Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Meneroka lukisan dinding sekitar Bandar Ipoh

January 15, 2016 by Admin 9 Comments

Spread the love
Kisah Percutian Hipster aku dah tergendala sikit ni… hohoho… nak kena ambik mood sambung balik story… Yang terlepas baca story percutian hipster aku sebelum ni boleh klik sini dan baca balik semuaaaaa entry ok…
Wall painting Ipoh ni aku cari sebelum aku betolak balik dari Ipoh… gigih aku google dan dapatkan info setiap lokasi mural ni… Sekali sekala bercuti buat aktiviti mencari macam ni best jugak…

Gambar ketika muda dan gambaran ketika tua… hahaha…
Mural budak naik kapal terbang kertas ni tak jauh dari mural orang tua old town tadi…
Nampak real kan painting kopi o ais tergantung ni… lokasi wall painting ni jauh sikit dari lukisan orang tua dengan kapal terbang kertas tadi tu…
Paling aku kecewa adalah lukisan burung ni haaa… kalau ikutkan sumber dari google, sebelum ni ada pokok rendang kat situ dan burung tu kononnya nak hinggap kat pokok tu… tapi nampaknya pokok tu dah kena tebang… huhuhu…
Gambar jalan bijih timah tapi tak jelas sangat.. makin lusuh dan usang lukisan ni..

Ni antara painting aku aku sesat barat dok mencari.. rupenyer ade kat belakang cafe hipster Happy 8 Retreat Cafe yang aku pegi sehari sebelum tu…

Huh… gambar ade lindung jari la pulak… nak cerewet tak boleh sebab orang nak tolong ambikkan gambar pun dah cukup bagus dah kannn… hehehe…

Ni ade lagi 1 gambar mural yang dah rosak… sepatutnya gambar budak tu berdiri atas kerusi plastik dan cuba ambik sangkar burung tu… tapi kerusi plastik tempat die pijak tu dah hilang dah… nampak budak ni jer terapung… huhuhu…
Ni kopi o ais sape dok tergantung kat sini ni.. kehkehkeh…
Kalau di ikutkan map Art of Oldtown yang ada kat Ipoh ni, ada 8 wall painting sekitar bandar Ipoh dan aku berjaya jumpa kesemua wall painting tu…
Malah aku jumpe painting lain yang takde dalam list…
Yang ni sebenarnya painting depan cafe ape ntah…

Ini pun kebetulan jumpe…
Nah map untuk korang refer.. sumber dari google.. tak ingat dah mana aku cilok gambar ni…

Ni aku nak share sikit tips untuk korang yang nak mencari wall painting mural kat Bandaraya Ipoh ni… kebanyakan mural ni adalah walking distance kecuali painting orang tua dengan kapal terbang kertas tu… Yang tu jer yang terletak jauh sikit… Yang lain semue berdekatan jer…
Korang boleh parking keter dekat parking area depan lukisan burung dan dari situ korang juz jalan kaki jer cari lain-lain painting sekitar situ… area situ memang banyak tarikan untuk pelancong termasuk art museum…
Nanti aku buat entry pasal art muzium kat Ipoh ni pulak k… 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bercuti, Cuti-cuti, hipster, Percutian, Percutian Hipster

« Kasih abang Akiff… Alahai comel jer…
Baby feeder untuk Azif gigit »

Comments

  1. YB Shehan says

    January 15, 2016 at 5:08 pm

    "gambar budak tu berdiri atas kerusi plastik dan cuba ambik sangkar burung tu" tu mmg jelas la muka frust lan tu. ekeke

    Reply
  2. Lisa Nurulain says

    January 15, 2016 at 5:08 pm

    Kopi ais tu mmg wujud ye? Or lukisan?

    Reply
  3. careno says

    January 15, 2016 at 5:10 pm

    lukisan laa…

    Reply
  4. ::EIDA:: says

    January 15, 2016 at 6:32 pm

    macam penang kan.. tapi nampak macam kat ipoh ni lagi byk dan besttt heee~

    Reply
  5. Julia Johari says

    January 15, 2016 at 10:22 pm

    cantik lukisan ni diorg reka…kreatif sgt

    Reply
  6. Fida Z Ein says

    January 17, 2016 at 10:39 am

    Assalamualaikum…terima kasih…saya yang dok Ipoh pun tak pernah sampai lagi…hehehe

    Reply
  7. Mama Kembar 3 says

    January 17, 2016 at 10:39 am

    lukisan kopi ais tu nampak real sgt

    Reply
  8. Anil Wanina says

    January 18, 2016 at 9:07 am

    tak sangka kat perak ada tempat macam ni.. boleh pegi lain kali ni..

    Reply
  9. Daus Redscarz says

    January 21, 2016 at 1:00 pm

    perghh lawa-lawa tempat ni.. .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative