Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari – Part 2

October 9, 2015 by Admin 3 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Part 1 aku dah cerita semalam… klik sini untuk baca…

Entry kali ni aku nak kurangkan bercerita… biar gambar berbicara… gambar atas ni antara yang terlibat dengan family day kali ni… ni tak semua ada sebab yang ada anak kecik keluar bilik lambat sikit… hehehe..

Lepas sarapan kitorang mulakan aktiviti dengan senaman poco-poco… Best best… Seronok dapat berpoco-poco dengan Akiff… Seronok kemain Akiff menari… 1st time kowt tengok abah die manari… hahaha…
 Anak-anak KBBA pun happy… itu yang bestnyer… anak-anak happy, bapak pun happy… 
Okeh… aktiviti seterusnya Flying Fox!!!! 


 Flying fox ni agak jauh gak… siap kena melintas jalan lagi….

Pastu lalu atas resort then baru sampai bawah… Boleh request nak terbang lajuuuuuuu atu perlahan…. diorang kat atas akan kontrol… kalau nak berhenti untuk selfie kat tengah-tengah pun boleh… 

Aku kemain pegang phone konon nak selfie dan ambik video masa tengah terbang… tapi ampehhh jadinya… bile dah fly tu langsung tak boleh nak unlock hp sebab guna sebelah tangan jer… takut phone jatuh pun yer gak…. hehehe…
Acara seterusnya adalah sukan rakyat… time ni baru kitorang berpecah ikut warna rumah sukan masing-masing… agihan rumah sukan aku yang buat… tapi nampak macam tak balance jer… hahaha… Group aku paling sikit sebab ramai anak dara… padan muka aku sebab nak sangat anak dara team aku kann.. hahaha… group lain meriah sebab diorang family… 

Acara pertama bermula… Terompah gergasi…

 Acara kedua, lari kepit bola…

Acara ketiga, pancing tin… nampak tak kelibat ben tengah sabotaj group aku… curi tin kitorang… yang peliknya sorang pun tak perasan… kahkahkah…

Game keempat adalah boling kelapa… tengok kepada gaya aku tu macam hebat sangat jer kan… tapi 1 pun tak kena… hahahhaa…

Sepatutnya ada 6 game darat untuk sukan rakyat ni tapi sebab time management yang tak betul… jadinya kitorang sempat main 3 game ni jer… Ni salah satu isu jugak sebenarnya dengan management resort ni… Grrr… Tapi takpe lah asalkan semue enjoy dengan aktiviti yang dirancang…
Ok next entry aku sambung citer pasal water game pulak… seriusss water game memang the best…

Banyak lagi gambar menarik sepanjang program ni di Instagram  @KelabBloggerBenAshaari (klik)

********************************************************

Setinggi penghargaan kepada semua penaja yang menjayakan program Family Day KBBA ni…

Penaja Utama 

– Cosmoderm

Penaja Bersama

– Azzuha Travel & Tour
– AJ Cetak Districk
– Karya Seni
– Buku PTS
– Team Ummie Official
– QasehSu

Official Videografi & Photografi

– Kaio Creative Studio– Kerex Photography

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Family Day, Kelab Blogger Ben Ashaari

« Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari – Part 1
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari – Part 3 »

Comments

  1. yaya cendana says

    October 9, 2015 at 2:35 pm

    hati masih lagi di sini…. 🙂

    Reply
  2. Mama Kembar 3 says

    October 10, 2015 at 12:25 pm

    gaya ujang bowling macam menari ballet ja hahaha

    Reply
  3. PinKy MoMMa says

    October 11, 2015 at 2:05 pm

    alan kena pakai gopro la camni baru tak takut hp jatuh ekeekekekeke..tp gbr kt flying fox tu dah smart dh tu..leh letak gbr profile..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Usahawan Tempatan Perlu Sertai BioUsahawan 2019 Untuk Lebih Menyerlah
  • Untuk jimat kos, kami pasang sendiri lantai jenis vinyl seluruh rumah.
  • Malaysia Halal Expo 2019 Buka Peluang Produk Halal Tempatan Ke Japan
  • Raikan Tahun Baru Cina Dengan Makan Besar di Buffet Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
  • Tarikan Terbaru di Snowalk I-City Shah Alam. Ini Pengalaman Percutian Kami.

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative