Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Dataran KTM Ipoh meriah setiap malam

December 16, 2015 by Admin 7 Comments

Spread the love
Kalau datang ke Ipoh korang jangan risau dengan aktiviti malam sebab bagi aku Ipoh lebih hidup waktu malam… Selain cafe hipster yang bersepah kat Ipoh, korang boleh jugak ke Dataran depan stesen KTM tu… Seriusssss memang meriah giler kat situ… Cuma bab parking jer la susah sikit… 
Hari tu masa aku bercuti ke Ipoh, memang dah plan nak bawak Akiff main kat Dataran KTM ni… Aku sampai Dataran ni dalam pukul 8 malam.. Nasib kitorang baik sebab dapat parking baikkk punya… Mula-mula tu sebelum sampai Dataran KTM ni, Akiff dah mengamuk dalam keter ajak balik hotel… Hotel kitorang stay tu best sangat sampai Akiff tak nak keluar kemana-mana… Hadoi laa… Klik sini untuk baca review hotel tu…
Tapi bile dah sampai situ lain pulak jadinya… Tak nak balik hotel pulak sebab nak main lagi kat situ.. wakaka… Akhirnya aku kena pow mainan seketul bawak bekal main kat hotel…
Mule-mule sampa rasa macam “waaaaaaa… cantiknya tempat ni… bestnyer sini…”

Masa ni baru pukul 8 lebih… orang belum ramai… Orang yang meniaga mainan sewa tu pun tengah setup tempat… Kitorang layan jer air pancut berirama ni… Kalau la ade muzik sekali lagi best kann… 
Selain air pancut besar kat tengah dataran tu, ade jugak air pancut kecik-kecik ni…
Cantik kan view sini… berlatar belakangkan bangunan ‘white house’ tu…  

Makin lama manusia dah makin ramai… dah makin sesak… dah makin happening… Peniaga pun masing-masing dah main peranan dah…

Aku naik motor scooter yang macam ni dengan Akiff… Boleh naik 2 orang… Aku bawak, Akiff berdiri depan aku… Kalau tak silap aku sewa RM10 untuk 15 minit… ehh ntahh… lupe dah… Hehehe… Ni la akibatnya kalau lambat up entry… Banyak bende dah lupe… Ngeee…

Yang sewa kereta macam ni pun banyak jugak…
Ni haaa Akiff merempit kat dataran tu… Laju kannn… Wakaka… Niat kononnya nak try ambik gambar bergerak macam ni tapi tak jadi… Semua subjek blur… Hahaha… kena banyak praktis lagi…

Budak yang paling happy malam tu… Keter macam ni Akiff pun ade tapi biase la bebudak… yang sewa punya jugak die suke… yang kat rumah tersadai jer… huh… Yang ni kalau tak silap sewa RM15 untuk 30 minit…

Mendalah ni pun ade gak… Kalau tak pandai main nanti diorang akan ajarkan dulu… Harga tak sure berapa… Kalau sewa yang ni kena tinggalkan MyKad sebagai cagaran.. Takut ada yang terus bawak balik rumah kang…

Ade banyak lagi mainan sewa kat sini… paling murah rasanya sewa kasut roller blade… RM5 setengah jam rasanya… Yang jual mainan pun banyak… Yang jual makanan pun ade…
Aku sempat tapow air ni bawak balik hotel… biase jer… Kurang kow…

Member aku kate kalau bernasib baik ade jugak bebudak busking dataran tu… Tapi malam aku pergi tu takde pulak mana-mana group busking… kalau tak boleh melepak lama sikit layan diorang nyanyi…

Ehh lupe nak bagi tau… Info yang aku dapat dari peniaga sini… Katanya kemeriahan Dataran KTM Ipoh ni bukan hujung minggu jer… tiap hari pun ade… start pukul 8 malam sampai 4 pagi…

Kat KL ni kalau korang nak merasa kemeriahan macam ni boleh pergi kat Dataran Putrajaya depan masjid tu atau pergi ke Tasik Titiwangsa atau ke Stadium Kajang… lebih kurang jer konsepnya… riadah keluarga…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bercuti, Cuti-cuti, Percutian, Percutian Hipster

« Roti gantikan kek untuk celebrate birthday
Memory Lane Ipoh… Syurga barang klasik dan antik »

Comments

  1. ubai ismail says

    December 16, 2015 at 4:37 pm

    seronoknyaa.. lama dah tak sampai ipoh

    Reply
  2. Nazlee Ismail PCL says

    December 16, 2015 at 6:51 pm

    teringat aku masa zaman study PUO dulu,,ni la tempat kami tapi dulu tak semeriah yg ada sekarag.. tak layan air pancut tapi layan race motor haram jer.. #throwbackjahiliah

    Reply
  3. Nao Mei says

    December 16, 2015 at 9:36 pm

    Ya rabbie..sampai jam 4 pagi…tak tidur ke depa ni. Serius meriah kat situ…cantik..

    Reply
  4. Fieza Sani says

    December 16, 2015 at 9:36 pm

    Haha..lawo2.walaupun asben org ipoh, x pernah lepak kat dataran ktm ni memalam..lalu jee.dah mmg pangai orang kita kowt..tempat sendiri tak excited nak explore..padahal byk je menda menarik..

    Reply
  5. Irna Nurasikin says

    December 17, 2015 at 2:34 pm

    Memang meriah kat sini…
    Sepupu Eirna ada berniaga kat situ….

    Reply
  6. zai zamree says

    December 18, 2015 at 12:27 pm

    meriahnya…lawa plak tu view dia

    Reply
  7. shalimar yusof says

    December 21, 2015 at 4:50 pm

    skrg ni tgh renovate jln tuu…mlm2 sesak..jenuh nk parking..huhhu..lautan manusia je nmpk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative