Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Teh Tarik Place Selayang – Cafe Mamak Hipster Dengan Menu Istimewa

December 7, 2015 by Admin 3 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
Sekarang ni trend hipster tengah in… Semue bende berkaitan hipster mesti dapat perhatian… Even kedai mamak pun dah ada yang konsep hipster… Teh Tarik Place antara Cafe hipster yang membawa kedai mamak ke tahap yang lebih exclusive, santai dan selesa…

Baru-baru ni aku dengan beberapa rakan blogger dijemput oleh Food Ink untuk bersantai dan mencuba keunikan menu yang ada di Teh Tarik Place Emerald Avenue Selayang… Sebelum ni aku ingatkan semua francais Teh Tarik Place mempunyai menu yang sama, rupenyer tak… Semuanya bergantung kepada owner cafe untuk pelbagaikan menu disamping menu utama yang wajib ada…
Macam aku kata tadi laa… Teh Tarik Place ni membawakan konsep hipster dengan dekorasi cafe yang sempoi dan santai… Aku suka sangat dengan deco Teh Tarik Place cawangan Selayang ni…
Menarik kann…  Suasana dalam cafe nampak cukup sangat selesa dan bersih… Dan paling aku suka gaya “old school” yang diketengahkan… Itu baru bab konsep dan decorasi dalam cafe…
Teh Tarik Place Selayang sebenarnya ada kelebihan pada menu yang ada… Kat sini bukan menu kedai mamak semata-mata tapi ada menu istimewa yang dibawa dari Negeri Johor… 
Apapun meh tengok menu apa yang sempat aku rasa hari tu… Setiap hidangan ni bukan aku makan sorang tau… aku kongsi dengan Miss Permaisuri dan kengkawan sebab nak merasa makan banyak jenis… hehehe…
Roti Sardin – RM4.50
Roti sardin memang kadang-kadang jadi pilihan aku kalau melepak kat mamak… tapi roti sardin kat Teh Tarik Place ni lain macam pulak… Sardin die rasa sekata dan sangat sedap… lembut jer dimakan panas-panas… Kuah die pun sedap…
Asam Laksa – RM7.50

Yang ni kalau bagi aku semangkuk sorang pun takda hal ni… aku suka sangat… memang kena dengan selera aku…

Nasi Goreng Kampung – RM10.50
Nasi goreng kampung ni sedap dan rasa lembap… secukup rasa… kena pulak dengan telur gedik… perghhhh…
Nasi Lemak Basmati – RM5.50
Nasi lemak sini menggunakan beras basmati… memang special dan lebih special lagi kat sini ada 3 pilihan sambal termasuk sambal strawberi… Serius sedap sambal strawberry ni… Rasanya masam manis dan kurang pedas… boleh diterima tekak…
Kacang Pool – RM9.90

Haaa… menu ni memang special kat sini… susah nak jumpe kat tempat lain… Kacang Pool… 1st time aku makan… pernah dengar jer sebelum ni tapi tak pernah try… Menu ni special dari Johor…

Keow Teow Cantonese – RM9.90 (Recommended)
Bila cili potong kicap dimakan dengan keow teaw cantonese, memang terangkat habisssss… Ni menu paling aku suke kat sini… 
Rainbow Keropok Leko – RM6.00
Kalau korang nak melepak jer dan nak makan menu yang ringan dan ringkas… Boleh try Rainbow keropok leko ni… keropok leko ni di ‘topping’ dengan 7 aneka sos iaitu sos cili, mayonis, thousand island, black pepper, cheese dengan ape lagi ntah… lupe dah… wakaka…  Aku dah try pun.. Rasa macam nak tapow bawak balik jer… memang sedap…
Kopi Panas
Kalau korang nak buat event atau celebrate birthday ke atau apa-apa kat sini… Korang boleh sewa 1 section dengan pakej yang murah dan berbaloi…. section tu akan ditutup khas untuk Event korang… Rate macam kat bawah ni…
Rental for event (2 hrs) – RM1,000.00 (without food)
Rental for event (2 hrs) – RM1,500.00 (with 20 pax food)
additional RM25/pax
INFO :
Selayang Branch:
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm; Fri-Sun 9.00pm – 12.00am
Contact No: 03-61275560
Facebook: Teh Tarik Place Selayang [klik]
Food Ink: Food Ink [klik]

Bangsar Branch:
Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm; Sat-Sun 9.00am – 6.00pm
Contact No: 03-22011888
Facebook: https://www.facebook.com/Teh-Tarik-Place-UOA-Bangsar-647623398717581/
Food Ink: https://www.foodink.com.my/listing/teh-tarik-place-menara-uoa-bangsar/

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Food Ink, Food Review, hipster, Makan-makan, Projek Hipster, Tempat Makan

« Port Fest 2015 di Ipoh meriah dan sangat hipster
Percutian Hipster – Perancangan dan iternary »

Comments

  1. YB Shehan says

    December 7, 2015 at 2:15 pm

    berkeroncong perut tengok. aduh laaaaaaa

    Reply
  2. sayaiday mohd nor says

    December 7, 2015 at 3:04 pm

    Iday suka kacang pol tu. lepas ni tau dah kalau nak makan kacang pol kat mana. hehehehe

    Reply
  3. adda syuhada says

    December 7, 2015 at 6:52 pm

    sedapnyer..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.


Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Terasa macam nak beli Annual Pass Legoland, boleh main sepuasnya sepanjang tahun
  • Anak dah mula sukakan susu kambing Lazz campuran kurma
  • Happy Birthday Akiff yang ke-7 tahun… Dah darjah 1..
  • Jom makan berbuka puasa di Double Tree by Hilton
  • Buka puasa menu tradisi bertaraf bintang di Sunway Putra Hotel

Copyright © 2018 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative