Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Ibu bapa wajib ada benda ni di rumah…

November 2, 2015 by Admin 5 Comments

Spread the love
Teringat masa aku kecik dulu mak ade simpan kertas kecik sekeping yang macam dalam gambar kat bawah ni… Bila demam mak ambik mendalah tu letak kat dahi… Dulu masa kecik memang tak tahu yang benda tu untuk sukat suhu… Cuma yang aku tahu, benda ni nak chek demam ke tak…

Sekarang ni bile dah besar baru la tahu mendalah kertas kecik ni adalah thermometer…
Bila aku dah ade anak, mak kata kena beli thermometer simpan kat rumah… Kalau anak demam senang nak pantau suhu… Jangan bagi suhu badan cecah 40c…

So, aku beli termometer yang macam gambar atas ni… Harga dalam belas ringgit jer rasanya… Tak ingat dah… Tapi jenis macam ni leceh sikit… Nak kena letak celah ketiak pastu kena tunggu lama baru dapat bacaan… Budak demam pulak mesti mood tak ok… kadang-kadang nak chek suhu punya la susah sebab diorang tak selesa letak termometer ni kat celah ketiak…

Sebab jenis thermometer tu yang kurang praktikal untuk chek demam baby… Aku beli termometer yang macam gambar atas ni pulak… Harga dalam RM50 kottt.. Tak ingat dah sebab dah lama beli… Yang ni best sebab cepat dan senang… Letak jer kat lubang telinga atau kat dahi pastu dalam sesaat dah dapat bacaan…
Mula-mula tu ok… Lama-lama thermometer tu pun dah tak betul… suhu suke-suke hati die jer… Huh… Terlalu sensitif pun susah gak… Chek kat telinga bacaan lain… chek kat dahi bacaan lain… Haihhh…
Pastu baru-baru ni beli pulak thermometer jenis pistol ni… Mulanya aku nampak kat klinik area rumah aku ade guna jenis yang macam ni… Pastu tibe-tibe ade pulak iklan kat facebook jual termometer ni… Terus la beli… RM100 jer… Yang ni so far memang ok… Juz tembak jer kat dahi atau badan baby untuk tahu suhu… tak perlu sampai sentuh kulit pun… Sekelip mata dah dapat bacaan…
Sebagai parents korang perlu ada 1 thermometer kat rumah… kena standby untuk chek suhu… tak kisah la yang macam mana pun asalkan ade…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Demam, Parenting, Tips

« Pretz n’ Beanz Cafe – Wajib singgah bila ke IKEA
Ambi Pur dan FC Barcelona Jalin Kerjasama… Ada Hadiah Percutian Ke Barcelona… »

Comments

  1. Kak Sue says

    November 2, 2015 at 6:02 pm

    Senang ye ada termometer kat rumah,boleh pantau panas badan anak lebih cepat..

    Reply
  2. anazarin dotcom says

    November 2, 2015 at 7:52 pm

    anazarin berbicara setuju dengan abam lan careno.. wajib ada kat rumah terutama yang ada anak kecik

    Reply
  3. Syazana Jamaludin says

    November 6, 2015 at 3:24 pm

    Pantau panas badan mak ayah pon penting.
    Kadang kita orang dewasa tak perasan suhu badan dah panas.

    Pernah sekali ingatkan takde apa. Just check sebab demam berlarutan, sekali suhu sangat tinggi. Terus kena tahan dan masuk air dalam badan.

    Reply
  4. Yana Libra says

    November 6, 2015 at 3:24 pm

    setuju…mmg perlu..ear thermometer sy pun rosak dah..kena cari baru ni..

    Reply
  5. Miss Moon says

    November 6, 2015 at 3:24 pm

    betol Lan …dah ada anak ni kat umah kena ada macam macam
    termometer elektronik mmg banyak membantu…so kita ley monitor. Kalau suhu tinggi sangat kita boleh lap badan anak sampai suhu turun…n kalau tinggi sangat boleh terus bawak ke klinik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
  • Install Smart Door Lock kat rumah.. Antara kelebihan yang korang perlu tahu..
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative