Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Susah betul nak suruh tidur siang hari…

November 15, 2015 by Admin 1 Comment

Spread the love
Korang ada masalah anak tak mau tido siang tak? Aku memang ada masalah ni… Akiff susah betul nak tido siang… Kalau kat tempat day care die tahu pulak ikut undang-undang… Lepas lunch terus tido… Tapi kalau kat rumah jangan harap die nak tido siang…
Macam-macam cara dah buat… Tutup semua langsir biar rumah gelap, tutup tv, bukak aircond, then pura-pura tido… Takde maknanya dia nak ikut tido sekali… Kite lak yang membute siang-siang hari tapi die sebok buat hal die… Hahaha…
Semalam aku warning Akiff, kalau tak tido siang jangan harap abah nak bawak p main kat tasik… Tapi warning tak menjadi… Tetap jugak tak tido sampai kesudah…
Bila petang dia dok pujuk ajak ke tasik tapi aku berkeras taknak sebab die tak tido siang… Meraung la budak tu kat rumah petang semalam sebab abah tak bawak die pegi tasik… Huh…
Hari ni aku guna tektik yang sama… Selagi tak tido siang jangan harap nak bawak pegi tasik… Dann Akiff belajar dari kes semalam… tadi akhirnya dia masuk ke bilik pastu pura-pura tido… Hahaha… Ingat abah tak tahu… Mata buat-buat pejam pastu kejap pusing ke kiri kejap ke kanan… 
Dannn akhirnya Akiff tertido jugak… Hahaha… Teringat aku dulu kena macam ni gak… Arwah tok pesan kalau tak tido siang tak boleh keluar main… Muahahaha…
Ok laaa… Ni sebab dah janji maka kena la tepati… Jom lah kite ke tasik berjogging… Cuaca baru lepas hujan ni seronok la jogging sebab udara segar dan sejuk..

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Uncategorized

« Pirate Coffee dah masuk jajahan Cheras…
Cafe Hipster di Wangsa Maju – Lapis Cafe »

Comments

  1. Julia Johari says

    November 18, 2015 at 8:06 am

    Papa warning shahdu sgt kot sampai Akiff bolayan nak tidur siang hahahha kalu tanya tips julia ada ala2 military sikit…mmg garang umi julia ni…hahhaha tu sebab kena perintah tidoq siang, no game, no ipad….tidoqqqqqq

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative