Korang dah tengok citer The Lost World belum??? Alaaa.. Citer pasal dinasour tu… Macam citer Jurassic Park jugak… Memang best… Aku dengan Akiff baru jer layan filem tu minggu lepas… Akiff memang sentiasa teruja bile berkaitan dengan dinasour ni sejak aku bawak die ke Dinoscovery (klik) tahun lepas…
Baru-baru ni ada pameran dinasour kat ruang legar Giant area rumah aku… Kemain excited Akiff bila aku cakap nak bawak dia tengok dinasour lagi… Mule-mule die ingat dinasour yang macam dalam film tu… Siap cakap nak tengok dinasour makan…
Haih… Aku cakap mana ada dinasour hidup zaman sekarang… yang dalam tv tu pun tipu jer… Ni nak tengok pun yang tipu punya…
Sampai jer kat Giant dah nampak booth dinasour ni… dari luar dah nampak kepala dua ekor dinasour… Waaa… Macam menarik gak ni… Tiket masuk RM4 untuk kanak-kanak usia 3-13 tahun… Dewasa RM6… Sekali bila masuk, terkejut sebab tempat tu kecik jer… Ade kot sebesar 1 gelanggang badminton… Adehhh… Dalam tu ade 3 ekor dinasour jer dengan 1 set sarang dinasour… hwaaaa… membazir duit aku….
Burung Dinasour ni ade 2 ekor… sekor tengah terbang macam ni pastu sekor tengah berdiri…
Pastu ade dinasour ni sekor… Dinasour ni same jer macam dinasour plastik yang ada jual kat kedai cuma yang ni versi besar… Huh…
Dah la muke dinasour pun macam ampeh… Langsung tak real… bukan la maksud aku nak kena real sebijik macam dalam film tu tapi sebab korang kan dah kenakan bayaran untuk masuk dalam ‘khemah’ ni, at least dinasour tu buat la bebetul supaya orang berbaloi bayar untuk tengok…
Nasib baik dalam ‘khemah’ ni ade jugak bunyi macam dalam hutan pastu ade bunyi ngauman dinasour… itu jer yang real sikit pun… selebihnya ampehhh…
Pastu sebelum keluar ade 1 set sarang dinasour ni.. takde ape pun situ… cuma ‘telur’ tu jer… selain tu ade TV 3D yang macam kat kedai letrik Harvey Norman atau Court Mammoth tu… TV tu die pasang clip video dinasour… kena pakai spec 3D yang ada kat situ untuk tengok video tu… klip video tu ade kot dalam seminit…
Dinasour due ekor yang nampak kepala belakang kitorang tu takde pun kat dalam… Ade kepala tu jer terjulur keluar… hahaha siot…
Bagi aku la kannn… setakat nak masuk ‘khemah’ yang sebesar gelanggang badminton dan ada 3 ekor dinasour, 2 kepala dinasour yang boleh dilihat dari luar ‘khemah’ dan 1 set sarang dinasour ni… bayaran RM4 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk dewasa tu memang tak berbaloi… Bagi aku hanya layak untuk RM1 kanak-kanak dan RM2 dewasa…
izzeyda says
betul, memang tak berbaloi dengan harga yang kita bayar kan..
Syira Lokman says
TAK PUAS KALAU DPT TGK TU JE KANN..
Fieza Sani says
Kebanyakan sekarang penganjur yang buat macam ni nak kaut untung je..dari luar buat la konon2 very da gempaq sebab nak tarik orang especially budak2 untuk masuk..tapi bila dah masuk, hampehhhh..
Murni Alysa says
betul laa kan..macam tak berbaloi…
ubai ismail says
hahaha dinasour pun plastik jugaakk.. hahaha
idzwa kamaruddin says
huhuhuu…baik masuk pusat sains dgn harga tuh..byr lebih sikit je lagi..hehee..
Melissa Muklis says
denesor tuu kan.. lagi comel denesor mainan adik Lissa -_-
PuteraOhtraBulan says
Ya..memang tidak berbaloi tu bro. Lebih indah khabar dari rupa.
Itu memanglah kali pertama dan terakhir masuk situ ye tak. 🙂
BTS says
aduyai… layan sajalah dah masuk..
apa nak buat..
Giant mana tu?
Yan Ty says
hahaha dinasour la abah careno titew ye…bengkek je erk…sab ba ro !
nursarah puteri says
hahaha.. sabo jelah hai..
anazarin dotcom says
Hahahsha…sabar je la
Julia Johari says
Hhahaha…lan kenapa tak tawaf luar dulu tgk berapa banyak muka dinosour terjulur keluar, kalau kawasan kecik jgn harap ia bg kepuasan…baik pi tempat lain…mahai betul tiket
Mama Kembar 3 says
Nasib baik tak pergi. Si kembar dok ajak, sbb dpt brochure kat sekolah. Adoi laa promo je gempak, tak patut betul