Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hotel hipster M Boutique cantik giler dan unik..

December 11, 2015 by Admin 8 Comments

Spread the love
Dulu aku pernah review pasal Hotel M Boutique Ipoh (klik) yang aku tak sengaja terrrr menginap kat situ… start situ terusss jatuh cinta dengan hotel tu… Pastu aku tahu yang M Boutique Hotel ni ade 1 lagi cawangan kat Ipoh iaitu M Boutique Stesen 18…

So, Percutian Hipster (klik) aku sekeluarga ke Ipoh baru-baru ni aku pilih hotel ni sebagai lokasi penginapan kitorang… Lagi pun Miss Permaisuri teringin sangat nak stay M Boutique Hotel lepas baca review aku yang sebelum ni…
Kitorang sampai Ipoh dalam pukul 1 tengah hari… berpusing cari cafe hipster untuk lunch tapi tak jumpe sebab kebanyakan cafe hipster kat Ipoh ni bukak pukul 3 ke atas… So, dengan perut lapar kitorang chek-in hotel dulu…

Masuk jer hotel terus disambut dengan basikal antik dan bakul-bakul kat ruang tengah ni.. terkesima kejap dengan deco hotel ni… lupe kejap pasal lapar…
Ni kaunter chekin… macam dalam cafe kannn…
Staff M Boutique Stesen 18 ni sangat friendly dan murah dengan senyuman… 
Ruang menunggu kat lobby pun selesa… kemain Akiff bersantai… hahaha… kat lobby ni ade 2 ruang menunggu, terlupe pulak aku nak ambik gambar yang satu lagi tu… huhuuh…
Kat lobby ni jugak ade kedai ape ntah ni… ade jual pakaian dan aksesori…
Okeh dah habis lepak dan bergambar kat lobby… jom naik ke bilik… Aku dapat bilik 208… Diorang ade bagi password untuk wifi tapi aku tak guna pun… 
Aku dapat bilik Premier Suite… Betul-betul sebelah lift…
Tapi sebelum masuk bilik wajib la meronda dulu tengok kawasan hotel yang ohsemmm ni… Bilik hanya ada kat tingkat 1 dengan 2 jer… Pool takde ok.. hotel ni kecik jer pun tapi deco dalaman die memang perghhhhhh…
Yang pintu terbukak tu bilik aku… pintu lift betul-betul sebelah pintu bilik… Huhuhu… dekat sangat la pulak…
Lantai diorang memang jenis kayu macam ni… pastu tiap kali melangkah dengar bunyi kasut pijak papan… bising jugak laa… Akiff la suke dok berlari kat situ sebab lantai berbunyi…
Tapi lantai tu yang buat suasana hotel ni jadi rare tu…
Lampu ni memang membangkitkan suasana.. Lampu ni kalau sebijik jer nampak tak lawa tapi bile dah banyak-banyak macam ni ohsemmm pulakkk…

Masa kat hotel ni takde gambar Akiff possing sebab mood die tak ok… So, kite gantikan dengan gambar Miss Permaisuri..
Gambar atas ni adalah ruang membasuh yang ada kat tingkat 2… Kemudahan mesin basuh dengan dryer ni adalah percuma… Boleh basuh baju dan keringkan terus… Sambil tunggu baju dibasuh dan dikeringkan boleh la lepak-lepak dulu…
Tadaaaa… Haaaa ni la bilik Premier Suite kitorang… besar giler wehhhh… Sesuai sangat yang bawak anak sebab anak-anak boleh main lari-lari dalam bilik ni…
Deco dalam bilik ni simple tapi sangat cantik… dan yang penting bersih dan selesa…
Akiff teruja bila duduk dalam bilik ni… Sampai tak nak keluar hotel… Bile time keluar makan pun die seboook jer ajak balik hotel cepat…
Katil saiz king tapi sebab sekarang ni kitorang dah berempat… sesak jugak laa… hahaha… sudahnya aku la kena tido asing… huhuhu…

Budak dua orang ni kalau tido memang conquer habis… tunggang langgar tido… nak mencelah pun tak boleh… Ok takpe… abah panggil ummie teman abah tido kat bawah jer laa… hahahha…
Bab bilik air aku puas hati… Besar, bersih dan selesa…
cuma bath tub jer la takde… huhuhu… tak boleh nak berendam… Tu budak Akiff dok melayan main air hujan katanya…

Secara keseluruhannya aku sangat sangat sangat puas hati dengan hotel ni… Bile dah chekin rasa macam takmo keluar kemana-mana dah…. Korang kalau nak bercuti ke Ipoh memang aku rekemen sangat korang stay kat mana-mana hotel M Boutique sebab hotel tu sendiri pun dah boleh jadi sebahagian agenda percutian korang… Memang best… Kaki bergambar mesti suke…

Nah aku bagi harga bilik hotel kat sini… Refer gambar atas ni… Abaikan column Rack Rates tu… korang tengok yang BAR Rates jer… Macam bilik yang aku stay ni harganya RM260 nett termasuk breakfast… Compare dengan ape yang disediakan bagi aku rate ni dah sangat berpatutan… Betul tak?

Kalau nak buat booking online aku cadangkan korang guna Agoda.com atau Klik Sini jer terus… Atau refer detail yang aku bagi kat bawah ni…

Detail :
M | Boutique Hotel Stesen 18
15-23, Jalan Pengkalan Barat 35,
Taman Pengkalan Jaya,
31650 Ipoh, Perak.

www.mboutiquehotels.com
Tel : 05-321 1666

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bercuti, Cuti-cuti, hipster, Hotel, Penginapan, Percutian, Percutian Hipster, review

« Barber hipster Ipoh – O’oi & Comrades Mansion di banglow 2 tingkat
Myth Espresso Bar, Cafe Hipster Eclusive di Lobby Hotel »

Comments

  1. ::EIDA:: says

    December 11, 2015 at 3:27 pm

    lawa gila!!! nk terjah juga!!!

    Reply
  2. Fieza Sani says

    December 11, 2015 at 3:27 pm

    Cantikkk..

    Reply
  3. Melissa Muklis says

    December 11, 2015 at 3:27 pm

    Ohsemm nyaaa hotel tuu.. terkesima kejap bila tengok.. ohsem dan rare sangat!

    Reply
  4. idzwa kamaruddin says

    December 11, 2015 at 3:27 pm

    best nyer!! dah la konsep nyer cun giler~

    Reply
  5. yong norliza says

    December 15, 2015 at 4:35 pm

    pergh…cantik tempat ni..boleh la try test~

    Reply
  6. Cik Puan Rann says

    December 17, 2015 at 10:51 am

    Menarik sangat hotel ni…kena masuk list 2016 la…heheheh

    Reply
  7. zai zamree says

    December 18, 2015 at 12:27 pm

    cun gila bilik dia.mcm ni mmg xmo kuar bilik la jwb dia

    Reply
  8. shalimar yusof says

    December 21, 2015 at 4:50 pm

    cntekknyeee bese lalu tgk pintu tampal2 tuu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative