Dulu dikenali sebagai The Mall tapi lepas dinaiktaraf bertukar nama jadi Sunway Putra… Baru semalam dok borak dengan kengkawan yang katanya The Mall dulu siap ade indoor theme park macam kat Times Square tu… Uihhh… tak tahu pulak aku… Setahu aku The Mall dulu memang antara mall yang boring giler sebab takde yang menarik pun…
Tapi lepas naiktaraf kepada Sunway Putra memang totally berbeza dengan mall yang lama… Dulu kalau pergi PWTC tak teringin pun nak singgah kat The Mall walaupun mall tu hanya seberang jalan dengan PWTC jer… Tapi sekarang ni dah lain giler… Dari luar pun dah nampak gahhh…
Sunway Putra dah jadi salah satu Mall yang wajib pergi bila nak shoping atau window shoping… Banyak kedai menarik yang ada kat situ… dari produk orang dewasa sampai la kepada keperluan untuk anak-anak…
Antara yang jadi tumpuan kat Sunway Putra Mall sekarang adalah Sekarang ni yang jadi tumpuan kat Sunway Putra sekarang adalah The Parenthood Preview Roadshow untuk Family Park bertemakan London Street yang pertama di Malaysia… Boleh dikatakan sebagai 1 stop centre untuk segala keperluan si kecil dan ibu bapa…
The Parenthood Preview Roadshow ni sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 1 November 2015… Tinggal berapa hari jer lagi… Sempat lagi ni kalau korang nak ke sana…
Aku tertarik dengan konsep Preview Roadshow ni iaitu London Street… Korang tengok sendiri gambar yang aku ambik kat bawah ni…
Menarik kannn… Selain shoping, kat sini juga disediakan ruang untuk si anak meluangkan masa dan leka dengan aktiviti yang disediakan… Sambil si mak dok cari barang, si bapak boleh la temankan anak buat aktiviti kat sini…
Boleh mewarna… Semua kelengkapan mewarna disediakan secara percuma…
Kemain fokus Akiff mewarna… Ni bukan pertandingan mewarna pun tapi ni sekadar suka-suka… bebudak biasa la kannn… bila dah tengok ade kawan dok mewarna, die pun sebok la nak menumpang…
Selain tu, anak-anak jugak boleh main mainan yang disediakan kat sini… Yang menariknya, kebanyakannya mainan adalah berkonsepkan learn and play…
Antara yang terdapat di sana… ikutkan banyaaaaaak lagi barang macam botol susu ker, pampers ke tapi banyak pulak gambar kalau aku nak share semua…
Haaa ni satu yang aku nak bagi tau… selama ni dah puas aku mencari topeng muka jerebu yang comey-comey cenggini… Rupanya ada jual kat sini dengan macam-macam design… ada saiz kanak-kanak dan dewasa… Murahhhh!!! RM15 jer…
So, korang kena cepat ke sini sebab The Parenthood Preview Roadshow ni akan berakhir 1 November 2015 iaitu hari ahad ni…
Lepas ni diorang akan berpindah ke tingkat 2 pulak sebab preview roadshow ni hanya sekadar jualan pengenalan sebelum The Parenthood Family Park yang bertemakan London Street dibuka…
Tadaaaaa…. COMING SOON!!! Inilah dia bakal tarikan terbaru di Sunway Putra Mall nanti… Kat sini bukan jer sebagai tempat parents shoping segala keperluan baby ala-ala di Kota London tapi kat sini jugak tempat untuk si anak bermain dan belajar…
Sementara anak dok main, parents pulak boleh shoping dengan tenang dan boleh buat apa yang parents suka tanpa risaukan si kecil sebab kat dalam ni nanti selain kedai-kedai jualan berkonsepkan London Street, ada jugak cafe, saloon, massage,facial, pedicure dan manicure, function room dan macam-macam lagi…
Aku sempat melawat proses akhir persiapan The Parenthood London Street Family Park ni… Serius aku teruja dengan apa yang bakal dibuka nanti… Meh aku tunjuk sikit…
Dan paling menarik semestinya Kingdom Playground by The Parenthood…
Ni bukan playground yang biasa tapi konsep playground sini adalah play and learn… sebab semua yang disediakan kat sini akan menguji skill dan mengasah moto pemikiran anak-anak…
Antara permainan yang disediakan adalah trasure hunt games, flying fox, spider tower, transparent spiral slide, mini trampoline, tunnnel and bridges, wall climbing dan banyaaaaaak lagi… bukan anak jer teruja ni… mak pak pun tumpang teruja sekali tengok semua ni…
Pasal security dan safety kat sini memang antara perkara yang diberi perhatian utama… Aku nak cerita lebih-lebih tak boleh lagi tapi korang kena tunggu nanti dah siap aku cerita detail ok… Cukup sekadar korang tahu Sunway Putra Mall dah boleh dimasukkan dalam list korang untuk bawak anak-anak berjalan dan shoping…
The Parenthood London Street Family Park dijangka dibuka kepada umum bermula 15 November 2015 (soft launch)… Tapi untuk Grand Launching dijangka pada 5 Disember 2015…. Tak lambat dahhh… So, mark your calender!!!
Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook The Parenthood (klik) atau MIPC (klik) atau My Kingdom (klik)
Parenthood Expo lain daripada yang lain ni… Alahaiii ruginya tak dapat nak join that day… He he he… Tapi yang pasti bila pergi mesti telan air liur banyak-banyak ni. Semua nak dibeli… Ha ha ha…
Wah tampak sangat menarikslah. Inilah soping komplek yg paling dkt ngan umh kt sentul. Masa The Mall dulu, selalu mai sini…hanya utk makan2 je. Utk jenjalan takdelah..muram dan suram.
Skrg penuh warna warni…nak bawak Addin dtglah sabtu ni. Hadiah habis exam. Hahahaha…Addin nak release strese gak…stress exam ngan stress ngan mak tarzan ni.
Errr Lan yg mewarna2 ni main terjah je ke..maksud sy free…terus duduk dan kaler2 ya…
aah dgr citer juga ade theme park akan bukak. takzabarrrrrrrrrrrrrrrrrr ! hihihi. skrg ni sunway mall ni dah jadk tempat lepaking kitaorang hari jumaat HAHHAHAHHA
Wahhh! macam seronok je ni! Best kalau bawa anak-anak sekali …. 😀
Haaa… boleh g terus duduk utk mewarna… xde sape kesah… boleh jer…. FREE
alaaa….besttnyee tengok…macam nak pergilaaa…dah macam masuk ke dunia imaginasi kanak-kanak balek laaa…seronoknyaa!!!
Menariknya..kalau lisa pi agak2 leh learn and play tak ..heheh
Baiklah….tq atas info….
Ok mark kalender terbaiklah parenthood park ni rasa mcm mak budak pun nak men sama haaaaaaaaaa cpt lah 15 Nov hahahha
sempat pergi ni… tinggal beberapa hari je lg
wahhh menarik!
sesuai bawa anak² bila hujung minggu dan cuti sekolah.. tempat nak shopping pun best..
bestnya….sesuai utk anak2 ni
Wahhh dah baru dah The Mall.. lama tak pergi sana.. nama pun dah baru ..
hehe kalau iena da kawen da ade anak memang iena datang terus ni (^_~)
Wah banyak dah berubah mall nie ye,lebih menarik..sesuai untuk seisi keluarga..
Sabtu ni g la tgk.. Tdo kt sblh je minggu ni..lalalalaa
Wahhh…best nye dapat shopping kat sini..
Wahhh tak pernah tahu tempat ni, tapi walaupon tak siap, nampak cool la parenthood family theme park tu . Hehehe
Belum pernah pergi lagi.:)Tapi nak cuba pergilah..
kalau ke sini….confirm berejam baru abes belek semua….
Mak aii cantik no tempatnya..sesuai laa bawak ank2..mak pak shopping anak2 blh main2 kat sini..
Wahhh best ni! Confirm kena pergi nanti. Cepat laa disember hehe