Motif aku ke sini adalah untuk hadir Bengkel Fotografi anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari bersama pengajar fotografi profesional iaitu Adhadi Mohd…
Semua pun tau kan yang perangai blogger suka ambik gambar… Contoh kalau korang pergi makan pastu nampak ada orang yang sebok ambik gambar kedai makan dengan gambar makanan… Haaaa kemungkinan besar blogger la tu…
Disebabkan ramai antara blogger yang hanya tahu ambik gambar tapi tak tahu skill yang betul untuk menghasilkan gambar dengan baik, maka sebab itu la bengkel ni diadakan… CIter pasal bengkel fotografi tu nanti aku akan update kemudian…
Kali ni aku nak review dulu kemudahan yang ada kat Resort Agrofarmstay ni… Mana tau kot dapat bantu korang yang tengah planning nak buat aktiviti berkumpulan macam hari keluarga ke, team building ke, majlis perkahwinan ke… seminar atau bengkel macam kitorang ni ker… boleh la buat kat sini…
Kawasan resort ni agak besar… korang tengok sendiri dalam peta atas ni… Penginapan ade beberapa jenis ikut keselesaan dan keperluan… Ada villa untuk yang datang dengan family… ada chalet… ada dorm.. ada jugak bilik twin sharing… aku dapat bilik twin sharing kongsi dengan blogger sengal si ujang…
Okeh… Kat Resort Agrofarmstay ni ada bangunan kasut yang cantik macam ni… Unik dan menarik kannn… Mulanya aku ingatkan bilik penginapan… Baru nak request bilik yang ni… Rupenyer ni adalah bilik karaoke… Hohoho…
Miss Moon says
wahhhh mmg sangat jauh beza ngan last time kami pergi. Skrg nampak lagi best ….saya la Agrofarm Stay
Mohd Azfar says
kenapa cantik2 gambar kau..? takkan kau bijak sangat dpt ilmu dr bengkel.. =(
Muhammad Khairuddin Lim says
salam kenal…saya pun tinggalkan jejak
Hanim Hashim says
rindunya AGROFARM!