Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kafe hipster paling murah pernah aku jumpa – Kafe Recco Coffee

January 20, 2016 by Admin 6 Comments

Spread the love
Jarang ada cafe hipster yang buka awal pagi… Masa Percutian Hipster aku ke Ipoh hari tu pun memang aku tak jumpe cafe hipster yang beroperasi waktu pagi kecuali cafe yang bersekali dengan hotel… Kebanyakannya buka pukul 5 petang ke atas… 
Beruntung orang Tanjung Malim sebab pepagi dah boleh breakfast kat cafe hipster… Kafe Recco Coffee mula beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 12 tengah malam… Haaa… mesti ramai yang tak tahu rasanya sebab time aku pergi hari tu sunyi sepi cafe ni…

Kebetulan aku dengan partner Projek Hipster aku, Daus Redscarz ade ke Tanjung Malim beberapa minggu lepas… Kitorang sampai sana awal pagi… settle urusan terus kitorang ushar cafe hipster sekitar Tanjung Malim dan terjumpa Kafe Recco Coffee ni.. 

Dari luar cafe pun memang dah nampak gaya hipster… Aku rasa area luar ni untuk geng smoking dengan vaporians sebab kat dalam tu bertutup dan aircond… mustahil la owner nak bagi korang cemarkan suasana cafe dengan asap tu kann…
Ok takpe… korang ushar dulu decorasi dalam cafe ni yang bagi aku simple dan nice…

Untuk melepak sambil chit chat dengan kengkawan memang sangat best dan selesa… set kerusi meja macam ni boleh buat korang stay situ berjam-jam tanpa sedar… percayalah cakap aku…
Kalau nak citer pasal harga pulak aku rasa cafe ni memegang rekod cafe hipster termurah yang aku pernah jumpe setakat hari ni… ko bayangkan segelas coffee yang biasanya kat cafe lain berharga sekitar RM10-RM14 tapi kat sini boleh dapat serendah RM6.00-RM9.00…
Tanjat boboi jugak aku bile tengok harga kat menu cafe ni… tapi memang sesuai la kot harga macam ni kat area Tanjung Malim sebab area situ memeng ramai student… kalau buat mahal-mahal takde orang lak…

Ni menu breakfast pilihan aku hari tu… Nasi Goreng Thai… Serius sedap dan sangat sangat recommended… hanya RM7.00… cuma peliknya biasa cafe hipster ni mementingkan menu presentation.. tapi yang ni biase jer… nak ambik gambar pun tak lawo… huhuu…
Daus Redscarz pulak pilih English Breakfast… RM10.00… agak murah jugak sebab set ni datang sekali dengan coffee Sarawak… .

Coffee Sarawak

Sebab nasi goreng thai aku takde set sekali air, so terpaksa order air lain… aku order honey lomen… RM4.50
Rasanya menyesal pulak tak order coffee yang lawa-lawa ade bentuk love atau daun tuuu… takpe next time la aku try… untuk korang yang nak datang sini boleh ushar menu dan harga kat menu bawah ni… klik gambar untuk lebih jelas…

Alamat:
Kafe Recco Coffee
No 19, Jalan U -1, 
Taman Universiti,
35900 Tanjung Malim, Perak
KLIK MAP
Facebook Recco Coffee


Nak tahu banyaaaaak lagi review cafe hipster atau ape-ape jer yang berkaitan hipster, korang boleh chek list yang ada kat bahagian tepi blog aku ni… 

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Cafe Hipster, Food Review, hipster, Makan-makan, Projek Hipster, review, Tempat Makan

« Baby feeder untuk Azif gigit
Funtasy Art Museum antara tarikan yang ada di Ipoh »

Comments

  1. Akito Boron says

    January 20, 2016 at 8:37 pm

    style

    Reply
  2. Sobri Mansor says

    January 20, 2016 at 8:37 pm

    untung le golongan hipster. boleh melepak sampai lebam. hehehe

    Reply
  3. Suriaamanda says

    January 20, 2016 at 8:37 pm

    Rasanya macam ada satu kat Damansara la…Big Spoon apa ke namanya…macam ni la deko kedai eh…

    Reply
  4. Aisyah Sukor says

    January 21, 2016 at 7:50 am

    selalu masuk, sebab belajar depan tu je, UPSI. 🙂

    Reply
  5. yanie yusuf says

    January 21, 2016 at 1:00 pm

    wahh nak terjah lah lepas ni.. dekat dengan Yanie je ni..

    Reply
  6. ✿ Ina Ainaa ✿ says

    January 22, 2016 at 12:22 pm

    Selalu juga lepak dengan member kat sini.. Memang murah dan suasananya santai.. Best2

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative