Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

KetchUp Blogger Speed Run Serbu Cafe Hipster

March 11, 2016 by Admin 16 Comments

Spread the love

Ketchup Blogger Run

 

Kalau yang dah biasa baca blog aku ni mesti tahu kan yang aku memang obses dengan cafe hipster… Ade jer review cafe hipster yang aku buat… Bila Ben Ashaari tanya aku “ko nak tak pergi makan dan review 6 cafe hipster dalam sehari?” Huh??? Gilo ke ape… Nak suruh aku gemok la tu… Pastu die sebok men’sado’kan diri… Demmm… Ingatkan die main-main, rupenyer memang betul sebab Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ada jalin kerjasama dengan KetchUp untuk program Blogger Speed Run…

Program ni akan dijalankan setiap sabtu dan ahad selama 3 minggu melibatkan beberapa orang blogger dari KBBA9 dan juga media influencer lain… Dalam program ni, blogger akan menjelajah beberapa cafe yang telah dikenalpasti kemudian lepak, makan dan feeling the environment dan konsep yang ada kat cafe tu… Pastu sharing dengan reader apa yang best pasal cafe tu…

IMG-20160301-WA0041

Group pertama dah settle jelajah cafe hipster sekitar TTDI… Aku pulak terlibat pada hari ke-2 yang mana kitorang meneroka cafe di sekitar The Strand, Kota Damansara… Ade 3 lagi blogger lain dari KBBA9 yang join program bersama dengan aku hari tu iaitu Najeeb, Fiza Fantagiro dengan Yanty… selain tu ada 4 orang amoi cantik yang join kitorang iaitu Amelia, Maggie, Minjo dengan Tiffanny… diorang ni adalah chinese media influencer yang sangat berpengaruh…

Kitorang berkumpul pukul 11 pagi then bergerak sama-sama ke cafe pertama dalam senarai iaitu Cafe Studio… Cafe ni agak tersorok sebab terletak kat tingkat 1.. kena naik tangga kat celah-celah butik yang ada kat bawah tu…

Konsep cafe ni agak moden dan deco yang ada dalam tu kebanyakannya dibiarkan tergantung…

20160308_224530

20160308_224604

Banyak jugak menu menarik yang kitorang cuba hari tu… Masa ni semua tengah excited dan lapar…

20160310_095522

Not bad… dalam banyak-banyak menu yang aku try, aku paling suka mutton curry spaghetti… kena dengan selera tekak aku…

Next cafe yang kitorang singgah adalah cafe Wood & Steel… Cafe ni tersangat lahhh cantik dan ter sangat lahh hipster… Masuk jer dalam cafe ni aku lebih teruja dengan deco dan konsep cafe ni sebab banyak menggunakan barang lama dan terpakai sebagai hiasan…

20160308_224640

20160308_22462520160308_224153

Masa aku update kat facebook pasal cafe ni rupenyer dah ramai member aku pernah singgah cafe ni dan diorang kata menu kat sini pun terbaekkk…. Hari tu aku try 3 jenis menu iaitu Tempura Butter Cream, Cinnamon Toast dengan Lamb Shank…

20160310_102217

Cinnamon Toast ni menu ringkas yang sangaaaaaat sedap… datang sini korang wajib order yang ni tau… Aku rasa macam tak puas makan hari tu tapi sebab fikir ada cafe lain lagi yang kena pergi itu yang pendam jer dulu… Next time nak datang sini lagi bawak family pulak…

KetchUp Blogger Speed Run diteruskan lagi ke cafe ketiga dalam senarai iaitu The Picnic Table… Biasanya orang picnic kat outdoor tapi kat sini konsep picnic tu dibawa masuk ke dalam cafe…

20160308_224043

20160308_224055

20160308_223656

Signature dish kat sini adalah sandwich dan spaghetti… Simple, sedap dan mengenyangkan…

20160310_103958

20160308_223954

Soft Shell Crab Aglio Olio ni aku bagi 4 bintang… Kalau die letak ketam tu 2 ekor kompom aku bagi 5 bintang… hahaha… Sedap.. Cuba laaa….

Cafe terakhir yang kitorang singgah hari tu adalah 3 Bags Full…

20160308_223722

Walaupun perut dah full tapi tetap jugak teruja nak cuba menu yang ada kat cafe ni…

20160310_105408

20160310_110409

Semuanya best dan menarik… Konsep dalam cafe agak simple tapi kemas dan selesa…

20160308_223909

20160308_223936

Secara keseluruhannya aku sangat enjoy dengan program KetchUp Blogger Speed Run kali ni… Jelajah dari satu cafe ke cafe lain… dapat rasa suasana yang berbeza dan makanan yang berlainan… Secara tak langsung aku dapat perkenalkan kepada pembaca blog dan rakan-rakan tentang cafe yang ada yang mungkin diorang sendiri pun tak tahu…

Kalau ada mana-mana cafe yang berminat menjadi sebahagian dalam program Ketchup Blogger Speed Run ni boleh la refer detail yang ada kat bawah ni… Boleh mendaftar di sana…

Laman Web : www.ketchup.com.my

Facebook : www.facebook.com/KetchUp

Instagram : Ketchup_community

Terima kasih semua yang terlibat...

Loading

Filed Under: Uncategorized

« Blog Abah Careno bertukar dari blogspot kepada wordpress
Hari Sukan Tadika Akiff »

Comments

  1. eintan nurfuzie says

    March 11, 2016 at 6:36 pm

    mcm besh.. menu nampak melazatkan

    Reply
  2. mas saari says

    March 11, 2016 at 6:39 pm

    perghhh menarik.. semuanya menyelerakan!
    konsep cafe pun cantik dan santai..

    Reply
  3. rajee says

    March 11, 2016 at 6:41 pm

    Makanan korang portion besar2, jeles aku!!! Hahahahhaa… Sedap tuuuu…

    Reply
  4. Fashasanda says

    March 11, 2016 at 6:43 pm

    Omnomnom . Teringat squid ink pasta !

    Reply
  5. Lynda says

    March 11, 2016 at 6:45 pm

    Bestny..deko n mkanan sedAp

    Reply
  6. Bonda Zahra says

    March 11, 2016 at 6:48 pm

    tudia, meleleh ayaq liuq 🙁

    Reply
  7. kak sue says

    March 11, 2016 at 6:56 pm

    Menu semua sedap-sedap..cafe pun menarik..harap dapat peluang pergi sini nanti..

    Reply
  8. YB Shehan says

    March 11, 2016 at 7:00 pm

    Sedap aihhhhh.. btw blog dah smart

    Reply
  9. Fieza Sani says

    March 11, 2016 at 7:12 pm

    Kalau saya , rasanya 1st cafe yg terjah tu okey lagi boleh layann, perut laporrr..masuk ke 2 dan seterusnyaaa tak baper nak lalu kot..hehe

    Reply
  10. nadia johari says

    March 11, 2016 at 7:15 pm

    Tempat cantik..makanan pun menyelerakan

    Reply
  11. dkna abza says

    March 11, 2016 at 7:20 pm

    Aku nk join gak wey

    Reply
  12. Janna nick says

    March 11, 2016 at 7:59 pm

    Sedap niii,lapar pula

    Reply
  13. Faizal Fredley says

    March 12, 2016 at 12:12 am

    cantiknyaaa….review x hajak daaa……

    Reply
  14. Munirah Izzan says

    March 12, 2016 at 3:43 am

    3 bags full.. Tertarik ngan namanya..

    Reply
  15. Lya says

    March 12, 2016 at 2:48 pm

    Perfh memang best laaa..boleh makan2 sedap…layan jer laa…gambar lan tak penoh tak cantik..cantik sokmo..

    Reply
  16. ainul says

    March 16, 2016 at 6:02 pm

    wah bestnyer.. puas hati makan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative