Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Aktiviti Menarik KBBA9 Di Taman Negara

March 24, 2016 by Admin 3 Comments

Spread the love

Kembara KBBA9 ke Taman Negara selama 4 hari 3 malam memang satu kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila… Bab penginapan memang dah tip top… Kitorang stay kat Han Rainforest Resort…

Hari pertama kembara hanyalah perjalanan dari KL ke sana sebab kami bertolak pun dah agak lewat…

16-03-23-12-41-07-843_deco

Aktiviti bermula pada hari kedua dengan jungle tracking ke puncak Bukit Terisek… Tracking tak sampai 3 jam pun tapi dia punya hazab ya ampunnnn… Hahaha… Bukan nak bagi alasan tapi lutut aku ni memang ada problem.. Itu yang menderita sikit nak sampai ke puncak Bukit Terisek…

16-03-23-12-40-12-284_deco

Dah la bawak air mineral sebotol kecik jer dengan air jus pran… Dia punya dahaga tahap rasa nak tebas buluh yang ada dalam hutan tu cari kot-kot ade air dalam tu… hahaha… Ehhh tapi tracking kali ni bukan dapat penat semata-mata jer sebab guide yang bawak kitorang tu ade jer benda yang die sharing pasal kehidupan dalam hutan tu… setiap tumbuhan ade jer fungsinya… kagum jugak laaa…

16-03-23-12-43-04-678_deco

Akhirnya sampai jugak aku kat puncak Bukit Terisek lepas berkali-kali berhenti mengumpul kekuatan… hehehe…

Habis jer tracking terus sambung pulak dengan aktiviti canopy walk atau titi gantung… Canopy walk ni adalah yang terpanjang di dunia…. Cuma nasib kitorang kurang baik hari tu sebab canopy walk tu tak boleh lalu sepenuhnya sebab ada pokok tumbang… So dapat merasa berjalan atas tu sejauh 300 meter jer dari 530 meter jarak keseluruhan… Yang ni memang best… Yang ada rasa gayat lagi terasa feeling die… Pengalaman yang tak boleh dilupakan… Gambar selfie atas canopy walk takde sebab aku penggayat… Hehehe…

16-03-23-12-42-32-574_deco 16-03-23-12-42-12-366_deco

Habis canopy walk, kitorang balik ke resort untuk packing bag dan bawak keperluan untuk ber’camping’ sebab malam kedua kitorang adalah dalam khemah…

Dalam perjalanan ke tapak camping kitorang buat aktiviti rapid shooting pulak… Giler best aktiviti yang ni… Basah kuyup semua orang… Patut la sebelum aktiviti ni start diorang dah pesan yang kitorang akan totally basah… Segala barang yang perlu dilindungi baik letak dalam plastik supaya tak jahanam…

16-03-24-15-16-20-608_deco

Rapid shooting ni ibarat perang boat tapi versi khianat… hahaha… sebabnya ko akan bersaing berhimpit dengan boat sebelah kemudian sedaya upaya ko kena buatkan air sungai tu percik ke pihak lawan…  Bukan pihak lawan jer tapi geng dalam boat sendiri pun ko boleh khianat… Tapi nak jadi bujak jahat korang kena dok kat seat depan… dok belakang memang ko jadi mangsa jer la sepanjang masa… hahaha… Hari tu kitorang semua dibahagikan kepada 4 boat… memang kecoh giler…

16-03-24-15-11-58-440_deco16-03-24-15-16-02-562_deco

Rapid shooting kitorang berakhir di perkampungan orang asli Kg. Dedari… Kitorang akan bermalam di tepi sungai kat kampung ni… Takda toilet, takda bekalan air… hanya air sungai sumber segalanya… nak kencing, berak, mandi even ambik wuduk pun kat air sungai tu laaa…

16-03-23-12-45-32-080_deco16-03-23-12-44-34-474_deco16-03-24-16-03-43-399_deco

Ni pengalaman pertama aku camping… Malam hari kat sini memang sejuk giler… Tapi sebab siang tu dah penat sangat-sangat jadi malam tu selesa ke tak tetap jugak nyenyak tido… hehehe…

16-03-23-12-46-04-940_deco

Kg. Dedari ni adalah perkampungan orang asli yang telah diwujudkan untuk tujuan perlancongan… Asalnya diorang ni tinggal jauh kat dalam hutan dan bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan tapi atas inisiatif pihak berkuasa maka diorang ni di bawa keluar dan diberikan kawasan untuk perkampungan baru… Originaliti perkampungan orang asli masih dikekalkan… budaya dan cara hidup diorang masih kekal cuma yang berbeza adalah diorang ni dah diberikan pendedahan untuk menerima kehadiran orang luar… Banyak benda aku nak share pasal perkampungan orang asli ni… yang tu nanti aku buat entry khas k…

16-03-23-12-48-05-288_deco 16-03-23-12-47-44-819_deco 16-03-23-12-47-29-950_deco 16-03-24-15-12-25-722_deco

Next aktiviti kami adalah 4 wheel drive… Yesss… akhirnya dapat jugak merasa pengalaman aktiviti mencabar ni… Laluan kami adalah dalam hutan pastu keluar kat jalan raya lepas tu masuk jalan balak pastu meredah sungai… Fuhhh… best giler… Dalam aktiviti ni sempat kami singgah untuk bersuka ria mandi sungai…

16-03-24-15-13-10-596_deco

Hari last ada beberapa program khas yang telah disusun untuk kami bersama Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia iaitu YB Datuk Mas Ermieyati Bt. Samsudin…

16-03-23-12-49-02-883_deco

Perasmian Tapak Pembinaan Eco Adventure Camp, Taman Negara

IMG-20160223-WA0067

Perasmian Han Rainforest Resort

16-03-24-15-20-39-319_deco

Pelancaran Program NBOS Pembinaan Jeti Kayu Lubuk Nohong dan juga melihat sendiri pokok tualang yang berusia hampir 400 tahun yang kini dijadikan sebagai salah satu produk pelancingan yang terdapat di Taman Negara Pahang…

16-03-24-15-18-38-513_deco 16-03-24-15-22-25-070_deco

Untuk ke pokok tualang ni aku dapat merasai pengalaman menyusuri sungai yang sangat menenangkan… Pengalaman yang cukup bermakna…

16-03-24-15-17-57-263_deco

Perasmian Danz Eco Resort iaitu resort terbaru yang unik berbentuk capsule yang terdapat di Taman Negara…

Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan segala kemudahan dan aktiviti yang disediakan oleh Han Rainforest Resort… Selain memiliki kemudahan yang lengkap, diorang juga mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menguruskan aktiviti seperti ini… Syukur sebab sepanjang program kembara ni takda perkara tak diingini berlaku… Cuma kitorang jer la ramai yang sakit-sakit badan lepas habis program… badan manja sangat, kena aktiviti lasak sikit terus sakit… hehehe….

Untuk maklumat lanjut tentang segala pakej pelancongan yang ada di Taman Negara, korang boleh rujuk detail kat bawah ni…

Facebook : Han Rainforest Resort
Website : http://www.han-rainforestresort.com/
No.Tel : 09-266 7888
Email : hanrainforestresort@gmail.com

Loading

Filed Under: KBBA9, Travel Tagged With: Cuti-cuti, KBBA, Percutian, Taman Negara

« Han Rainforest Resort, Taman Negara Pulih Dari Banjir Besar
Gift sempena birthday celebration kat tadika Akiff »

Comments

  1. YB Shehan says

    March 24, 2016 at 4:30 pm

    terbaik! kenangan toilet kat sungai atau semak tu mmg xle lupa. haha

    Reply
  2. Moon says

    March 24, 2016 at 4:53 pm

    best nya …kenangan manis ni kan Lan

    psttt gambar jejaka dalam sungai tuh macam hero remaja dalam majalah Mangga plaks ahaksssss

    Reply
  3. Nurul Nadiah Yunus says

    April 5, 2016 at 8:34 am

    Kan Kak Moon… Nasib baik tak tayang body…hikhikhik… Bestnya saya suka aktiviti lasak ni……

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative