Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Fizo Sentap Kena Kritik Dengan Blogger

January 8, 2016 by Admin 6 Comments

Spread the love
Fuhhh… kecoh kejap media sosial pasal si Fizo Omar sentap sebab restoran Fizomawar Kitchen milik dia yang baru beroperasi 2 minggu kena kritik dengan blogger Emas Putih… kehkehkeh… 

Ape la bro… bende kecik jer kowt… Ambik sebagai positif dah ler… Bile ko PM bagi penjelasan pasal servis yang teruk tu memang aku puji dah… kirenyer nampak la ko take responsibiliti kat situ kannn… Tapi jangan la terus nak cakap orang nak jatuhkan bisnez ko… Haiyaaa…  
Ni aku share beberapa petikan jawapan balas dari Fizo Omar kepada Blogger Emas Putih yang aku rasa tidak profesional…
“Soal review atau komen drpd pihak saudari hamba allah yg mulia ni xsalah pun.sya faham itu hak anda sebagai customers.ia nya telah pun viral dan memberi impak negative kpd kami.ada yg mula share di media sosial dan juga hentam kami.

Mgkn pd anda satu benda yg remeh dgn hanya menulis.tp ianya bergantung pd niat kita.hanya anda dan allah swt je yg tahu apakah tujuan yg sebenar.”
Kemain ayat dari hamba Allah yang mulia… sentap lettew… Pastu yang kata beri impak negatif tu kenape lak… Takde pun petikan review tu yang cakap jangan pergi… Die siap tinggal alamat kedai lagi untuk rujukan reader die yang nak ke sana… Aku masa baca review tu takde la rasa tak nak pergi sebab biase la kedai baru bukak banyak benda nak kena improve… Dan bende ni boleh dijelaskan balik oleh blogger tu dalam blog dia sekiranya Fizo lebih profesional handle perkara ni… 

“Sya bg pihak fmk lg skali memohon maaf diatas kekhilafan drpd pihak kami yg belum sempurna dan kami anggap ini proses pembelajaran kami.insyallah kami akn improve dan sekiranya semuanya dah lancar insyallah kami akn jemput anda sebagai tetamu vvvip kami utk dilayan sebaik mgkn.”

Amboiii… ‘tetamu vvvip’ kooo… hahaha… kemain perli.. orang tak mintak pun dilayan bak vvvip… orang hanya nak servis yang sepatutnya…
“Apa2 pun tahniah diucapkan kpd anda diatas review anda yg dpt memperbaiki kelemahan pihak kami dan juga memberi ‘impak’ kpd kami apabila ianya sudah viral.”

‘Impak’ tu sepatutnya boleh ditujukan ke arah positif tapi ko yang jadikan ia negatif…
Korang yang tak tahu menahu kes apa ni… Boleh Klik sini kalau nak baca review Uzu Emas Putih yang menyebabkan Fizo sentap tu… dannnn Klik sini untuk baca ‘pesanan’ penuh Fizo kepada blogger Emas Putih… 
Klik sini untuk baca article teguran Fizo Omar terhadap blogger yang mengkritik restoran dia…
Apapun, insyaAllah nanti aku pun nak bawak family ke restoran Fizomawar Kitchen ni… boleh tahu ada perubahan ke tak… tunggu nanti insyaAllah aku sampai…
Fizomawar Kitchen
No 9, Jalan 8/1 ,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Facebook : Fizomawar Kitchen

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Blogger, Isu Semasa

« Shoping online lebih jimat dengan kod diskaun Picodi.my
Apam Balik Hipster Kat Kg. Baru KL »

Comments

  1. razzwey razz says

    January 8, 2016 at 4:33 pm

    kedai makan dekat rumah aku lagi sedap, meh blanje aku lan! hahahahaa

    Reply
  2. yaya cendana says

    January 8, 2016 at 5:03 pm

    sebulan lagi aku pergi sana tengok camana….

    Reply
  3. NUR RAIHANAH says

    January 8, 2016 at 5:03 pm

    tak salah pun kak uzu buat entry tu sy rasa. mungkin sbb dia artis. jadi bila customer kritik sikit pun salah. dah mmg servis tak mantap. takkan kita nak review dilayan bak puteri pulak kan. hahaha. klaka laaa bila jadi mcm ni. sy dah baca dan komen pun kat entry kak uzu yg tu. terkejut gak tetiba fizo sentap sbbkan entry tu. hahaha

    Reply
  4. Suriaamanda says

    January 8, 2016 at 5:03 pm

    Jawapan dia pun banyak berunsur sinis kan?

    Reply
  5. YB Shehan says

    January 8, 2016 at 5:18 pm

    ego!

    Reply
  6. Mime MF says

    January 8, 2016 at 6:58 pm

    alahai…sentap pulak..cool la.. kata artisss..-_-

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence)
  • Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR)..
  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative