Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hotel Tanjung Vista mengecewakan!

March 16, 2016 by Admin 9 Comments

Spread the love

Hari ni masuk hari ke-3 aku kat Pantai Timur… 1 malam kat Hotel Perdana Kota Bharu… Serius puas hati sangat… Malam ke-2 aku ke Besut dan stay kat Bukit Kluang Beach Resort…  Punnn ok jugak tempat tu walaupun ada kekurangan beberapa part…

Hari yang ke-3 ni aku ke Kuala Terengganu pulak… Penginapan pertama kat sini aku pilih Hotel Tanjung Vista…

1st impression aku terhadap hotel ni dah kelaut… Aku sampai hotel dalam pukul 3.45 petang tapi pukul 4.30 baru dapat bilik… Itu pun lepas beberapa kali ke kaunter tanyakan bilik dah ready ke belum…

“chekin time kat sini pukul berapa?”

“pukul 2 tapi bilik tak ready lagi sebab ada guest yang chekout lambat” jawab staff kat kaunter tu…

“Oo… Hotel ni memang boleh chekout lambat ke? Senang la saya nak late chekout nanti…”

“Kalau late chekout nanti kitorang akan caj”

Huh… Ikutkan nak jer aku lanjutkan perbualan lagi dengan staff tu tapi malas sebab mood aku dah tak ok… Bila mood tak ok nanti takut terkasar bahasa lak… Dah la staff pun tak friendly langsung… Takde langsung die mintak maaf sebab bilik belum ready… Pastu muka pulak tak senyum langsung…

Lagi best bila aku mintak staff kaunter tu panggilkan seseorang untuk bawak bag aku ke bilik tapi die macam endah tak endah jer permintaan aku… Aku sendiri bawak bag bagi kat petugas yang ada kat tepi kaunter tu mintak tolong die bawakkan bag…

Plan asal aku stay 2 malam kat sini tapi naik jer bilik terus aku Google cari hotel lain pulak untuk malam kedua di Kuala Terengganu ni… Ni semua sebab masalah masa chekin tadi tu jer…

20160316_174300

Tapi nasib baik keadaan bilik ok jer… Walaupun hotel lama tapi bilik memuaskan…

20160316_182859

Cuma TV jer la sodihhh… Dalam list ada 12 Chanel tapi ampeh semua… Ada beberapa jer yang boleh tengok…

20160316_182924

Satu lagi yang menyejukkan hati aku adalah pool ni… Ok la dari takde… Dapat gak Akiff berendam…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Hotel, Hotel review

« Singgah Cyberjaya, singgah Trulia Cafe
Dari Sample Produk Aku Terus Jadi Pengguna Setia »

Comments

  1. Lya says

    March 16, 2016 at 6:51 pm

    Huhuuuhu takpe laa lan sabor sabor..nnt pengurus tanjung vista tuu dtg jumpa ko lan hehehehe..dia tak tau lagi tu kau adik PM hahaha..

    Reply
  2. Izzati Suhaide says

    March 16, 2016 at 6:58 pm

    Sabar je la abg lan..tp hotel perdana kb mmg terbaik..pnah jgk join program kat hotel perdana dulu..hehe

    Reply
  3. Nurul Nadiah Yunus says

    March 16, 2016 at 7:54 pm

    Kalau terengganu best TH hotel best… Nanti try la kalau dtg terengganu

    Reply
  4. Wzfadhlan says

    March 16, 2016 at 7:57 pm

    Hotel kawasan pantai timur mmg cmtu abg lan…atas management mcm mn…sb klu kat KL xsempat kita nak angkat beg bellboy dh tny utk bw beg kita…bila service xmemuaskan perkataan maaf akan diucap smbil tundukkan kepala…kat pantai timur nih susah skit tpi klu kat tanjung vista tu mmg service gtu…hotel2 di pantai tmur service tvlah paling hampeh mcm xkena ngan harga dibayar huhuhu

    Reply
  5. Fieza Sani says

    March 16, 2016 at 8:21 pm

    Kan dh kena bad review dgn blogger top..tue la sapa suh staff hotel tak friendly..

    Reply
  6. Perdu Cinta says

    March 16, 2016 at 8:39 pm

    Bila friendly sekurang kurangnya kita sejuk hati sikitkan…

    Reply
  7. Alin Marlini says

    March 16, 2016 at 8:41 pm

    Xbest ek…pangkahlah…heheheh

    Reply
  8. Suriaamanda says

    March 16, 2016 at 10:45 pm

    Bila kita letak high expectations Kat tempat tu but at the end hampeh..mmg stress giler..

    Reply
  9. Sop says

    March 17, 2016 at 1:40 am

    X pernah perasan hotel ni 🙂
    Patut g hotel yg lebih popular.. Huhuhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative