Serius tak sangka cabin kontena yang orang buat site office kat tapak construction ni boleh jadi gah dan sebesar bangunan 3 tingkat… power giler… sebelum ni aku tahu ade hotel yang dibuat dari cabin macam ni kat Langkawi… pastu aku pun pernah jugak lepak kat cafe yang buat dari cabin kontena macam ni tapi takde la yang sebesar macam kat The Garage KL ni…
The Garage KL ni dibina dari 15 unit cabin kontena… Kat sini ade barber shop… ade saloon… ade kedai vape.. ade galeri kereta.. ade local market yang jual tshirt, aksesori dan macam-macam.. ade Captain’s Cabin iaitu bas lama yang dijadikan butik hipster… dan tarikan utama sini of coz cafe hipster iaitu Gaffe & Co…
Sejak aku running Projek Hipster dengan partner blogger aku Redscarz, kitorang memang sentiasa mencari cafe hipster yang menarik untuk dicuba dan dihebahkan kepada umum… dannn aku terjumpa Gaffe & Co Cafe di instagram…
Bagi aku Gaffe & Co adalah cafe yang sangat sangat unik dengan konsep yang sangat menarik… tarikan cafe ni bukan sekadar menu die tapi suasana cafe ni sendiri… tak caye meh aku tunjukkan gambar..
Ni ruang makan dan lepak open space… nak lepak tingkat 1 boleh, tingkat 2 pun boleh… cuma kalau siang hari kat luar ni agak panas tapi kalau malam mesti best…
Kalau datang malam boleh layan live performing dari buskers anak tempatan… Start pukul 9 malam sampai 12 tengah malam setiap hari kecuali hari isnin dengan selasa jer takde…
Area dalam cafe pun menarik gak sebab dekorasi bahagian dalam lebih menjurus kepada tema Starwars…
Sini lebih selesa sebab ber’aircond’…
Bagusnya cafe ni sebab die ade sediakan ruang untuk solat kat tingkat atas sekali…
Okeh jom kite mengorder… Aku dah 2 kali datang sini… tiap kali aku nak order staff die sebok dok main handphone… hehhee… sebenarnya diorang ambik order guna phone jer… sistem ape ntah die guna…
Bagus staff sini sebab friendly dan sangat membantu bile kite mintak die recommend menu yang best best… servis pun lajuuu…
Hari tu kitorang bersepuluh order macam-macam sebab nak rasa sorang sikit… order pizza pastu pakat rasa… order spaghetti pastu kongsi ramai-ramai… last-last semua terbongkang sebab kenyang giler… memang puas hati makan macam ni sebab dapat rasa banyaaak jenis menu…
Gaffe Pizza Supreme (RM22.00) & Beef Pepperoni Pizza (RM20.00) |
Aglio Olio with Chicken (RM18.00) |
Carbonara Beef Bacon (RM20.00) |
Slow-Braised Short Ribs (RM48.00) |
Grilled Lamb Loins (RM38.00) |
Creamy Black Mussels With Garlic Bread (RM18.00) |
Cheesy Bolognese Fries (RM9.00) |
Dalam banyak-banyak ni aku paliiiiiiiing suka dan pasti akan repeat lagi lepas ni adalah spaghetti carbonara, aglio olio dengan pizza… Seriussss sedap giler… korang datang sini wajib order yang tu… Aku belum jumpe lagi spaghetti sedap macam ni…
Sloppy Family (RM15.00) / jar |
Bila tengok air ni bukan anak-anak jer meroyan nak try.. mak pak pun sama naik… Hahaha… Air ni memang manissss giler tapi sedap… Air macam ni sesuai bila ko datang nak melepak sambil layan borak dengan kengkawan… nikmat jer…
Hot Hazelnut Chocolate (RM12.00) |
Hot Coffee Caramel Macchiato (RM12.00) |
Dua-dua ni sedap… Recommended!! Kalau nak air panas boleh order yang ni… Yang lain aku belum try lagi…
Nah senarai lengkap menu untuk korang refer….
Haaa… Selain Gaffee & Co Cafe ni… antara tarikan yang ada kat sini adalah Captain’s Cabin iaitu bas yang dijadikan butik… Pemilik Captain’s Cabin ni adalah pelakon Kapten Mohd Nor Bond… Kalau tak kenal sila google sendiri… hehehe…
See… manarik giler konsep butik macam ni… Rare…
Ni kat dalam bas… aku belum pernah jumpe kat tempat lain konsep yang macam ni…
Kalau korang datang hari minggu ade local market kat area bawah cafe… ade jual tshirt, pomade, mainan, kraf tangan dan macam-macam lagi…
So, boleh la start planing nak bersantai kat sini pulak lepas ni… Lokasi The Garage KL ni adalah betul-betul sebelah MRR2… Bersebelahan dengan Restoran Istana Bambu… Korang waze jer “The Garage KL” kompom nanti tak sesat nak ke sini.
Bab parking jangan risau sebab area parking sini memang besar… so far masa aku datang sini parking takde masalah…
Thanks kengkawan blogger Ujang, Yana, Dkna, Feeq dan Fatin sebab support Projek Hipster yang aku dan Daus usahakan ni… Nanti kite jenjalan port lain pulak k… Klik nama diorang untuk baca review… Oh yaaa… Thanks jugak CVS Production sebab berkongsi gambar-gambar menarik dengan Projek Hipster…
The Garage KL
Jalan Hillview Taman Sri Ukay, Ampang
Facebook : The Garage KL
Instagram : The Garage KL
Facebook : GAFFE & CO
Instagram : GAFFE COFFEE
mama tisya says
dkt ngan umh..bole la try nanti
ellysya hani says
Nampak sedap..terliur la plak..haish hehe
Siti Rohaida Yusof says
suka tengok konsep garage ni..nasib baik jauh..
Encik ST says
mampu tgk jela 2-3 minggu ni.. huhuhuhuhu
yanie yusuf says
wahhh bestnya.. bila lak nak terjah sini..