Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Adhadi Mohd bantu blogger KBBA dalam fotografi

January 14, 2016 by Admin 2 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
Dulu aku pernah berangan nak jadi profesional photographer… Minat dalam fotografi timbul lepas aku kawin… Syok bila tengok hasil gambar album kawin aku dulu… lawa gilaaa… sama ada photographer aku dulu tu memang power atau aku yang buat gambar tu jadi lawa… hahaha… 
Tapi dari situ la timbul minat aku dalam fotografi ni… Tahun 2010 aku beli camera DSLR Nikon D90… Mulanya aku belajar dengan member jer… Pastu join group fotografi kat fb, dari situ aku tahu ade bengkel fotografi percuma yang dikendalikan oleh Cikgu Adhadi Mohd… Kirenyer bengkel tu untuk mukadimah jer sebelum ambik full kelas dengan Adhadi Mohd… Tapi walaupun mukadimah jer, banyak jugak ilmu baru yang aku dapat dan aku guna sampai sekarang…

Bile KBBA plan nak buat bengkel untuk blogger kat Agrofarmstay Melaka, aku terus cadangkan selitkan sekali kelas fotografi sebab blogger dengan fotografi memang tak boleh lari… Blog jadi suram kalau takde gambar yang menarik… betul tak?

So, aku cadangkan Cikgu Adhadi Mohd dan Alhamdulillah dua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama… 

Bengkel kali ni disertail lebih dari 30 blogger dan hampir semua takda basic dalam fotografi… hanya tahu shoot pastu syok sendiri kata lawa… hahaha… aku la tuuu…

Ingat lagi 1st soalan cikgu Adhadi hari tu… “Apa itu gambar?” Huh… jawapan merapu-rapu semua jawab… Sebenarnya gambar adalah salah satu cara komunikasi… So, gambar yang bagus adalah yang dapat sampaikan info atau maklumat dengan tepat…

Masa yang kitorang ada hari tu tak banyak… hanya beberapa jam jer… Tapi sempat la kaut serba sikit ilmu asas fotografi  macam iso, shutter speed, aperture, komposisi, framing, lighting sampai la kepada teknik fotografi… Banyak oii kalau nak citer…

Cara penyampaian cikgu Adhadi bagi aku sempoi dan bersahaja… Pastu die suke invovle peserta sekali masa dia nak sampaikan sesuatu.. jadi model laa.. jadi tunggul laa… jadi tukang pegang prop laa… Pendekatan macam ni buat kite rasa selesa untuk berinteraksi dengan die… takde la segan nak tanya apa-apa soalan kannn…

Korang yang ada kesempatan boleh pergi attend kelas cikgu Adhadi kat Shah Alam… Bagusnya korang ambik kelas dengan Cikgu Adhadi ni sebab setiap sesi kelas die tak ramai… kurang 10 orang… kalau ramai nanti susah dia nak fokus setiap sorang…

Ehhh… yang dok jauh tu jangan risau kalau tak berkesempatan join kelas fotografi Cikgu Adhadi sebab die ade keluarkan DVD yang dapat membantu kite mahir dalam fotografi…

Ni antara koleksi DVD yang ada… boleh contact cikgu Adhadi untuk beli DVD ni… aku paliiiiing suke DVD yang hijau tu…. Kuasai Fotografi dengan DSLR… serius sangat sangt sangat membantu aku…

Ni DVD rekabentuk album perkahwinan yang aku beli dulu dari Cikgu Adhadi… kononnya nak serius dalam wedding photography… tapi terbantut dipertengahan jalan…. kehkehkeh
Ni contoh video yang ada kalau korang beli DVD dari Cikgu Adhadi… 

Yang berminat nak dapatkan khidmat Cikgu Adhadi sama ada nak invite die untuk buat bengkel fotografi kat tempat korang atau nak attend kelas yang die anjurkan atau nak join outing fotografi percuma yang selalu die buat atau nak beli DVD die korang boleh ambik detail kat bawah ni…

Adhadi Mohd
www.adhadi.com
Facebook : Adhadi Mohd III
Page : Adhadi Mohd
Instagram : @AdhadiMohd

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Aktiviti, Kelab Blogger Ben Ashaari, photography, review

« Kasih abang Akiff… Alahai comel jer…
Meneroka lukisan dinding sekitar Bandar Ipoh »

Comments

  1. Julia Johari says

    January 14, 2016 at 5:03 pm

    Adobe Light Room…teringin nak belajar…tapi kena beli DSLR dulu…betul tu kekadang ambil gambar pastu syok sendiri kata lawa miahahhahahhaha

    Reply
  2. Farahain ZFA says

    January 15, 2016 at 9:15 am

    memang betul , gambar sebenarnya menyampaikan mesej pada org yg melihat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.


Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Terasa macam nak beli Annual Pass Legoland, boleh main sepuasnya sepanjang tahun
  • Anak dah mula sukakan susu kambing Lazz campuran kurma
  • Happy Birthday Akiff yang ke-7 tahun… Dah darjah 1..
  • Jom makan berbuka puasa di Double Tree by Hilton
  • Buka puasa menu tradisi bertaraf bintang di Sunway Putra Hotel

Copyright © 2018 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative