Tadika Akiff buat sambutan birthday setiap hujung bulan… Yang mana lahir bulan yang sama diorang kumpulkan buat serentak… Parents hanya perlu sediakan kek… minimum yang 1kg punya… Goodies bag terpulang… Tak nak bagi pun takpe… Tapi kalau bagi kena sediakan untuk semua student… Tahun lepas kena buat untuk 83 student… Tahun ni kurang sikit… untuk 65 student jer…
Cerita pasal goodies bag untuk tadika Akiff tahun lepas aku dah ceritakan sebelum ni… Kitorang bagi goodies bag yang ada beberapa jenis jajan dan gula-gula… Standard memang macam tu pun kannn… Cuma kali ni kitorang buat kelainan sikit… Aku dapat idea ni sebab rimas tiap hujung bulan jer Akiff bawak balik beberapa goodies bag yang penuh dengan jajan… Haihhh… Sebab tu aku terfikir nak buat gift untuk student yang lain dari yang lain…
Donut ni bukan buat sendiri pun… Aku order melalui facebook… Pastu orang tu hantar sampai ke rumah… Sebijik 40 sen… murah dan mudah… Pastu kat rumah packing balik donut tu dalam bekas plastik dan letak sticker… Sticker aku buat sendiri… Design sendiri pastu print atas kertas sticker… Jimat… 1 bekas tu kos dalam RM1.40 jer…
Korang kalau nak cari idea untuk bagi goodies bag untuk birtday kat tadika boleh tiru macam kitorang ni…
memang jimat.
dan paling best nampak lain dr lain.
puas hati dpt buat sendri.
Sedapnya donat tu..
jimat.. and lagi bagus dari bagi junk food untuk budak2.. huhu…ingat dunkin donut..murah laaa abe lan..coklat penuh gitu pat posen jerkk
bagus…keluar dari zon makanan ringan..lebih sihat dan mengenyangkan..alhamdulillah.. 🙂
terliur pulak tengok donut coklat tu..hehe
Lawa sticker.. 😉
Baguslah guna donut.. sebab elok sikit berbanding jajan..sedap pun sedap..hihihi
dah jadi trend kt tadika..kena standby kek/goodies masa birthday anak ni..aku dh start nak kena pk gk ni..thun dpn anak aku masuk tadika dah
en lan..tahun depan kalau january month akiff dapat donut itu dari saya la tu…tiru en lan punya goodies pulak…hehehhehehe
bagus idea goodies tu. sesuai untuk kanak kanak
Bagus, usaha murni, at least leh sedekah dalam masa yg sama…alhamdulilah, nak ikut contoh ni nanti utk my son Qi tu…Happy birthday abang Akiff
bzday hannah tahun lepas. bg kek. goodies ialah cenderahati bbentuk sudu garfu. ehehehe
idea menarik ni
boleh buat juga nanti