Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Makin Ramai Anak Muda Kita Muflis… Mana Silapnya?

March 1, 2016 by Admin 10 Comments

Spread the love
25 ribu rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun diistihar muflis dalam tempoh lima tahun lepas… Perghhhhh… Ni fakta yang aku dapat dalam  portal Astro Awani…
ApzRlTTrZtLPB2TKIRKllVk5nm3npInjV1VUlXebEED3

Baru jer minggu lepas aku terbaca kat facebook cerita pasal muflis MLM…

MLM atau Multy Level Marketing dah jadi trend lamaaa dah… Aku pun pernah terjebak dulu… Tapi dah stop sebab banyak sangat isu… Dulu aku siap buat loan bank… Citer mula modal kecik jer… dah join kena psyco sampai sanggup buat loan… huhuhu… Cuma nasib aku baik sebab tak rugi… sempat dapat modal dan merasa untung… Itu citer 10 tahun lepas… Sekarang jangan sesape try ajak aku join benda yang berkait dengan MLM… Aku tak anti cuma aku dah serik… korang boleh baca kisah MLM yang aku pernah story tahun 2012 dulu…

Tapi kalau dilihat dari sudut lain… Diorang yang buat MLM ni sebenarnya dah ada kesedaran nak tingkatkan taraf hidup… Cuma mungkin belum jumpa cara yang betul-betul dapat membantu…

Kira ok la tu dari mereka yang hanya tahu merungut dan mengeluh dengan kegawatan ekonomi sekarang tapi takde buat apa-apa pun untuk mengubah kehidupan…

Zaman sekarang memang kite tak boleh bergantung harap kepada 1 sumber pendapatan jer… Taraf hidup makin hari makin tinggi… Rasanya ramai jer yang buat lebih dari 1 kerja tapi tetap jugak terbeban dengan taraf hidup sekarang… Betul tak?

Korang rasa apa puncanya?? Mungkin sebab memang situasi ekonomi sekarang ni yang buat kehidupan kite terbeban atau kite sendiri yang tak pandai uruskan kewangan atau pun sumber pendapatan yang kite perolehi tak berkat yang menyebabkan kite sentiasa rasa tak cukup…

Hurmmm… ini yang kite kena chek balik ni… Aku bukan cakap kat orang lain jer tau tapi ni peringatan untuk diri aku sendiri jugak…

Dah banyak benda aku fikirkan untuk tambah pendapatan keluarga… Aku ada buat bisnez kecil-kecilan… Dan blog ni pun antara sumber pendapatan aku…

Ade kawan tanya, tak nak try saham ke??
Hurmm… Bukan tak nak cuma aku bab saham ni memang aku zero… Setakat yang aku tahu pelaburan saham ni kita beli unit saham dalam mana-mana syarikat dengan harga tertentu lepas tu bila nilai seunit saham tu dah naik kite jual pulak untuk dapatkan keuntungan… Itu yang aku faham…

Logiknya kena ada ilmu dulu kalau nak ceburkan diri dalam pelaburan saham…

i. Kena tahu saham mana yang berbaloi untuk beli…
ii. Kena tahu timing yang sesuai untuk jual…
iii.  Dannnn kena tahu jugak pelaburan mana yang mematuhi syariah supaya hasil yang kita dapat tu berkat… penting tuuu….

Biar ape pun yang kite buat kena ada keberkatan sebab kalau tak berkat dapat banyak mana pun akan rasa tak cukup jer…

seminar-pelaburan-evowangKalau korang zero pasal saham ni dan nak tahu lebih lanjut macam mana yang dikatakan pelaburan yang betul dan patuh syariah tu cuba datang dengar sendiri ke Seminar EvoWang…

Seminat anjuran 9 Equity Wealth Creations Sdn Bhd ni akan diterajui oleh 4 orang pakar iaitu Ustaz Dr. Zaharuddin iaitu pakar perbankan dan kewangan Islam… Abang Abu iaitu speaker, penulis dan jurulatih kewangan… Ahyat Ishak iaitu pengarang buku ‘Strategik Pelabur Hartanah’ dan Haji Mohd Asri Ahmad iaitu mentor pelaburan saham No.1 Malaysia…

Seminar ni akan diadakan di IDCC Shah Alam pada 12 Mac 2016 bermula jam 8 pagi hingga 6 petang…

Nak tahu info lanjut boleh layari www.evowang.com dan kena daftar segera untuk dapat potongan harga bagi menyertai seminar ni…

Ada yang kata melabur saham tu riba dan haram? Jom dengar apa kata Ustaz Zaharuddin…

 

ADAKAH ANDA TERLIBAT DENGAN PELABURAN YANG ‘COP HALAL’ ?Adakah pinjaman bank anda ‘halal’?Adakah skim pelaburan yang…

Posted by Mohd Asri on Thursday, February 25, 2016

 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Business, Ilmu, Promosi

« English Mania di Legoland… Guru adalah PERCUMA
Sony Experia Z3 aku masuk air tak rosak tapi ada problem »

Comments

  1. Mrs Velentine says

    March 1, 2016 at 11:34 am

    menakutkan skg ni..huhu…belia kebanyakan muflis..sebab gagal kawal kewangan//

    Reply
  2. Ben Ashaari says

    March 1, 2016 at 11:34 am

    Menarik!

    Reply
  3. Allene typicalmommy says

    March 1, 2016 at 11:34 am

    Sesuatu yang bagus ni. Kalau kelapangan boleh join.

    Reply
  4. Encik ST says

    March 1, 2016 at 11:34 am

    ni aku setuju.. mmg ramai anak2 muda dan bakal ank2 muda jika takde ilmu pengurusan kwangan, akan muflis..

    kena laburkan sikit wang utk dptkn ilmu agr xtrsilap langkah satu hari nnti..

    Reply
  5. Que Achmad says

    March 1, 2016 at 11:34 am

    menarik ni

    Reply
  6. Zizie Zack says

    March 1, 2016 at 1:58 pm

    pernah terjebak jugak dgn mlm.. huhu..

    Reply
  7. Eraz Fadli says

    March 2, 2016 at 9:26 am

    Pelaburan yang menipu memang banyak sekarang ni.. Huhu..

    Reply
  8. yanie yusuf says

    March 2, 2016 at 1:02 pm

    Menarik gak ni..

    Reply
  9. Julia Johari says

    March 2, 2016 at 7:13 pm

    Beruntung sgt spend masa dengan seminar ni…galakkan orang melayu ceburi bidang saham dan hartanah

    Reply
  10. husna zahidi says

    March 6, 2016 at 9:47 am

    kat kampus ni pon ramai gak yg dok join MLM nih.. mcm² rupa tp alhamdulillah tak terjebak lg.. sbbnya mmg dah tawu tak kan berjalan klau nak kena promote cari org bagai dah laa tak reti nak bcakap..:D

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative