Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kongsi Aib Di Laman Sosial

October 13, 2015 by Admin 9 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Kongsi aib kat laman sosial.. menarik jugak topik yang dibincangkan dalam rancangan bual bicara kat RTM1 pagi tadi… Sebab antara panel yang hadir tu adalah Ben Ashaari, jadinya gigih aku tengok rancangan tu dari awal sampai habis…

Terbaik jugak kupasan yang diberikan… Sebab aku ade blog dan blog tempat untuk aku menulis dan berkongsi rasa bersama pembaca.. jadinya segala apa yang jari aku ni luahkan, ia penentu saham akhirat kita sama ada pahala atau dosa…. Semuanya bergantung kepada niat kita berkongsi…
Ada dari kita sebenarnya tak sedar pun apa yang kita kongsikan dalam laman sosial sebenarnya mendedahkan aib sendiri atau mungkin juga orang lain… sebab tu kalau nak creat status di Facebook atau meluah rasa di Twitter atau mungkin berkongsi gambar di Instagram atau meluah rasa dan pendapat di blog, cuba ELAKKAN bercerita yang melibatkan aib sendiri atau aib orang lain…
Mungkin niat hati nak berkongsi tu sebagai tauladan dan panduan kepada yang lain tapi kenapa perlu berkongsi sesuatu yang buruk semata-mata untuk mengorek tauladan dari keburukan itu…
Ade jer orang yang suke sangat bercerita pasal artis itu ini… orang itu ini… isu itu ini yang kononnya sesuai dijadikan tauladan bersama tapi tanpa dia sedar sebenarnya dia sedang membuka dan mendedahkan aib orang… Erkkk… mintak simpang la perkara macam ni kann…
Sebab tu aku sangat berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di media sosial… terutama perkara negatif atau benda yang tak elok… risau kalau ia tidak mengaibkan diri kita tapi mengaibkan saudara terdekat kita… dan kena ingat juga, apa yang kita kongsikan di media sosial sebenarnya menggambar diri kita sendiri… Jangan sampai suami, isteri, rakan-rakan dan kenalan kita malu dengan perbuatan kita…
Kalau nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat, cuba tukar cara perkongsian kita dari mencari tauladan dalam keburukan kepada mencari pedoman dalam kebaikan… 
Haaa… maksudnya kita kongsikan segala kebaikan yang kita nampak supaya dijadikan panduan dan pedoman untuk orang lain dan diri kita juga untuk mengikutinya…
Ehhh… ni bukan aku pesan kat orang lain semata-mata tapi jugak pesanan untuk diri aku sendiri dan jugak sahabat-sahabat aku… semoga niat baik kita sentiasa diredhai oleh-Nya…

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Isu Semasa

« Kaio Studio – Dari Malaysia kini ke serata dunia
Tips fotografi – Gunakan Zoom dengan bijak »

Comments

  1. Mama Kembar 3 says

    October 13, 2015 at 6:42 pm

    Setuju. Risau juga kot kot tersalah cerita. Mintak dijauhkan lah

    Reply
  2. Ben Ashaari says

    October 13, 2015 at 7:18 pm

    Terima kasih atas sokongan..

    Reply
  3. Miss Moon says

    October 13, 2015 at 10:50 pm

    betul tu Lan…janji kita sebarkan yg baik baik aje.
    Moga kita tak sebarkan aib org n aib sendiri.
    Bila kita jaga aib org Insyaallah Allah akan jaga juga aib kita

    Reply
  4. Saidila Abdul Rahman says

    October 13, 2015 at 10:50 pm

    betul tu ….lagi2 hal keluarga….macamlah esok2 tak berjumpa….hal suami isteri lagilah kena tutup rapat2….

    Reply
  5. PeRdU cINta says

    October 13, 2015 at 10:50 pm

    Betul..kalau kita tidak hulur jarum dan benang untuk bantu jahit mana yang koyak…jangan pula jadi gunting yang sentiasa memotong bila ada peluang..

    Reply
  6. ubai ismail says

    October 14, 2015 at 11:56 am

    terbaaikk laa abg lan ^^

    Reply
  7. Bella Idura says

    October 14, 2015 at 11:56 am

    Setuju… perkara yang baik haruslah dikongsi.

    Reply
  8. Kak Sue says

    October 14, 2015 at 11:43 pm

    Setuju,semua yang kita tulis biarlah bermafaat pada orang lain,dapat jugak pahala berpanjangan..kan.. 🙂

    Reply
  9. Akif Imtiyaz says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Betul btol btol..jgn sibuk duk merapu2 dlm penulusan ..jgn cbuk duk up status aib semata2..semua yg kita tulis tu saham kita akhirat kelak..jd sila tulis yg baik2 je

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.


Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Surprise Anniversary ke-9. Simple jer janji hati Miss Permaisuri berbunga-bunga
  • Terasa macam nak beli Annual Pass Legoland, boleh main sepuasnya sepanjang tahun
  • Anak dah mula sukakan susu kambing Lazz campuran kurma
  • Atasi masalah lipas dalam kereta dengan teknologi nano mist di car wash
  • Happy Birthday Akiff yang ke-7 tahun… Dah darjah 1..

Copyright © 2018 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative