Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Makan Kimchi di Seoul Garden, Sunway Putra

October 27, 2015 by Admin 9 Comments

Spread the love
Nama jer peminat Running Man tapi makanan Korea tak pernah try pun… Huh… Dah banyak kali aku tengok citer Running Man diorang dok makan kimchi… Reaksi diorang macam sedap sangat jer kimchi tu… Tapi Korean style memang gitu… ekspressi muke selalu over… Huh…
Ni bile geng geng office aku buat majlis farewell officemate kat Seoul Garden, Sunway Putra… Boleh la aku nak mencuba kimchi kat situ… Teruja pulak bila pertama kali cuba makanan Korea ni…

Yang tak tahu rupa kimchi tu macam mana… Ni laaa rupa kimchi… Jeruk kobis sebenarnya… Rasa?? Ok jer bagi aku… boleh diterima anak tekak ni… Orang kate kalau makan dengan maggie atau makanan lain rasanya akan lagi sedap… Tapi tadi aku ratah gitu jer…
Makan kat Seoul Garden ni ade dua kekdah… ada buffet dan ala cart… Kitorang ambik yang buffet… boleh makan segala apa yang ada sampai muntah berulang kali…
Banyaaaaaak giler pilihan menu yang ada… Korang tengok sendiri gambar bawah ni…
Ada pelbagai pilihan daging, ayam, seafood aneka rasa.. Aneka noodle pun ade… Lupe lak nak ambik gambar… Tapi diorang kate kat Seold Garden lain lagi banyak pilihan menu compare dekat Sunway Putra ni…
Ade aneka pilihan sushi…

Sayur pun ade banyakkkk jenis…
Aneka sos dan kicap…
Kekdah makan die same jer macam makan kat steamboat… Pilih-pilih segala daging, ayam, sayur semua tu pastu celur dalam sup atau bakar… Aku jarang masuk restoran yang style gini sebab ade anak kecik kannn… memang leceh… Kang tak sempat nak membakar merebus semua tu diorang dah buat hal…
Tadi member aku ajar cara makan orang korea… ambik sayur selai pastu letak daging ke.. ayam ke… seafood ke… pastu letak la sos macam-macam dalam tu pastu gumpal-gumpal pastu sumbat masuk dalam mulut seketul penuh tu… Makan bende ni tak boleh gigit sikit-sikit… patut la aku tengok dalam citer Running Man tu diorang makan bende gini sumbat terus masuk dalam penuh sampai kembung pipi…
Haaa nampak??? Ni kalau orang tua-tua tengok mau kena marah ni… makan ‘polok’ kata orang belah utara… hahaha…
Desert… aiskrim pun ada…
Pilihan air pun banyak… panas sejuk semua ada…
Fuhhh… berselera masing-masing…
Ni pakej yang ada kat Seoul Garden… Buffet RM36 per person…
Cumanya jangan membazir sebab nanti kena caj RM8 per 100gram… Apa yang korang letak atas meja kena habiskannnn… Bagi aku ok harga kat sini ok jer… Tak mahal sangat dan tak murah… Untuk majlis keraian macam ni memang sesuai…
Apapun.. selamat bersara untuk Kak Rose… semoga Kak Rose sentiasa sihat dan kuat… Dah habis dah time Kak Rose untuk meredah jem tiap pagi ke office… Dah takde lagi dah nak peningkan kepala fikir hal pejabat… Lepas ni boleh fokus kepada keluarga dan cucu jer.. hehehe…

Nanti kalau Kak Rose rindukan kami rajin-rajin la bukak blog ni tau… Cari balik gambar ni… hehehe..

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Food Review, Office

« M | Boutique Hotel – Hotel Hipster Seram Yang Super Best
Preview Roadshow The Parenthood – Shoping Keperluan Bayi Di London Street »

Comments

  1. adda syuhada says

    October 27, 2015 at 6:48 pm

    Eh2…silap lak tulis akk…..hihiih…ampun tuan tanah…

    Reply
  2. adda syuhada says

    October 27, 2015 at 6:48 pm

    sdp tuh kak… hmmmmm

    Reply
  3. ieta mat sa'ad says

    October 27, 2015 at 10:01 pm

    Owh baru kak tahu begini rupanya Kimchi. Memang meliurkan. Nampak sedap naw ha. Terima kasih Lan info berguna mcm ni.

    Reply
  4. AinAthirah Anuar says

    October 27, 2015 at 10:01 pm

    Aduhhh sedap tuuuu . lama tak masuk SG , maklum la membazir , perut kecik t.t

    Reply
  5. Fieza Sani says

    October 27, 2015 at 10:01 pm

    Oo..meraikan kak rose nak bersara..

    emmm..tak baper nak masuk mknan korea/jepun..

    Reply
  6. Zizie Zack says

    October 29, 2015 at 10:26 am

    dah pernah rasa kimchi.. tak berapa diterima oleh anak tekak.. huhu.. asal seoul garden yg ni mcm best.. ada sushi… nyum3..

    Reply
  7. kayyana says

    October 30, 2015 at 11:09 am

    Kem salam kat abam yang speck atas kepala tu eyh… ahahahha

    Reply
  8. Akif Imtiyaz says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Selmat bersara untuk Kak Ros jugak …

    Reply
  9. Akif Imtiyaz says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Cara makan tu nampak best laaa ..polok semua skali hahaha..kalau anak dara mkn lagu tu cam tak comel laaa lan kan kan kan..tapi kalau mak bdak bapak bdk cam kita ni ok jer hahaha..nampak cam sedap jugak la makanan yg terbentang..hikhik terbentang ko..takpr laaa janji ayat..salah takpe ko betulkan ayat hehe..Nak gtau gak ni KITA TAK PRNAH LAGI POLOK KIMCHI..tak kenal pon lagu mana kimchi tu arini baru nampak yg btol2 fresh dr gambar sini..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative