Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pretz n’ Beanz Cafe – Wajib singgah bila ke IKEA

October 30, 2015 by Admin 19 Comments

Spread the love
Korang kalau pergi Ikea biasanya kat mana korang makan… mesti cafe kat Ikea tu kann… sebab menu die yang special dan takda kat tempat lain… betul tak?
Dulu aku memang yer… tapi sekarang memang dah jarang aku singgah cafe kat Ikea tu sebab sesak giler… Ya ampunnnn… bilangan manusia lagi banyak dari bilangan meatball… Hahaha… Nak makan pun tak tenang sebab orang dah berdiri sebelah sebab nak booking meja…
Ni aku nak rekemen kat korang cafe yang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati menu special yang ada kat situ bila setiap kali korang ke Ikea… Pritzel dan pizza yang lain dari yang lain… memang tak ada kat tempat lain melainkan kat Pretz n Beanz Cafe…

Pretz n’ Beanz Cafe betul-betul tepi entrance masuk Ikea kalau dari Ikano Power Center (IPC)… Bertentang dengan Starbuck…
Pretz n’ Beanz Cafe ni masih baru dibuka… start dibuka pada bulan Julai 2014… Kini mempunyai 2 cawangan iaitu di Ikano Power Center dan jugak di Solaris, Mont Kiara…
Aku suka suasana dan persekitaran dalam cafe… teratur, simple dan selesa… kalau macam aku datang bawak baby dengan stroller rasanya takda masalah sebab ruang dalam cafe memang selesa… Haaa…. Cafe ni jugak ade Wifi…

Kalau yang smoking tu boleh lepak kat luar cafe… punnnn selesa…
Istimewanya cafe ni adalah dia punya menu… segala pretzel, pizza, pastry, kek dan semua yang ada kat sini dibuat di kilang diorang sendiri… dan diorang ni ade standard diorang sendiri yang sangat dijaga dari segi kualiti makanan…

Prizel Basil Cheese – RM7.30
Bagi korang yang dah biasa makan pretzel memang wajib cuba yang kat sini pulak… pretzel kat sini memang sedap dan lembut… Doh pritzel dibuat dikilang dengan kualiti kontrol yang sangat ketat… 
Sebelum ni aku ingatkan pretzel memang texture die liat sikit sebab yang selama ni aku makan semue rasa macam tu… Rupenyer tak… Kat sini elok jer lembut walaupun dah sejuk…
Pretz n’ Stew Chicken Green Curry – RM17.90 (WAJIB CUBA)

Dan menariknya kat sini korang boleh makan pritzel dengan pelbagai cara… contohnya macam menu yang aku makan atas ni… Aku bagi 5 bintang untuk menu ni… Pritzel n’ Stew ni adalah yang pertama di Malaysia… so, korang wajib cuba sebab rasa stew dnegan pretzel ni memang ngam sangat…

Pretzel Pizza Hawaian Chicken (10″) – RM22.15
Hah… Kalau nak menu yang lebih berat boleh cuba Pretzel Pizza ni sebab base pizza ni dibuat dari resepi yang sama untuk buat pritzel… Kat situ specialnya pizza kat sini… Walaupun dah sejuk dan lama still sedap lagi dimakan…
Green Tea Latte – RM11.90 (WAJIB CUBA)
Caffe Mocha – RM12.00
Caffe Green Mint Mocha – RM13.90

Hah… untuk peminat coffee macam aku korang boleh try macam-macam pilihan coffee yang ada kat sini… Gambar atas ni yang aku dah try… Paling aku suke Green Tea Latte…

Volcano Chocolate Cake With Ice Cream – RM 13.65 (WAJIB CUBA)
Telan air liur kejap bile upload gambar coklat kek ni… Adehhh… Kalau Akiff ade time ni kompom aku tak dapat merasa ni,.. memang kena order sorang satu… Luar kek rasa garing pastu dalam lembut siap ade coklat cair… makan pulak skali dengan ais krim tu… Hwaaa… Hari tu aku share dengan Redscarz rasa macam tak cukup lak… Demmm…
Okeh…. Itu jer menu yang sempat aku cube masa ke sana baru-baru ni… kenyang sangat dah… tak mampu dah nak try menu lain walaupun perut ni masih mengharap disumbat dengan spaghetty, fish n chip, sandwich, waffle dan banyaaaak lagi menu lain… Hahaha… Ingat aku bela saka ker nak makan semua tu sekali harunggg…. takpe nanti boleh repeat lagi… 
Korang yang tersesat ke Ikea lepas ni sila singgah kat Pretz n’ Beanz Cafe ni okeh kalau tak percaya dengan apa yang aku tulis ni… aku berani rekemen cafe ni sebab memang aku puas hati…

www.pretznbeanz.com
Facebook : Pretz n’ Beanz Cafe (klik)
Tel : 03-7732 0175

G23, Ground Floor,
IPC Shopping Centre,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Haaa… kalau korang nak order untuk delivery pun boleh… tapi untuk yang kawasan sekitar Mutiara Damansara jer la… Boleh hubungi 010-9507 393 untuk order… Kat bawah aku bagi katalog sebagai rujukan… klik gambar untuk lebih jelas…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Food Review, Makan-makan, Tempat Makan

« Ko yang sengal… Anak ko yang kena…
Ibu bapa wajib ada benda ni di rumah… »

Comments

  1. gulew kapas says

    October 30, 2015 at 4:58 pm

    Hmmm. Sedapnyaaaaaaa. Kedai hipster tu yang best tu. Memang tenang fikiran kan? Volcano cake choclate tu betul betul menyelerakan lah. Wifi ade x?

    Reply
  2. careno says

    October 30, 2015 at 5:02 pm

    Wifi ade… terlupe lak masukkan dlm entry… Tu dah update dah… hehehe… TQ

    Reply
  3. ::EIDA:: says

    October 30, 2015 at 5:05 pm

    hari tu ai lalu jek. dalam hati ni la cafe lan pergi… nampak sedap! harap2 dpt pergi sini lps ni heeeeeeeeeeeeee

    Reply
  4. Nur Aliah Nadhirah Abdullah Lim Bee Jen says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Terujanya…semua fav saya. Betul…tiap kali kalau ke sana mesti ke tempat mkn yg ada mitbol tu…beratur pjg satu hal, nak cari tmpt duduk satu hal…ngah mkn pun ada mata duk tenung2 bila nak habis makan.
    Tak sabar nak ke kafe ni….Lan rekomen pasti best

    Reply
  5. yaya_flanella says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Bestnya. Boleh cuba ni

    Reply
  6. Dkna Abza says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Biasa kalo p ikea memang blur nak makan kat mana. Tq lan.. ada can la nak p cafe ni sambil sopim kat Ikea. Nampak santai je cafe ni.

    Reply
  7. Nazlee Ismail PCL says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    aku telan air liupomliur rharap x kempunan nk join food review sana.

    Reply
  8. Akif Imtiyaz says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Wah sedapnyert..tetiba rasa lapar la pulak…nnt tlg bungkus sekali laaa nak rasa hahahha..

    Reply
  9. Kak Sue says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    Menariknya tempat nie,harap dapat pergi sini nanti..

    Reply
  10. PinKy MoMMa says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    style la deco dia..hipster sgt..mmg ssuai utk masuk dalam IG ahahahahaha

    Reply
  11. mas saari says

    October 30, 2015 at 5:56 pm

    wahhh cantiknya cafe dia..
    menu pun menarik! nanti dtg ikea leh cuba mkn kat sini..

    Reply
  12. Faizal Fredley says

    October 30, 2015 at 8:22 pm

    dtg sini nak tgk gambar jer….nasib baik gambar lawa…

    Reply
  13. PeRdU cINta says

    October 30, 2015 at 8:22 pm

    Green tea latte. ..owh…

    Reply
  14. Khalid Kyle says

    October 30, 2015 at 10:03 pm

    Hipster nye nampak kafe tu, mesti best buat port lepakkan 😉

    Jom Terjah : Trend Popular Berfesyen Dan Bergaya Jejaka Masa Kini! 🙂

    Reply
  15. Nik Azidah says

    October 30, 2015 at 10:03 pm

    Salam perkenalan dari follower ke 1199 🙂

    Nampak sedap semua menunya…paling tak tahan volcano choc cake tu huaaaaa…

    Reply
  16. Mama Kembar 3 says

    October 31, 2015 at 6:17 am

    Uiishhh choc cake tu nampak menggoda! Deco cafe tu pun menarik

    Reply
  17. Irna Nurasikin says

    October 31, 2015 at 6:41 pm

    Cantik dan menarik cafe ni…Menu pun mengancam…..Volcano tu nampak sedap sgt….

    Reply
  18. Mummy Afiq says

    November 2, 2015 at 9:36 am

    setuju..pretzel mmg sedap dan lembut..

    Reply
  19. yaya cendana says

    November 3, 2015 at 4:00 pm

    eee….cantiknyaa dinding cafe ni…..art sangaaatttt….boleh buat food review reramai kt sini tak???

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative