Legoland Malaysia perkenal tarikan terbaru untuk pengunjung… Ni kali ketiga aku ke Legoland dan aku tak pernah rasa jemu ke sini sebab Legoland Malaysia sentiasa ada tarikan terbaru untuk pengunjung… Bukan Akiff jer excited bile nak ke sini tapi aku yang remaja purba ni pun tumpang teruja…
25 Ogos lepas aku dengan Ujang, Sue dan jugak Qaseh wakil dari Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput ke Legoland Malaysia untuk melihat sendiri persembahan pertama Ninjago The Realm of Shadow Live...
Majlis pelancaran ni di sempurnakan oleh Dato’ Mirza Mohammad Taiyab iaitu Pengurus Besar Tourism Malaysia dan Mark Germyn selaku Pengurus Besar Legoland Resort Malaysia…
Dalam majlis tu jugak dipersembahkan aksi Ninjago sebagai memperkenalkan antara watak yang ada dalam persembahan Ninjago The Realm of Shadow Live…
Gempak jugak diorang ni… badan boooolat pun boleh lompat tunggang terbalik… hahaha… memang betul-betul Ninjago nihhh…
Selesai upacara rasmi perasmian Ninjago The Realm of Shadow Live, kitorang dibawa masuk ke dalam Lego City Stage untuk persembahan pertama Lego Ninjago ni…
Ni antara watak yang ada… watak-watak utama dalam show ni adalah Kai, Nya, Zane, Cole dan Lloyd… show ni berkisar tentang misi melindungi Yin Yang Dragon dari dicuri oleh Evil Clousedan Shadow Minions sebab baby dragon tu nanti diramalkan akan membesar menjadi sangat kuat dan berkuasa… Jadi diorang kena selamatkan Yin Yang Dragon tu dari terlepas ke tangan pihak jahat… Yang menariknya, show ni jugak ada memerlukan kerjasama penonton untuk sama-sama membantu diorang… Korang memang kena tengok sendiri show ni… memang bestttt!!!
Skrip untuk pementasan ni ditulis sendiri oleh pemenang anugerah Hollywood iaitu Kevin dan Dan Hagemen… diorang ni jugak yang buat skrip untuk film Lego The Movie dan siri Ninjago… hebat giler kannn…
Korang cuba perhatikan gambar-gambar atas ni… nampak kan yang latar belakang dan lokasi tu sentiasa bertukar dan berubah.. sebenarnya atas stage tu jer, memang tempat sama cuma background tu adalah dari pancaran cahaya… bende tu akan bertukar dan bergerak dan memang terasa real giler… rasa macam kite ade dalam show tu sekali… Dah la aku 1st time tengok show live cenggini… kagum giler rasanya…
Setiap watak lego tu dikendalikan oleh lebih dari sorang untuk menggerakkan dia seperti hidup… memang perlu latihan yang kuat untuk mahir sebab pergerakan mulut ketika bercakap, body language dan gaya bercakap puppet lego ni memang real… macam hidup… tak nampak kaku langsung…
Okeh ni bayangan yang korang akan nampak… orang yang serba hitam tu ibarat bayang-bayang watak tu laa.. diorang yang menghidupkan watak ni… tapi serius cakap, aku tak terganggu langsung dengan pergerakan orang hitam tu sepanjang show sebab masa show tu aku hanya nampak watak lego ninjago tu macam bergerak sendiri jer… Show selama 20 minit ni memang terasa kejap jer…
Ni antara pemain watak-watak tu dan paling bangga ialah diorang ni adalah anak tempatan sendiri yang menjayakan watak-watak ni… Fuhhhh… terbaek la korang!!!
Habis show macam biasa laaa… Akiff start terpengaruh dengan watak Ninjago… sebelum ni die tak layan sangat Ninjago tapi tibe-tibe jer boleh terminat pulak dengan Ninjago… hahaha…
Haaaa nampak… hahaha… bile tengok Akiff happy dan enjoy layan show ni… aku lagi berganda la happy nyaaaa…
Korang yang ke sana nanti jangan lupa bergambar dengan maskot Lego Ninjago ni…
Thanks Legoland Malaysia sebab jemput kitorang… bangga rasanya dapat jadi antara yang pertama tengok show ni… Korang yang dah plan nak ke Legoland Malaysia boleh la plan cepat-cepat ke sana… aku yakin Ninjago The Realm of Shadow Live ni akan jadi antara pengalaman terbaek korang sepanjang visit korang ke Legoland Malaysia….
Tahniah Legoland Malaysia sebab sentiasa menyediakan sesuatu yang terbaru dan hebat untuk pengunjung… next entry aku cerita pasal tarikan terbaru yang ada dalam waterpark legoland pulak…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tahukah anda!
LEGO Ninjago Live Show ni adalah seperti persembahan puppet tradisional Jepun.
Tahukah anda!
Setiap watak pupper lego Ninjago adalah berketinggian 1.2 meter…
Tahukah anda!
Untuk menyiapkan satu watak pupper lego Ninjago ni memerlukan antara 12-15 orang tukang dan disiapkan lebih dari 180 jam…
Tahukah anda!
Dragon dewasa dalam persembahan ni memerlukan tempoh masa paling lama untuk disiapkan…
Tahukah anda!
Setiap puppet diperbuat dari EVA foam, plastik, aluminium, carbon fiber dan fabrik…
Tahukah anda!
Puppet Lego Ninjago adalah hasil cantuman 32 bahagian untuk membentuk 1 puppet…
Tahukah anda!
Setiap puppet Lego Ninjago dikawal oleh dua orang iaitu sorang kontrol bahagian badan untuk body language dan sorang lagi kontrol kepala termasuk pergerakan mulut puppet…
menarik juga di Legoland ni. Selalunya dengar dari mulut orang je. Belum pernah pergi lagi ke sana.
pergh macam-macam aktiviti legoland buat