macam aku ni… selesa…
Ade sesetengah game hanya boleh dimainkan oleh anak jer… ade sesetangah game hanya orang dewasa jer… Ade jugak game yang kanak-kanak perlu diiringi dengan orang dewasa… macam naik boat ni… kanak-kanak wajib pakai jaket keselamatan tu…
Setiap game yang ada memang ada syarat dan had umur demi keselamatan anak…
Haaa… main game ni la aku kena tegur hari tu… wakaka… aku tak perasan pulak die ade warning tak boleh ambik gambar masa atas kapal terbang tengah bergerak… selamber jer aku keluarkan fon dok ambik video… sekali dengar pengumuman mintak aku simpan phone… woahaaa… nampaknya diorang memang alert bab safety ni…
Sepanjang dalam theme park ni… aku perasan ramai jer staff Legoland yang dok berkeliaran dalam tu… diorang bukan ngulor tapi diorang sentiasa memantau pengunjung yang ada dalam tu kot-kot ada yang memerlukan bantuan… korang boleh panggil jer diorang bile perlukan apa-apa bantuan… kalau nak mintak tolong diorang ambikkan gambar pun boleh…
Oh yaaa… dalam Legoland Theme Park ade nursing room untuk ibu-ibu yang ada bawak anak kecik… boleh rest dengan aman dan tenang… nak tidokan baby ke… nak susukan baby ke… nak mandikan baby ker… kat sini la tempatnya… Lepak sini takyah bayar ape-ape cuma kena daftar dulu sebelum masuk… Sini hanya mak mak jer boleh masuk dengan anak yang umur 4 tahun ke bawah… bapak-bapak sile lepak kat cafe sebelah… Ni semue untuk tujuan keselamatan dan keselesaan ibu-ibu yang dalam nursing room tu…
Bagi aku, Legoland Malaysia memang tempat seisi keluarga yang terrrrr sangat menyeronokkan dan paling penting segala keselesaan dan keselamatan kita sebagai pengunjung dititikberatkan oleh pihak pengurusan…
Kalau korang nak baca banyaaaaaaaak lagi gambaran pasal Legoland Malaysia ni boleh la klik sini…
Untuk info lanjut korang boleh latari website rasmi Legoland Malaysia (klik)
safurara says
Akiff berani, best lah, kalau anak dara aku, x habis2 malu.haih~
Fara Amy says
Assalamualaikum, salam perkenalan, saja jalan2 dan jumpa blog abg. best baca dari satu entry ke satu entry. seronok akiff, tak sabar nak tunggu anak2 besar sebab nak ajak jalan. hehe.. lepas ni kalau g theme park lain buat review lain tau! best giler baca x jemu! tahniah!
ina says
seronok sangat nampaknya. Baru tau,legoland ada pelbagai kemudahan.Dan Staff yang peka..
mas saari says
Moga ada rezeki bawak anak² ke sana nanti, kita menabung dulu. Hehehee!
Haida says
Gembiranya diaorang. Terasa seronoknya tu bile tgk muka happy je
fizafantagiro says
Tengok gambar2 lan pun dah boleh rasa jugak keseronokan tu. Happy kemainnn budak2.hihi. InsyaAllah nak pegi jugakk suatu hari nanti
Dura Norell says
Wahh, ramai yg dah pergi Legoland dua tiga kali.. Harap2 saya pun ada lah rzki nak bawa anak2 ke sana nanti
Huda says
best yer, berkali kali dah pergi Legoland. nak pergi lagi, tak puas lagi bawa anak-anak main, tak cukup masa nak cover semua.
Papa Amyzal says
Seronok dapat bawa anak-anak berlibur di Legoland. Banyak aktiviti yang merangsang minda dan fizikal mereka di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan dengan keluarga