Selamat hari Deepavali kepada semua yang menyambut perayaan Deepavali hari ni… Cuti hari ni aku tak ke mana pun.. Lepak jer rumah… Sambil tu isi masa lapang dengan buat aktiviti dengan Akiff… Water painting!!!!
Ni hasilnya… Buat lukisan yang simple jer… Aku ambik kertas lukisan pastu draw jer ikut apa yang Akiff nak… Pastu start mewarna… Yang bestnya guna water colour ni, kita boleh main buat eksperimen dengan campur-campur colour…
Tadi bila nak colour hijau, aku suruh Akiff ambik warna kuning dan campurkan dengan biru… Reaksi dia sangat teruja bila warna tu bertukar jadi hijau… Magic katanya… Hahaha… Lagi teruja nak mewarna… Boleh tengok video Akiff di Instagram aku… Klik sini dan sini…
Kadang-kadang mewarna sahaja guna colour pencil agak membosankan… Sekali sekala kita tukar guna water colour macam ni… Tapi make sure kalau nak beli water colour cari yang selamat untuk kanak-kanak… Selamat tu maksudnya takde bahan kimia berbahaya untuk bebudak…
Kat luar kotak ade tulis selamat untuk kanak-kanak… Sebab tu aku gunakan warna Buncho ni…
Kalau pencil warna pulak aku gunakan yang ni sebab ade tertulis jugak selamat untuk kanak-kanak… Bila beli jangan asyik fikirkan nak yang murah jer tapi fikirkan jugak faktor cenggini k…
husna zahidi says
teruja akiff.. hehe..suka guna buncho, warna dya cantik!