Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Makanan Melayu Oriental Terbaik di Ummiza Cafe

October 5, 2015 by Admin 9 Comments

Spread the love
Nasi panas… Masak lemak ayam kampung…  Ikan keli goreng garing disimbah sambal hijau kat atas… Telur masin… Sambal belacan dengan ulam-ulaman… Perghhh… Makan sampai berpeluh… Teringat jer terus lapar balik walhal baru jer lepas makan… Huhuhuhu…

Tu antara secebis jer menu yang dihidangkan masa gathering Kelab Blogger Ben Ashaari kat Restoran Ummiza Cafe baru-baru ni… Hari tu aku kurang borak dengan geng lain sebab dok meratah lauk pauk yang dihidangkan… Hahaha… Buruk perangai…
Ummiza Cafe yang terletak kat jalan Jenderam Hulu, Sepang ni diusahakan oleh Puan Nor dan anak-anak dia… Resepi yang digunakan adalah resepi keluarga dan dimasak sendiri oleh Puan Nor dan anak-anak dia… kualiti makanan dan kebersihan memang sangat dijaga…
Ni haaa keadaan dalam restoran… kemas dan bersih… paling aku suka adalah suasana kampung kat sini.. menarik…
Tak susah pun nak cari Restoran Ummiza Cafe ni… tepi jalan jer… berdekatan dengan MIAT dan UniKL, Sepang… Gambar jerebu kat atas ni korag anggap la itu kabus yer… hahaha…
Meriah hari tu bila Restoran Ummiza Cafe ni kena serbu dengan geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari… kitorang 40 family datang bersama keluarga masing-masing… nasib baik tempat selesa dan luas… parking pun takda masalah… 

Haaa tu belakang aku tu anak tokey restoran… hehehe.,.. Selain menu yang aku makan atas tadi tu… ade banyaaaaaaaaaak giler menu oriental atau ketimuran atau senang cakap masakan kampung yang dihidangkan hari tu… Antaranyaaaaaaaaaaaaaaaaa….
Gulai SIput Sedut
Ayam masak merah
Asam pedas 
Kari daging
Sambal udang petai
Ayam kicap pedas
Ikan goreng garing
Ayam goreng garing
Sambal ikan bilis
Masak lemak pucuk ubi
Gulai rebung
Sup cendawan
Sayur kubis goreng
Hwaaaaaa…. sambil menaip entry pun dah kecur air liur… Grrr… Serius sedapppp…. Oh yaaaa… bukan itu jer tau menu yang ada… ade jugak kuih muih yang dihidangkan antaranyaa macam kat bawah ni…

Donut
Kuih lapis dengan kuih seri muka…
Kuih kasui
Korang yang area Putrajaya ker… Bangi ke… Kajang ke… Sepang ke… apa kata korang pergi cuba sendiri masakan kat restoran Ummiza Cafe ni… memang berbaloi… Ada menu untuk sarapan pagi dan makan tengah hari… Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari jam 7 pagi hingga 3 petang sahaja… malam non hadooo k… Jangan ko datang malam lepas tu membebel cakap kedai tutup… Ni aku dah bagi tau awal-awal…
Daaaaannnn… kalau nak order untuk catering pun sangat sangat sangat aku rekemen… sebab Ummiza Cafe ada menerima tempahan catering untuk majlis kecil kurang dari 300 orang… So, nak buat kenduri kesyukuran ker… majlis hari jadi ke… jamuan perpisahan ke… atau ape jer majlis boleh la hubungi Ummiza Cafe… Harga berdasarkan bilangan pax dan mengikut harga pasaran tapi masih berpatutan… 
Untuk tempahan boleh hubungi detail di bawah :
Ummiza Cafe
No 229, Batu 29,
Kampung Jenderam Hulu
Sepang, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : 019-6682069 (Pn. Nor) atau 011-10602569 (Ain)
Facebook : Ummiza Cafe Jenderam (klik)
Instagram : @Ummizacafe (klik)
Terima kasih Ummiza Cafe sebab sudi menerima keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari untuk majlis makan-makan santai di sana… 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Event, Food Review, Kelab Blogger Ben Ashaari, review

« Anak Terapi Terbaik Ibu Bapa
Digi WWWOW Award 2015 Iktiraf Pengamal Media Sosial »

Comments

  1. Nina Mirza says

    October 5, 2015 at 9:35 am

    Alhamdulillah… Memang sedap Masakan di UMMIZA CAFE..
    Patut lah sonyap ajer dok meratah sengsorang!!

    Reply
  2. Hanim Hashim says

    October 5, 2015 at 10:24 am

    banyak lauk kegemaran aku kat sini … haihhhh harap kaki dapat jejak sini satu hari nanti huhu

    Reply
  3. Lyssa Faizureen says

    October 5, 2015 at 10:24 am

    nampak sedappp ikan keli tu … sungguh memukau .
    Tapi lyssa tak makan ikan keli … Kalau siput sedut memang layan habis arr ! ahaaahh

    Reply
  4. Mama Kembar 3 says

    October 5, 2015 at 10:24 am

    Ayam masak merah & ayam kicap pedas tu sedap sgt. Konpem kena pergi lagi ni

    Reply
  5. mas saari says

    October 5, 2015 at 10:43 am

    semua menu memang kena dengan selera dan citarasa..

    Reply
  6. PeRdU cINta says

    October 5, 2015 at 10:43 am

    Subhanallah menangis tengok menu tu…ermmmm..in sya Allah boleh ajak suami pegi ni..

    Reply
  7. uncle gedek says

    October 5, 2015 at 11:25 am

    luasnya ruang makan dia!

    Reply
  8. HABIBAH BINTI SANUSI . says

    March 18, 2016 at 2:21 am

    Assalamualaikum . Range harga makanan berapa ?

    Reply
  9. Adam Roslan says

    November 19, 2018 at 2:35 am

    Sedap sungguh ayam kampung ni. Naik selera.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
  • Fun & Crazy… Family Day kami di Putri Ayu Chalet
  • Desert Cafe Memelon baru dibuka di Cheras
  • Belanjawan 2020.. Golongan Belia Negara Peroleh Pelbagai Manfaat
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative